Followers

Friday, June 22, 2012

fasa akhir dalam rindu

sungguh..rindu itu satu anugerah.

masa terus berlalu..sem akhir kini tinggal beberapa bulan saja lagi. dan malam ini aku baru melihat kembali proposal yang telah aku buat pada semester lepas. selangkah saja lagi untuk aku akan mendapat ijazah sarjana muda. kali ni kena banyak membaca untuk menyiapkan tesis.

semangat perlu berkobar-kobar pada semester akhir ini tambahan pula result semester lepas agak megecewakan lantaran sedikit kesilapan yang aku kena terima dan mengaku..."xpe lah memang aku yang tak tahu"


alhamdulillah walau result buat aku rasa kecewa tapi cgpa aku tak terjejas sangat.masih dalam kalangan mereka yang lain juga. cuma pada awal semester ni aku perlu berdepan dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan adik-adik junior atas perkahwinan aku pada cuti lepas. ucapan tahniah tidak mengapa lagi..cuma usikan-usikan daripada mereka yang nakal membuat aku tiada kata mahu membalas. melainkan senyum. sabar aje la melayan soalan daripada mereka.

apa yang mampu aku jawabpun hanyalah, kawin la dulu baru tahu..

bila bergelar sebagai isteri orang dan pada masa yang sama sebagai siswi, insyallah semua itu tidak menganggu tanggungjawab aku untuk menyiapkan tesis pada semester akhir ini. malah semoga dengan kehadiran seorang suami menjadikan aku lebih bersemangat untuk menyiapkannya.

malah jarak antara kami juga tidak dijadikan sebagai alasan untuk kami membuat hal masing-masing.


insyallah.




p/s: akan kembali ke sekolah selama sebulan..dan aku berharap moga aku berkesempatan untuk menemui Ramadhan pada tahun ini.
p/s: rindu itu juga satu anugerah...alhamdulillah,dikurniakan seorang suami yang memahami diri ini

6 comments:

HAdira Kifly said...

rindu dira pada kak pun satu anugerah.. ehehehhh.. *wink wink wink*

Gen2Merah said...

Insya Allah my fren.. semoga dipermudahkan segala2nya ya....

Muttallif said...

Memang rindu satu anugerah yang kita sendiri akan gembira kerananya. Walaupun tersiksa.

Semoga dipermudahkan segalanya

khaifaiz said...

semoga terus success sis

penjajah minda said...

semoga sukses.=)

zati embong said...

dah kawen?hihi.tahniah.hihi