Followers

Thursday, January 16, 2014

semangat mendidik

masa menaip ni... hari aku berlatar belakang kan lagu-lagu pujian buat Rasulullah saw.
hari kekasih Allah  baru saja berlalu..tapi di sini masih lagi hidup suasana nya.
hidup dalam menyuburkan rasa cinta dalam anak-anak didik.
seronok pula rasanya mengajar hari ini bila berlatarkan lagu-lagu nasyid.

sekarang waktu mengajar aku dah habis.dari pagi sampai laaani...baru aku dapat rehat.
tak mengapa..aku seronok sebenarnya.
memang makin hari aku makin terasa seronok mengajar anak-anak istimewa ini
kalau dah stat xda waktu nak ngajar mula la aku terasa bosan. dan tadi mengambil peluang melatih anak-anak murid untuk buat persembahan nasyid pada minggu depan. saja je menolong. aku ni pantang ada masa mesti nak menyibukkan diri.seronok.

tapi pagi tadi..memang sedikit terasa.
bukan terasa apa. cuma rasa sedih.sebak.terkilan.suma yang rasa-rasa tu la
sedih bila dapat sorg murid yang dah berumur 11 tahun.baru saja pindah ke sini. dulu dari sekolah lain yang beraliran perdana. kira sekarang darjah 5 la. apa yang buat aku rasa sedih sangat ialah dia langsung tidak mengenal ABC. bayangkan sudah berapa tahun kat sekolah tapi langsung tidak mengenal huruf ABC.tu yang ditukar ke aliran pendidikan khas sebab LINUS tegar.

bukan nak salahkan cikgu-cikgu sebelum ni..tapi bayangkan selama hampir 5-6 tahun di sekolah apa usaha mereka?memang aku taknak salahkan sape-sape cuma sekarang aku bertekad untuk ajar dia.

minggu lepas dia masuk kelas yang aku ajar BM.memang bila waktu balik aku ambik sikit masa ajar dia.dan baru aku perasan cara dia pegang pensil pun tak betul.

bayangkan
bayangkan apa rasa aku?
aku sedih
pegang pensil pun xpandai...apatah lagi bila minta dia menulis....
subhanallah...kalau kamu-kamu semua tengok
memang aku terkilan

hari ni..dia ditukarkan kelas...ke kelas bawah sebab tidak mengenal huruf.jadi dia bukan lagi dibawah aku.cikgu lain yang ajar BM.hmmm.....tapi aku tetap juga curi sikit masa ajar dia.
tadi aku ajar cara pegang pensil.
ada sikit kemampuan untuk betulkan cara pegang pensil tu...aku akan usaha lagi
dalam hati rasa seronok bila dia pun bersungguh-sungguh belajar cara nak pegang pensil.
aku akan pantau dia.biarlah bukan aku lagi yang ajar BM tapi aku akan cari sikit masa untuk ajar dia.
target untuk bulan ni dia tahu pegang pensil dengan betul dan kenal huruf A.

tadi dia tulis huruf a tapi jadi huruf p.
bila aku tulis a dia kata salah camni  (a) yang betul camni (p) 
tu kata dia.
memang dia disleksia.
dan dia juga slow learner
mintak2 dia bukan jenis yang lostmind
sebab nanti payah nak ajar untuk mengenal huruf A sekalipun.
nanti dia lupa.
mungkin makan tahun untuk huruf A itu
tapi tak pe..insyallah aku tak kan putus asa.
tadi dah bagi latihan untuk dia buat kat umah..
setakat ni dia buat latihan yang aku bagi kat dia
kat murid lain tak pernah bagi pun..sebab tau takkan buat kalau bawa balik pun. bukan tak buat je..malah kertas tu pun tak tau p mana dah  (=.=')




moga niat ini terus teguh..tolong hambaMu ini Tuhan

4 comments:

Anum said...

great

NasQ said...

cikgu... kena ajar dia elok2... biar jadi orang...

shameel Iskandar said...

dulu saya seirng juga menyalahkan guru2 sekolah rendah apabila pelajar sekolah menengah gagal Sebab 3M adalah tugas guru sekolah rendah.

Tapi ternyata saya silap sebab kadang2 ia berpunca dari masalah pelajar itu sendiri. Maksud saya tahap atau keupayaannya utk menerima dan memahami ilmu yg diajar. Saya terbaca tulsian seorg doktor pakar yg mengatakan kanak2 tertentu menghadapi masalah pada saraf otaknya yg menyebabkan mereka gagal memahami ilmu yg diajar termasulah membaca.

Dan smapai sekarang di seklah menengah, masih ramai pelajar2 yg gagal membaca walaupun sudah berada di tingkatan lima.

Bitt (doubeIS) said...

awak...boleh share sikit tak pasal linus ni...apa symptom nya ya..mcm mana nak rawat...sebab anak kedua saya suka tulis terbalik...tapi banyak kali di tegur..lepas tu ok...tapi akan berlaku lagi bila kurang latihan...dia semacam lupa...adakah tidak boleh menulis dan membaca??