ada satu malam...aku rasa aku sedang berborak-borak dengan kawan.rasanya la...ntah,dah lupa laa...
hm..tak kisah la yang penting memang aku rasa aku ada bercakap tentang ini...
"tiba-tiba rasa ingat kat orang tua kat umah. abang-abang semua duk jauh.pe la mak abah tengah buat masa ni. sihat ke tak.nak call pun, dah lewat malam.mesti dah tidur.maklum..berdua je kat umah tu.tiada anak-anak.apatah lagi cucu untuk dilayankan. kesian plak kat mak abah, mesti dorang sunyi..semoga sihat-sihat saja mak abah kat umah tu....
tak sabarnya nak balik.nak jenguk mak abah..mesti dorang gembira bila anak-anak balik ni.
rasa cam rugi je bila belajar tinggi-tinggi...tapi tak leh nak jaga mak abah dikala dorang menghitung usia senja nie. lagi tinggi aku belajar, rasa lagi jauh aku kena pergi tinggalkan mak abah. memang la, duit sentiasa diberi tiap bulan tapi tak sama dengan kita jaga mereka setiap masa. aku tahu mereka bukan harapkan sangat duit yang diberi setiap bulan tapi mereka tentu lebih suka jika anak-anak mereka ada depan mata. mereka lebih gembira jika anak-anak pula berikan perhatian pada mereka..
merenung sejenak....
tiada sorang pun mak atau abah yang mahu anaknya tidak pandai. semua mahu anaknya pandai-pandai dan belajar tinggi-tinggi. tapi buat apalah pandai, buat apalah berpangkat jika kasih untuk mak abah tidak dapat dicurahkan sepenuhnya sebagaimana mereka curahkan untuk kita masa kecil dulu.
jika dilihat, kebanyakkannya anak-anak yang tidak belajar tinggi mesti ada kat kampung. dan tidak lain tidak bukan yang ni la yang boleh tolong jagakan mak abah. yang pandai-pandai lak sah-sah la di negeri/negara lain mencari kerja/belajar. mungkin walau tak semua."
p/s: hmmm...sesaje meluah pendapat.gabungan beberapa kisah. ^_^.
p/s: tak pe lah mak abah, hanya doa yang mampu aku titipkan untuk kalian setiap masa.aku duk jauh
p/s: tak sabar nak balik even flight delay hari ni.huhuhuhuhu
Friday, May 25, 2012
Sunday, May 20, 2012
manusia akan berkeras apabila mereka terancam
"manusia akan berkeras apabila mereka terancam,"
"dan keadaan itu dicipta oleh budaya kita selama ini. Sama juga dengan apa yang ekonomi lakukan kepada kita. Sehinggakan orang yang mempunyai pekerjaan tetap dalam ekonomi kita selalu berasa terancam, kerana bimbang akan kehilangan pekerjaannya. Lalu apabila kamu terancam, kamu akan mencari jalan keluar bagi menyelamatkan diri kamu. Kamu mula menjadikan duit sebagai Tuhan. Ini adalah sebahagian daripada budaya."
sumber:TWM
p/s : aku akan bersederhana saja untuk majlis itu nanti
Wednesday, May 16, 2012
::Wordless Wednesday::18#
Saturday, May 12, 2012
iblis berada di depanmu
sesungguhnya iblis berada di depanmu
jiwa di sebelah kananmu
nafsu disebelah kirimu
dan semua anggota tubuhmu berada di sekelilingmu
p/s:aku pernah mendengar ungkapan ini.tapi dimana? aku sendiri tidak tahu......
Subscribe to:
Posts (Atom)


