Followers

Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

adik dan final projeknya.moga berjaya

entry kali ini khas untuk adik yang sangat disayangi dunia akhirat.
dialah satu-satunya adik yang aku ada sejak arwah adik yang bongsu telah pergi. tidak mengapa. itulah Qada dan Qadar dri Allah swt.

semua hanya pinjaman sementara saja. itu aku kena ingat. dan adik aku (affizan) sorang ni lah segala-galanya. dia hanya pinjaman saja. pun aku kena ingat tu. suka duka aku, semua kongsi dengan dia. susah senang kami masih lagi bersama-sama. terkadang dia seperti abang.dan aku adiknya. bila mood mengada aku datang. tu sebelum kawin. sekarang tak boleh dah. dia dah tak nak layan.

hari ni pepagi lagi aku cuba call adik. tapi tidak berangkat. sibuk barangkali. tidak mengapa. petang, sekali lagi aku call. pun sama. tidak berangkat. sibuk teramat ni. entah makan atau tidak sekarang ni. duit yang aku bagi hujung minggu lepas cukup ke tak tu. risau juga bila call tak berangkat ni. ahh...moga baik-baik saja.

diam-diam pergi jenguk-jenguk kat fb dia...
ouh...ini kerjanya. alhamdulillah. sememangnya sangat sibuklah sekarang. dan esok adalah hari terakhir dia bertungkus lumus bergelar sebagai mahasiswa di Art & Design in Fine Art at UiTM Seri Iskandar tu.

selamat maju jaya adik. tak pe lah tak dapat dengar suara mu hari ini. yang penting final projek kamu berjalan dengan lancar. tak sabar nak lihat hasil kamu nanti. sekarang dapat tengok kat fb je. tu pun atas dasar kengkawan yang mentag hasil kerja kamu. kalau tunggu kamu yang haplod sendiri, memang tak la kan.  




ni la rupanya lipan yang adik duk cite kat aku yang dia duk buat tu... banyak gak bajet nak guna tu. mana nak cari besi terpakainya.macam-macam la lagi duk story kat aku.



haaa...yang ni paling suka tengok. teringat pula masa adik minta tolong tuk bagi idea untuk buat ikan laga ni..inilah hasil tangan dia...aku suka sangat-sangat.



dah memang keturunan darah seni kot..ngeeeee.tapi banyak lekat kat adik je la.yang lain semua separuh jalan. bila bertukar profesion. termasuklah aku.



ni orangnya...dilukis sendiri. permintaan aku untuk lukis gambar aku ntah bila dia boleh buat. asik sibuk je...grrrrr




tara...yang tadi tu lukisan je. ni orangnya. ensem tak? ensem kan adik aku. hik hik hik...tapi kurus. bahana tak cukup tido kot. pape pun sungguh aku rindu adik aku sorang ni. moga final projek dia berjaya. esok hari terakhir pameran di buat. 





payung said: lepas ni adik kena sambung blaja lagi. tak kira camne pun. muda lagi tuh
hujan said: rasa lama sangat tak jumpa. nanti tahun depan sibuk nak konvo sama-sama. lepas tu mesti  berebut mak nga abah la plak ni untuk pergi konvo.huhuhu

Thursday, December 15, 2011

kucing kidal




tahukah anda?
kucing pun ada yang kidal? lebih banyak kucing jantan yang kidal daripada betina. ini dapat dibuktikan oleh peneliti dari Irlandia Utara. mereka telah membuat kajian terhadap 21 ekor kucing jantan dan 21 ekor kucing betina dengan menguji untuk melakukan sesuatu dengan kaki depan. 
kucing boleh memilih sendiri menggunakan kaki depan kiri atau kanan.

makin sukar untuk mencapai sesuatu yang dituju, makin banyak kucing jantan menggunakan kaki kirinya dan makin banyak kucing betina menggunakan kaki kanannya.







p/s: hmm...sejak bercuti ni banyak sangat orang buang kucing kat umah ni. sambil-sambil cuba nak bagi makan, sambil-sambil tu la buat eksperimen jugak

Saturday, October 29, 2011

patah kata dek lidah

dalam sehari berapa ratus belas ribu patah kata kita telah bercakap erk??
rasa-rasanya dalam sehari tu patah kata positif dengan negatif yang mana lebih banyak??
sememangnya banyak patah kata yang kita ucapkan adalah negatif. especeli mereka-mereka yang suka mengumpat keburukan orang lain.

meh nak tunjuk contoh patah kata yang bese kita-kita guna.patah kata negatif la...

'saya tak dapat nak lakukannya'
'saya tak mampu'
'saya lemah'
'saya nyanyuk dan pelupa'
'saya akan gagal'
'bodohnya saya'
'saya tak cantik'
'saya tak ensem'
'hidup saya malang'





try la kita-kita ucap yang negatif ni banyak-banyak-banyak kali.rasa-rasa apa yang kita-kita akan rasa?
mesti akan rasa makin lemah kan. kurang yakin pada diri ni bertambah tambah meningkat.sudahnya rasa rendah diri la yang mai.

meh kita try tukar plak patah kata kat atas

'saya dapat lakukannya'
'saya gagah'
'ingatan saya hebat'
'pandainya saya'
'cantiknya saya'
'saya akan berjaya'
'hidup saya bertuah'
dan...bla..bla...bla...(pstikan yang positif okeh!)


hasilnya...
mesti timbul rasa yakin dan bersemangat dalam diri kita-kita.
sebenarnya tanpa kita sedar, pemikiran, kepercayaan dan emosi kita dapat mencipta realiti. kita hidup kat dunia ni tak da had. jadi ikut suka kita la nak cipta, corak hidup camne..

hidup kita ni bergantung pada pemikiran ,kepercayaan dan emosi. jadi positifkan diri jika mahu berjaya.trust urself!!



p/s:aku geram kat adik aku je, semangat separuh jalan je....cakap gini, gitu lak jawapan dia.uuhhhh...rasa mau sekeh-sekeh ja pale adik aku tuh.semangat tak penah nak tinggi


rujukan:KuasaMindaSeparaSedar

Thursday, October 20, 2011

::kan dah tersalah peluk::

haaa....ramai yg spoil mood (ada ke???)bila entry yang lepas meh nak peluk xhabis dah bernoktah.ehehehe
sori abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik sayang ^^,
xsengaja sebab membizi cket. ni teater pun dah habis..jadinya leh la share apa yang TH dah baca


JENIS-JENIS PELUKAN

BEAR HUG
memeluk seseorang dengan erat dan kuat dengan seluruh badan.pelukan ini sesuai jadi pengganti kata "Kamu hebat!" atau "You can always count on me."



kamu hebat!!!!



A FRAME HUG
pelukan camni di lakukan dengan melingkarkan kedua belah tangan di daerah bawah leher dan biasa dilakukan terhadap saudara jauh dalam situasi yang agak formal. cth, kalo ade sedara kite yag kematian o sedih. ni la cara yang sopan utk kita tunjukkan kita ni ambik berat akan die.

CHEEK HUG
yang ni mesti bese buat...peluk yang biasa dilakukan semasa duduk o bdiri dgn meletakkan pipi kita pada orang yang dipeluk.pelukan camni menunjukkan kita berkongsi dengan orang yang dipeluk misalnya kesedihan dan kegembiraan.yg ni pun boleh dgantikan sebagai salam utk saudara jauh yang lebih tua.





GROUP HUG
pelukan camni kita biasa lihat utk sesuatu team la.tuk menaikkan semangat.aku selalu buat bila nak lawan netball n etc.



tapi kan.....


pelukan ni jangan kita dok buat sesuka ati. jangan la plak duka peluk sana sini nga orang yang bukan mahram (tu bagi lelaki dgn pompuan la)
dah kawin tu len citer la..eheheh

tapi kan jugak....

nak peluk tu kita kena tgk keadaan jugak.takut disalah erti plak.kang payah tu.
kena tengok tempat dan masa jugak tau..mak sure sesuai.
pastu jangan la lama-lama t org pk len. n tak selesa.



jangan tak tau...bahawa ada sesetengah orang tu tak biasa dengan pelukan. jadi kena peka gk tu.takut kena lempang free2 plak. tak memasal.sakit wooo....





p/s: tak sabar nak blik peluk ibu...tapi ibu tak de.p obersea jaga nenek.huhuuh....balik pun sendiri jugak la jawabnya.

Tuesday, October 18, 2011

::meh nak peluk::

orang cakap..bila kita sedih
pertama yang kita perlu sangat ialah
seorang pendengar

tapi cam aku..bila aku sedih aku mesti nak lari jauh-jauh
jadi bila aku sedih
boleh la tengok aku kat trek merah kat padang tu
tak lari aku jalan
penat jalan aku lari
penat lari aku kira bunga rumput..
agak-agak dah ko0l..tunggu lah matahari terbenam
barulah aku memilih untuk melangkahkesana.....


jap!!
terpesong ni.
sebenarnya nak share sal ni je



PELUKAN BERERTI.....ungkapan cinta, sentiasa ditemani,ketenangan, percaya diri, menaikkan semangat, redakan kedukaan dan juga tanda penghargaan.

manakala



JENIS-JENIS PELUKAN

sebenarnya pelukan ni ada beberapa jenis yang mungkin ramai yang tak tau..dan aku snd pun baru tau.bila terbaca dalam buku JADI 'COOL'+ POSITIF psikologi suka-suka. menurut  Kathleen pengarang dari 'The Hug Therapy Book' menyatakan bahawa jenis pelukan ni mempunyai maksud yang tersendiri. 
antaranya ialah......



hmmm...nanti len kali lah share...banyak report nak kena settlekan ni..tata ^^,





p/s:dan aku memilih untuk berbahagia.kepedihan tu asam garam kehidupan yang mematangkan diri.cool TH!!

Sunday, September 25, 2011

::konflik otak kiri dan otak kanan::



OTAK KANAN BERUSAHA MENGUCAPKAN WARNANYA
OTAK KIRI BERUSAHA MEMBACA KATA-KATANYA




p/s: idea bersusun-susun dalam otak ni,tapi tak terluah..berat terasa bila idea yang ingin diluahkan tidak terluah (-_-!!)