Followers

Tuesday, October 9, 2012

adik dan final projeknya.moga berjaya

entry kali ini khas untuk adik yang sangat disayangi dunia akhirat.
dialah satu-satunya adik yang aku ada sejak arwah adik yang bongsu telah pergi. tidak mengapa. itulah Qada dan Qadar dri Allah swt.

semua hanya pinjaman sementara saja. itu aku kena ingat. dan adik aku (affizan) sorang ni lah segala-galanya. dia hanya pinjaman saja. pun aku kena ingat tu. suka duka aku, semua kongsi dengan dia. susah senang kami masih lagi bersama-sama. terkadang dia seperti abang.dan aku adiknya. bila mood mengada aku datang. tu sebelum kawin. sekarang tak boleh dah. dia dah tak nak layan.

hari ni pepagi lagi aku cuba call adik. tapi tidak berangkat. sibuk barangkali. tidak mengapa. petang, sekali lagi aku call. pun sama. tidak berangkat. sibuk teramat ni. entah makan atau tidak sekarang ni. duit yang aku bagi hujung minggu lepas cukup ke tak tu. risau juga bila call tak berangkat ni. ahh...moga baik-baik saja.

diam-diam pergi jenguk-jenguk kat fb dia...
ouh...ini kerjanya. alhamdulillah. sememangnya sangat sibuklah sekarang. dan esok adalah hari terakhir dia bertungkus lumus bergelar sebagai mahasiswa di Art & Design in Fine Art at UiTM Seri Iskandar tu.

selamat maju jaya adik. tak pe lah tak dapat dengar suara mu hari ini. yang penting final projek kamu berjalan dengan lancar. tak sabar nak lihat hasil kamu nanti. sekarang dapat tengok kat fb je. tu pun atas dasar kengkawan yang mentag hasil kerja kamu. kalau tunggu kamu yang haplod sendiri, memang tak la kan.  




ni la rupanya lipan yang adik duk cite kat aku yang dia duk buat tu... banyak gak bajet nak guna tu. mana nak cari besi terpakainya.macam-macam la lagi duk story kat aku.



haaa...yang ni paling suka tengok. teringat pula masa adik minta tolong tuk bagi idea untuk buat ikan laga ni..inilah hasil tangan dia...aku suka sangat-sangat.



dah memang keturunan darah seni kot..ngeeeee.tapi banyak lekat kat adik je la.yang lain semua separuh jalan. bila bertukar profesion. termasuklah aku.



ni orangnya...dilukis sendiri. permintaan aku untuk lukis gambar aku ntah bila dia boleh buat. asik sibuk je...grrrrr




tara...yang tadi tu lukisan je. ni orangnya. ensem tak? ensem kan adik aku. hik hik hik...tapi kurus. bahana tak cukup tido kot. pape pun sungguh aku rindu adik aku sorang ni. moga final projek dia berjaya. esok hari terakhir pameran di buat. 





payung said: lepas ni adik kena sambung blaja lagi. tak kira camne pun. muda lagi tuh
hujan said: rasa lama sangat tak jumpa. nanti tahun depan sibuk nak konvo sama-sama. lepas tu mesti  berebut mak nga abah la plak ni untuk pergi konvo.huhuhu

22 comments:

Cikgu Ma said...

kim salam kat adik..sangat berbakat ^_^

Syazwan Che Deraman said...

sangat berbakat okey.
lukisan tu dia yang lukislah?

kagum.
*clap clap*

the malay male said...

cerah masa depan ni... good luck :-)

Titisan Hujan said...

cikgu ma - insyallah....orgnya tersangatlah cerewet

syazwan CD - a ah..byk lg hasil die dlm simpanan.tp jrg nk publish.segan katanya

the malay male - insyallah. harap pun macam tu lah

Tukang Karut said...

Perghhhh... Kreatifnya...

HAdira Kifly said...

Memang seni bebeno.. boleh pergi jauh tu kak.. heeeee ^_^

feyza said...

cantik ikan laga tu..
terbekenan pulak..hehe

Muttallif said...

Kreatif! Semoga berjaya!

Asrul "iLham" Sany said...

wahhh tahniah :D

KUREKURE COMEL said...

wahhh...susah nak buat tu...mmg berseni betul....penuh kesabaran nak buat tu...


bertuah adik dpt akak yg sayang sgt sgt kat dia...

mina ni kaki bebel je...adik pun naik bosan...kihkihkih..

Hanis MY said...

hebatnya dia...

ghost writer said...

ni yang orang bilang, muka macho tak semestinya tak berseni.. haha

cik marikh said...

woahhh! suka,suka suka!!
love art!

adik awak ni mmng suka ikan ke?heeee

- Crow Nick - said...

berbakat...n al fatihah untuk adik bongsu kamu tu.

fuad ansari said...

lawa hasil tangan adik TH..

kursus yg menarik untuk dipelajari.. memang sesuai utk lelaki.. (",)

khaifaiz said...

Nanti boleh lukiskan gambar aku plak..

HiDa said...

amat berbakat... cantik sgt lukisan dan juga arca yg dibuat tu.. moga sukses...

Al-Fatihah buat adik bongsu TH..

ஜ miss klanika ஜ said...

hebatnya adik ...

khairul said...

wow kreatipnya

shameel Iskandar said...

Salam TH.
Adik TH sgt berbakat. Perlu dikembangkan tu..

a.samad jaafar said...

salam titisan hujan..
apa kabo ?? t kasih kerana tetap setia menjenguk blog saya.. saya terharu oooo..


memang gambo ikan laga tu sgt cantik.. saya sentiasa jeles dgn org yang pandai melukis.. saya takde bakat langsung..bakat saya mungkin ada sedikit dalam alat muzik..

izfanora said...

wah, promote adik nampak.. :P

bakat kurniaan Ilahi.. guna di jalan yg elok yer.. :)