aku bermonolog sendirian..
masa terus berlalu..tahun 2011 telah pun berakhir. dan aku selamat menghadapi paper untuk semester ini. maka bersiaplah untuk pulang ke kampung bagi membuat segala persiapan untuk majlis pertunangan. perkara ini dirahsiakan kepada semua orang. hanya ahli keluargaku dengan keluarga mamat ni je yang tahu. maklum ikatan pertunangan tak payah la nak diwar-warkan. dah konfom kawin nanti baru heboh yee...
12 jam perjalanan....best.dah memang hobi.suka naik bas. memang sepanjang perjalanan aku payah nak lelap. suka tengok bintang-bintang di langit..
satu pagi dikala hujan renyai-renyai..satu dugaan untuk aku.memang aku takkan lupa sampai bila-bila. tragis. ohh..sungguh tragis. lau boleh nak pengsan kat situ.tak nak sedar-sedar dah. malu..
ditakdirkan pagi tu ALLAH BAGI CUTI untuk aku. huahuahua.......(datenya aku boleh lupa). turun je bas, aku tak nak jalan mana-mana dah.tercegat di persimpangan jalan. hujan plak turun seperti hati aku yang luluh menangis..uhuuuuuuu..pe la nasib pepagi ni.aku tak tau nak minta tolong sape.
aku dah mengigil. ikut hati nak nangis je..dah la tengah-tengah hujan.habisss laaa aku lau lama lagi kat sini. aku cuba melilau dengan pandangan mata je mencari tandas.tapi hampaa...
akhirnya, untuk kesekian kali, aku terpaksa kolling-kolling mamat ni.dia perlu datang jemput aku kat stesen bas (
dalam menunggu mamat ni sampai, ada sorang pak cik tu datang menegur.
"nak,kenapa duk dalam hujan ni?"
"hehehe (dalam paksa)..tunggu abang datang,dah nak sampai dah"
"oh...kalau tak pak cik tumpangkan"
"xpe2..terima kasih ye pakcik."
huaaaaaa....aku nak nangis je bila pak cik tu datang tegur. aku tunduk melihat rintik-rintik hujan..
jeng jeng jeng....ada sesuatu di kaki (pandai-pandai la agak yeee..)
subhanallah...cepat la sampai.aku dah mengigil.tak mampu nak berdiri dah rasanya...nak pengsan boleh tak???
akhirnya...dia sampai. selamat. rasa mahu peluk je dia. tapi mana boleh...hujan makin galak turun. lama aku tercegat bila dia panggil naik kereta. aku segan nak gtau hal sebenar. tapi aku perlu.
~~~ dia paham. tapi agak terpinga-pinga.akhirnya dia meninggalkan aku seketika dan terus menghala ke 7eleven. tau-tau je dia apa yang kena buat.
masa ni tuhan saja yang tahu...deritanya.malu,sedih,terharu,lega,sakit..ahhhhhh,,semua bercampur aduk.tapi semua selamat diuruskan. terima kasih bakal tunang! ^_^
..............alhamdulillah.......................
aku selamat menjadi tunangan orang pada hujung Februari 2012. walau semua classmate tak percaya. semua ingatkan aku main-main. maklum dalam class aku dinobatkan sebagai Presiden Playgirl..tup tup nak jadi tunangan orang dah.hanya classmate saja aku gtau. tak gtau nanti kan kecik ati pula mereka ni. bukan boleh pakai semua mereka-mereka. spesies dalam hati ada taman. camni la gamaknya.
kini..pantas masa berlalu.........tinggal sebulan je lagi aku bergelar tunangan orang. lepas ni dah jadi PUAN.hohohoiiii...cepat sungguh.
walau hanya beberapa bulan, dugaan tetap ada dalam hubungan aku dan dia. aku mengaku! inilah kali pertama aku dapat rasa apa itu cinta dengan makhluk Allah yang satu ni..tapi siapa tahu, aku,dia diduga untuk putuskan ikatan pertunangan. uhukk....tanpa sebab.aku keliru.dia pun keliru.permintaan orang ketiga ke atas kami. dan kami redha...kami sedar, cinta tak bermakna memiliki. andai sudah ditakdirkan.
tak mampu untuk aku ingat semua itu. perit juga. cukuplah ia dijadikan sebagai pedoman untuk kami lebih kuat dan sabar.
alhamdulillah, di atas keberserahan kami pada ketentuan Illahi, jodoh kami masih sehingga kini. terima kasih ya Tuhan.
inilah kisah aku dan dia..dah lama sebenarnya Allah telah hadirkan dia untuk aku. tapi siapa tahu. inilah aturan Illahi. yang dulu aku selalu fikir siapa la pemilik rusukku ni. sekarang dia dah datang tuntut balik rusuk kiri dia. hihihihi..tapi aku takkan bagi balik rusuk ni. sebab aku mahu jadi pendamping dia dunia akhirat.
.............................................................THE END...........................................................................
episod yang lepas tang sini
PART1 dan PART 2
p/s: mood study dah macam chipsmore.mentang-mentang 2 paper je semester ni.
p/s: kepada semua blogger, jemputlah hadir ke majlis walimatulurus TH nanti. semoga kehadiran anda menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah swt. kepada sesape yang rasa boleh sampai ke Pasir Mas boleh la emelkan alamat anda di amalin_lin89@yahoo.com.my. nanti TH poskan kad jemputan
21 comments:
alahai..sweetnye akak..hihi..all the best~~
SELAMAT MENJADI PENGANTIN BARU! :) Selamat menepuh kehidupan baru TH
ehhh, dah habis citer dah..huhuuuhu
semoga bahagia dunia akhirat..insyAllah, amin. =)
Kompang dipaluuuuu
hai pengantin baruuuu....
Hehehehe, insyallah, adik akan sampai jua ke sana...
Semoga kakak dan abang bahagia hingga ke akhirnya... :)
hehehe....sueiiittt~
singgah2 la sini :)
alahai...xtahu pun kisah tu, hik33..malunyer, kah3..masih xcaye la TH bakal menamatkan zmn bujang, dh r paling awal dlm geng kite :P
so sweet :)
tahniah.. (",)
teringat ada sekali kawan perempuan yg nampak dalam keadaan kurang selesa naik kereta sy cakap, "fuad, pas ni hang kena samak keta hang kot..." sy syak, kes yg sama kot.. (",)
nanti... letak gambar banyak2 boleh?
wahhhh..
Tahniah dear.. :)
Kamu nikah lg awal dr mutiara..sob2..
apa2pun, ada doa utk kamu dr sini :D
jauh. kalau dekat, saya datang.
semoga semua berjalan dengan lancar.
tahniah! tumpang gembira.
dill.
syukur...jika ini yang terbaik buat kamu.jodoh itu rahsia Tuhan,tiada siapa yang tahu.
Tahniah,moga kekal hingga akhir hayat..ameen.
wahhh, syahdu saya membacanya... memang romantis.... Tahniah ye.. semoga berkekalan hingga ke penghujung nyawa...
liyana - tq dik
mutaliff - terima kasih..^^,.bila lagi???
cik marikh - ehehe,ade je citer nye,nanti lah disambung pd versi lain pula
hadira kifly - insyallah.hope dira ada bl majlis nanti
rog - hihihi...suit pn dugaan tu yg parah.
p/s: blog kamu chumeelll
emieysandra - xde stori eh??mmg malu sgt2.baru kenal,dh jd cmni.pliss la percaya.nt i mau culik u blik umah.
anum - ^^,
fuad ansari - ehehhe..mungkin laa.mau pengsan je rasa.maluu
TK - insyallah...tp segan
mutiara bernilai - terima kasih.yeke?MB bila plak??
PK - tu la.xpe, t ingt nk honeymoon ke sabah lah.jd tour guide boleh?? ^_^
dill - terima kasih..kamu bila pula???
pisau belati - tu lah.alhamdulillah.terima kasih
Gen2Merah - terima kasih...jika dinamakan jodoh kan
dah dapat lum bonus 18bulan gaji?
Ya Tuhan, seronoknya bila sudah digelar tunangan org!
kalau tunang terbaca..alangkah!!
lelaki yang baik buat gadis yang baik..insyaallah dia bakal menjadi suami yg baik.. tahniah!
Post a Comment