hari ini
ini adalah post yang kedua,tak penah-penah dibuat oleh aku =.=''
setelah sekian lama tidak mengenal erti bosan.ntah kenapa tetibe hari ini rasa mahu pecah dada ni. asik berdebar tak tentu hala. lapar barangkali. dan jujur aku betul-betul merasa bosan bila sendirian. sendirian kali ini tak tahu mahu berbuat apa. bukan tiada kerja. ada. banyak. but i can't study anymore. (-_-!!)
hari yang panas, tapi tapak tangan kesejukan. kaki pun sejuk. jantung tengah bekerja keras mengepam darah untuk dihantar keseluruh badan tapi masih kesejukkan.
nak cakap ni simptom demam final exam rasanya tak mungkin.
kebosanan yang tak sepatutnya aku beri peluang untuk bermukim ni memang tak dapat dihalang buat masa sekarang. jadi dengan terbukanya aku telah sign in kembali
yahoo messenger lalu menegur sesiapa saja yang tengah mengonline.hahaha.
owh.....setelah sekian lama tidak mengaktifkan ym. melainkan pada malam lepas aku mengstorikan kisah misteri pada sorang budak kecik yang baru kuar wad.dia khusyuk membaca stori aku sambil makan popcorn.tapi untung jugak ada budak kecik nih. ia mengimbau kisah masa kecil aku bersama toyol-toyol yang sedang hangat melakukan penculikan duit sehinggakan aku sering dimarah oleh abah sebab mengambil duit tanpa kebenaran. huh...padan muka even aku tak pernah berani pun nak minta duit dengan dia apatah lagi menyeluk poket seluar abah.
agak lama kejadian ni berlaku, dan setiapkali duit hilang aku dan adik beradik akan disoal siasat oleh detektif abah.mengigil takut itu mesti walau tak buat. sebab abah macam sarjan pencen tengah melatih geng askar hingusan.
ingatkan kes ni berlaku kat umah aku je. rupanya rumah yang berdekatan turut berlaku....
dan bagaimana kisah ini berakhir aku sendiri tidak pasti.
kini hampir 15tahun kisah ini berlalu. tapi masih segar dalam ingatan
aikk..pe sal tetiba stori sal toyol plak.
memang tahap bosan ini membuatkan aku meracau-racau.
 |
| seminggu begini la meja aku.. |
p/s:abaikan entry diatas.esok mahu melangkah dengan tenang dan menjawab dengan tenang. malam ni hanya perlu review je balik.insyallah.