Followers

Thursday, May 3, 2012

kisah 2 hati

sunyi je kat bilik sorang-sorang..rumate pulang ke kampung setiap weekend, maklum la rumah bukan jauh pun (balik kampung cam jauh je bunyi nye kan). jadi tinggal la aku sorang-sorang terkial-kial kebosanan. seharian mengadap nota-nota ringkas. final exam sekarang ni. study la mana-mana yang mampu.

teeett...teettt...henpon murah aku berbunyi.
[aziman]''assalamualaikum.awak apa khabar?"


aku membiarkan dulu mesej itu. "nantilah jap lagi aku reply"
kononnya kejap lagi la aku mahu reply..tapi akhirnya aku terlupa.

seminggu kemudian...

seperti biasa aku sendiri di bilik...mood mahu study belum ada. kertas-kertas atas meja dah berubah dengan macam-macam lakaran. mahu design batik. nak masuk kontes la hajat hati. tapi idea kering. lalu...aku ambil henset. buka inbox. baca mesej-mesej yang lepas..tiba satu mesej yang bernama 'aziman'.
subhanallah....aku terlupa nak balas mesej mamat nie.

akhirnya aku membalas mesejnya dan memberitahu kelewatan membalas mesej tersebut. dan dia sedia maklum yang aku sangatlah payah untuk bermesej. jadi katanya 'tidak kisah'. tidak banyak yang kami mesej (tapi ni la kali pertama aku banyak reply mesej die) ....

[aziman] - terasa mahu isi borang je tahun nie
[aku] - ouh..isi aje lah
[aziman]- nak isi nama awak boleh?
[aku] - boleh saja (masa ni tetibe terasa mahu kenakan mamat ni)
[aziman] - tapi saya tak tahu nama penuh awak
[aku] - nak nama penuh nanti minggu depan datang rumah masa abang saya kawin ok!
[aziman] - baik

seminggu kemudian (lagi)....

hari ini aku sibuk menguruskan majlis perkahwinan abang. dan mamat ni betul-betul mahu datang rumah. sesungguhnya, aku memang tidak pernah kenal siapa aziman ni. tidak pernah kenal orangnya. apa kerjanya. berapa umurnya. di mana tinggalnya. tidak pernah juga tengok orangnya. apatah lagi berbual melalui telefon. apa yang aku ingat tentangnya ialah aku akan mendapat mesej ucapan SELAMAT HARI RAYA je setiap tahun darinya. setakat ni 4 kali dapat mesej selamat hari raya tu.dan aku cam biasa akan reply SELAMAT HARI RAYA juga.  itu saja mesej aku antara dia selama empat tahun.

aku pelik juga, mana la dia dapat nombor aku, dan camne.. aku pun boleh ada nombor dia. (sampai sekarang bila ditanya dia sendiri tidak tahu)..

hari ini...dalam sibuk, aku pelik ahli keluarga semua sangat teruja menunggu kehadiran dia. aku hanya bagi alamat rumah. dan dia cari sendiri. peringatan yang aku bagi pada keluarga aku ialah

 "orang tak nah kenal sape mamat nie, jap g kita sama-sama kenal la ea camne orangnya."

dan akhirnya dia call aku..ya dia CALL aku!!!!!
[aziman] - saya rasa dah sampai kt kg awak. tapi rumah yang mana satu?
[aku] - awak naik kereta wira putih ya?
[aziman] - a ah..
[aku] - awak betul-betul dah berhenti kat depan umah saya (masa ni pagi lagi.belum ada orang lagi yang datang majlis). jemput la datang...awak dah sampai dah pun ni.

uhuuuu.......masa ni baru terasa jantung berdegup laju.sel-sel darah merah mula pantas bergerak sebab kena pam laju sangat.ahahahaha

subhanallah...inikah orangnya???






bersambung


p/s : apa yang aku tahu, kalau orang yang tak biasa datang rumah aku mesti akan sesat. maklum la kampung yang masih terpelihara alamnya.

8 comments:

a.samad jaafar said...

Ok.. Saya tunggu sambungannya...

ankeljonni said...

hakhakhak... potong ah... ada sambung2 pulak... huhuhu

Muttallif said...

Wow...suspen pulak :) Kisah seterusnya?

Unknown said...

Baru nak layan Novel cinta terindah d cakerawala zaman ini, dah kena bersambung pulak ? huhuhu

Ni mesti kak TH saja nak buat surprise kan ? hehe

NasQ said...

nanti sila bagi tau aku kalau dah ada sambungan... takut terlepas!

-eim- said...

apa main sambung2 nie...
xsyiioookkk...
XD

Unknown said...

a.samad jaafar - tggu tau.hihi
uncle jonni - keh keh keh...surprise
mutaliff - nanti..esok lusa ada la smbungannya.tu pn lau da mood nk tulis

TK - ok Tk!!
happy iem - rilex laaa sis

dill said...

baek. saye akan tunggu sambungannye

dill.