Followers

Monday, May 7, 2012

kisah 2 hati part 2

PART 2



mamat ni tersenyum je...dan berjalan dengan penuh gentleman masuk ke dalam rumah.  masa ni abang-abang aku yang melayan dia. aku memang tak sempat dah. sebab terlalu banyak benda lain yang perlu diuruskan. abah?? haaa...abah mana pergi? hilang la pulak time-time ni. nasib baik la aku ada ramai abang. jadi mereka bergilir-gilir la melayan mamat sorang ni. aku hanya munculkan diri seketika. menghidangkan minuman dan kuih muih untuk dia. lepas tu aku terus menyibukkan diri dengan urusan lain. maklum la....kejap dari dapur memangil.kejap dari ruang bilik memangil. kejap dari anjung memanggil..

bila sorang je anak dara kat umah ni, jadinya semua aku yang kena uruskan. penat plus plus pening..makcik-makcik serta sepupu semua duk kenyit-kenyit mata kat aku. sejak bila la mereka semua ni pandai guna body language. hahahah...kelakar pun ada gak tengok gelagat mereka.

..................................................................................................................................................................

aku tak sangka sungguh. mamat ni boleh terlibat sama dalam keluarga aku sepanjang rombongan perkahwinan abang.

bila majlis hampir selesai...aku berdiri di tepinya

disisi mu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar seribu rasa
namun sukar untuk aku luahkan...
lalalalala....
hati aku berlagu tak tentu hala

memang aku tak sangka inilah orangnya. setelah hampir 4tahun menerima mesej ucapan hari raya je, hari ini dia berada depan mata aku. dan aku hanya mampu tersengih je bila tengok dia. dia pula begitu kamcing dengan abang aku. 




seminggu berlalu....hari ini mamat ni datang lagi ke rumah. maklum esok aku dah nak berangkat ke seameo sen.sudah masuk semester baru. hari ini dia tidak datang sorang. tapi bertiga. bersama orang tuanya. sungguh meriah rumah aku hari ini. orang tua aku dengan orang tua dia begitu rancak berbual. aku pula menyiapkan makan tengahari. alang-alang, biarlah tetamu yang datang diisi perutnya. 

dalam diam sebenarnya orang tua aku dengan orang tuanya sudah berhajat besar. 

antara aku dengan dia...ya antara aku dengan dia.
akhirnya telah dipersetujui.



huhuhuhu...aku malu.

.................................................................................................................................................................

dalam perjalanan ke seameo sen...lampu-lampu jalan laju berlari-lari. dan aku terkebil-kebil memandang skrin enset..

[aku] - awak..saya nak minta maaf..kita tak boleh teruskan hubungan ni lagi
[mr.h] - kenapa?
[aku] - saya tunggu awak..tapi awak ke mana?dan semalam ada orang datang merisik.kenapa bukan awak?
[mr.h]- saya sibuk..memang sudah tiada jodoh.tapi saya sayang awak.
[aku] - saya minta maaf.tapi kita tetap kawan kan
[mr.h] - saya sedih
[aku] - ini takdir kita


lama aku menunggu mesejnya....tapi terus sepi. kesian awak. saya tahu awak sungguh baik. selama kita kenal awak tidak pernah menyakitkan hati saya. tapi saya sedih, lama saya tunggu. akhirnya orang lain yang datang.

dulu kita pernah cakap kalau ada jodoh kita akan bersama kan. tapi sampai sini saja. awak bukan orang yang saya tunggu sebenarnya...orang yang patut saya tunggu adalah mamat tu. mamat tu la orang pertama yang membawa orang tuanya bersama hajat itu.

...............................................................................................................................................................

aku pegang pada kata aku...siapa orang pertama yang datang ke rumah dengan orang tuanya bersama hajat yang suci itu.....dialah pemilik rusukku yang sebenar. 


akhirnya mamat ni juga yang membawa hajat ini...dan aku memang tak sangka.

aku rasa............................................


bersambung~~peace ^^,







p/s: ni citer bagi kisah 2 hati part 1

8 comments:

Anum said...

so sweet

syiela said...

so sweet tak sabar nak tau citer selanjutnya

Muttallif said...

Rasa apa?

dill said...

boleh buat novel ni :)

dill.

a.samad jaafar said...

Sambung lg... Ok.. Tunggu lg...

Tukang Karut said...

ermmmm... sambung lagi...

Jo-Blogger said...

ni karang sendiri ke?bagus2..oklah sy singgah dan follow.

HAdira Kifly said...

Kisah hidup akak best... Semoga kak TH bahagia hidup di sisi si dia.. :)