Followers

Friday, July 27, 2012

setiap hari menanti abah

hampir 2 bulan menjadi isteri kepada incik suami...
sebenarnya bila penyatuan dua hati ini berakhir dengan ikatan yang sah, sungguh syukur. namun...memang betul jugalah kata kaunselorku "menempuhi alam berumah tangga bermakna menempuhi masalah dan ujian"

tapi bagi aku..aku mengambil kata-kata tersebut dari sudut yang positif. dan hanya mampu tersenyum. apa yang penting aku dah menghalalkan ikatan ini. cinta selepas kahwin. alhamdulillah.

imbas kembali....
walau ikatan pertunangan hanya 3bulan sahaja...dugaan tetap ada. malah dari orang yang paling penting dalam hidup. dari SANG ABAH. ya...abah! orang yang paling aku rapat mungkin.

jauh disudut hati, aku rasa aku tahu kenapa abah pernah berniat untuk memutuskan tali pertunangan ini - abah tidak yakin akan ada lelaki lain selain dia yang mampu menjaga aku sebaik mungkin - aku - anak perempuan tunggal dia (selepas 8 tahun yang lalu)

usia perkahwinan aku hampir genap 2 bulan
.....angah pernah cakap beberapa minggu lepas - abah macam payah lagi melepaskan aku ke tangan orang lain...patutlah selepas aku kahwin abah lain macam je. tiap kali aku kol mak yang jawab.

abah...abah....sayangnya dirimu pada diri ini. anakmu kini baik-baik saja dibawah jagaan suami.menantu abah ni jaga anak abah cam abah jaga juga..




 SAHUR - 27 Julai 2012 0502am

ingatkan alarm phone yang berbunyi..rupa-rupanya abah yang kol.masa ni aku dah pun bangun

inilah kali pertama abah kol masa sahur sejak Ramadhan. dan inilah kali pertama abah kol kejutkan aku sahur sejak aku bergelar isteri orang. ^_^

sebenarnya setiap hari aku menanti abah kol kejutkan aku untuk bangun sahur.

terima kasih abah...akhirnya.



p/s: pada Ramadhan2 yang lepas sebelum aku jadi isteri orang, abah la yang setiap pagi kol suh bangun sahur.
p/s: semalam dah beli baju raya untuk abah..tak sabar nak balik jumpa abah.semalam juga la kali pertama belikan baju raya untuk abah mentua. untuk mak dengan ma pula...nanti dulu ye.

15 comments:

Jiwa Perempuan Gila said...

hahaa .
kalau abah xcall , xsahur la jawabnyaa kan :)

Anum said...

ala sayu plak anum baca

Unknown said...

syahdu...

cepat-cepat sapu air mata yang bergenang. takut nanti batal puasa.. huhu

blog-tips-kurus said...

abah nak amik anak angkat tak? hihi!

ewanthology said...

ayah ni kadang2 dia tak tunjuk yang dia syg kat kita

Anonymous said...

macam adik sy. dia if nak sahur mesti ayah kejut dia :)

a.samad jaafar said...

syukur sy sebagai sahabat krn sahabatnya memperoleh Penjaga yang amat bertanggungjawab..

saya juga rapat dgn abah..kalau lihat n3 saya, saya selalu menulis tentang saya dan abah..

errr.. pas abah call.. anaknya call juga menantu abah.. hihihi..

NasQ said...

untungnya kamu punyai abah yang menyayanggi kamu...

~Kenanga Suchi~ said...

:) dah lama tak singgah
dah bersuami rupanya

tahniah :)

Tinta Lana said...

Salam.

TH..saya terkenangkan ayahanda saya juga..

Saya rapat dengan dia..rapat sangat.. skrg ni pun, dah masuk usia2 boleh kahwin ni, sy tgk reaksi nya macam tak suka bila saya bercerita pasal lelaki..melainkan adik lelaki saya,hehe.

Saya rasa, sy tak perlu tngu kahwin nnti tuk tgk reaksi ayahanda..skrg ni, nak kemana2 pun, mcm susah semacam je nak dia lepaskan..anak prmpuan tunggal, ank prmpuan sulung..fuhh..

pisau belati said...

moga berkekalan bahagia hidup kau selepas kahwin ini...pilihan org tua ya?

aku sendiri tidak pasti dgn hati biarpun masa itu semakin hampir semakin suntuk.untuk memilih dan berpaling? aku rasa tidak mngkin

biar pun aku sendiri lebih tahu yang hati ini masih lagi ada pada dia.aku harap takdir ini adalah yang terbaik utk aku.



yang berkomen:

::aku,pembunuh tanpa bayang malas nak guna nama sendiri.

Anonymous said...

Never thought blogging could be soo fun and interesting. Man you know how to do it brother.

Cikgu Ma said...

dah selamat yea jadi isteri...syukur dan tahniah...=)

salam ramadhan...

emieysandra said...

sedihnyer :(

sabar eh~

Jamal Ali said...

Begitu rupanya kasih seorang ayah kepada anak perempuannya.

Tatkala semua orang gembira selepas ikatan disimpul, siapa sangka dalam hati ayah menangis.

Jangan dilupa kenangan lalu~