Followers

Monday, November 12, 2012

alhamdulillah..semua selamat

15jam hanya duduk memang satu penyeksaan buat aku. kalau dulu mungkin tidak kisah la sangat. tapi dah ada 'isi' ni memang seksa la sikit. sikit ke? sampai nak nangis tu.eheheeh
tapi bertahan je..kesian kat tersayang pula lau nangis-nangis.bertahan aje lah takat mampu.


semalam memang itulah dalam sejarah aku selama menjadi salah seorang pengguna jalan raya yang sepi tiada lampu dan rumah di sekitar jalan....
tiba-tiba


telah disambut oleh satu makhluk yang kental aku rasa. bila depan kereta kekasih hati hancur dirempu oleh makhluk tu. memang bergegar jugak la aku yang duk di dalam kereta. lepas je perlanggaran tu memang satu bau busuk yang teramat sangat hingga tak tertahan rasanya dan kereta tak mau lagi hidup.aiyarkk...dalam gelap dan sunyi gitu kereta tak nak hidup pula

Allah saja yang tahu macam mana perasaan aku tika ni..habis menggigil satu badan.yang keluar kat mulut aku hanya 'baby xda pape'

tu la yang berkali-kali aku sebut.bila ditenangkan oleh tersayang baru aku istighfar banyak-banyak.rasa lemah satu badan bila dapat tengok makhluk sesat tu masa langgar kereta ni.

alhamdulillah..tiba-tiba ada 2 orang lelaki yang mungkin mahu pergi mana-mana la kot yang menolong aku dan tersayang. tersadai hampir 3jam menanti adik ipar datang jemput.  pagi tu aku berperang dengan nyamuk dengan keadaan memang terlalu letih.kesian suami aku bila perlu ampu aku ni dan dia suruh aku tidur. memang emosi aku tika ni tak begitu stabil.


dan alhamdulillah...5pagi aku sampai juga di rumah. bersyukur sangat-sangat bila semua selamat. dan aku berterima kasih sangat-sangat kepada mereka-mereka yang menolong terutamanya adik ipar. hari ni dia yang sanggup untuk pergi ambil kereta yang ditinggalkan semalam.kami disuruh duduk di rumah saja.

semoga Allah membalas jasa kalian semua. aku sungguh terharu kerana masih ada yang sayang......

14 comments:

khaifaiz said...

Makhluk sesat... Yeuwww.. Mcm scary banget jer...

the malay male said...

Langgar apa?

Muttallif said...

HUh. langgar apa TH?

Waqheh said...

habis la bumper kete..makhluk sesat hahaa..

HAdira Kifly said...

Semoga kembali pulih seperti sedia kala. Harap akak tak trauma dengan kejadian yang menimpa.

Sayang kak TH. <3 <3 <3

ghost writer said...

dengan perasaan tak stabil atau kurang stabil nih payah lak aku nak gurau-gurau cakap nasib baik itu bukan jeepers creepers..

alhamdulillah..

Lelaki Ini said...

nsib baek tak ade apa.

fuad ansari said...

alhamdulillah, selamat...

perkara yg 'tiba2', mmg selalu merbahaya..

Asrul "iLham" Sany said...

nak tau gak apa yang dikatakan makhluk tu...

Titisan Hujan said...

khai - mmg scary pn.agk trauma lg skg.tgk kete tu pn takut

tmm - hmm...xnk ckp lh langgar pe.takut

mutaliff -ada la makhluk Allah tu.huhu

waqheh-mmg pn.hbs tcabut.mati terus kete

Titisan Hujan said...

hadira - hope..cmtu la.tp skg msih ada rs trauma tu

ghost - xpe,aku tahu ghost suke gurau2.hal kecik lh

lelaki ini- tu lah.alhamdulillah sgt2

fuad ansari - alhamdulillah.ni la first time.sllu dgr cite org je

Tukang Karut said...

hati2... awal2 mengandung ni banyak dugaan...

a.samad jaafar said...

langgar ape ye..??

tahniah TH.. saya baru tahu berita gembira ini.. jaga kesihatan dan bykkan berdoa.. insyaallah selamat..

Jamal Ali said...

Syukur, selamat itu menjadi hujung cerita. Doa selamat daripada saya mengiringi setiap perjalanan TH.

Tahniah juga atas pemberian kekasih kecil, saya juga baru peroleh berita gembira ini. Saya doakan kesejahteraan sepanjang waktu. Allah sahaja yang mampu melindungi. :)