Followers

Wednesday, July 25, 2012

pelukan terakhir kita


 

 selepas sendirian bersahur dengan sebiji kurma dan segelas susu, aku mempersiapkan diri untuk menuju ke lorong sepi sendiri. untuk seketika meninggalkan duniawi..menginsafi diri, merendahkan diri sedayanya. sungguh malu rasanya bila mengenangkan dosa-dosa semalam. untuk seketika......

 masa terus berlalu..dengan niat mahu membuat beberapa kerja iaitu lumrah seorang siswi. buka je netbook kecil comel aku ni, terpampang la tarikh 25 JULAI 2012. 

terdetik "selamat ulangtahun akak sayang"..insyallah raya nanti kita jumpa di nisanmu. sungguh aku rindu kamu. lapan tahun sudah kita berpisah. rasanya baru semalam kita keluar bersama daripada pintu pagar sekolah bersamakan. sungguh aku rindu pada pelukan terakhir kita di saat sakaratulmautmu sayang..

8 tahun ramadhan tanpamu
8 tahun aidilfitri tanpamu
8 tahun jugalah tiada lagi biskut raya kegemaranmu...






p/s: bertambah rindu pada arwah kakak selepas membaca entry yob samad. tabahkan hati tau kawan. terima kasih pada komen yob kat entry lepas




12 comments:

khaifaiz said...

aku x leh la syahdu2 ni.. rase cm nk nangis

Asrul "iLham" Sany said...

semoga tabah dengan 'kehilangan' ini...

Unknown said...

let me give u big hugs...


erm...bila agaknya kita dapat buka puasa bersama ye? huhu

Muttallif said...

Semoga TH terus bersabar dan redha dengan keadaan. Semoga kerinduan TH diubati nanti.

Semoga arwahyarham juga mendapat ketenangan di dunianya. Insya-allah

ewanthology said...

rasa cam sebak gak ni lepas baca entry ni....

NasQ said...

kenang dia dalam doamu...

blog-tips-kurus said...

sabar ye.. sebak bace ni..





*ini tahun ke-12 bff kita pergi..

a.samad jaafar said...

nampaknya..kita benar2 berkongsi rasa..

Jamal Ali said...

Lapan tahun itu jadi lama. Walau terasa perginya seketika.

Nanti bila rintik-rintik turun di malam gelita, dan waktu itu kita hanya seorang diri. Panjatkan doa buat kasih hati. Agar cinta itu akan bawa abadi.

Dan dia, akan menanti, di pintu syurga menyambut diri ini.

-saya jadi terharu, saya jadi sebak, terima kasih kerana buat saya menjadi ingat-

Jiwa Perempuan Gila said...

auwww . menusuk di sini (hati)

anamizu said...

bile ramadhan / raya mmg sgt terasa kehilangan org2 tersayang ni..

tabahkan hati tau TH..
DOA utk arwah ;)




slm ramadhan,
cik ana

Tinta Lana said...

Assalammualaikum TH..

Lana tidak tahu apa rasa, erti kehilangan orang yang terdekat..

Kuatkan hati.. InsyaALLAH..arwah akk tenang disana.. dia tak perlu lalui pancaroba,tipu muslihat dunia.. :)