Followers

Thursday, March 1, 2012

si kancil kena cium tapi salah aku

hari ni hari yang membuatkan aku rasa celaru sikit. hmmm....jenuh cuba menstabilkan diri. di awal pagi masih gagah dengan semangat. ditambah pula hari ini adalah subjek paling best tuk aku ajar murid-murid. iaitu kemahiran manipulatif. tentu tak tau kan? ni adalah salah satu subjek dalam pendidikan khas.

hari ni memang sangat best sebab hari ini aku dapat lihat betapa luasnya imaginasi anak-anak istimewa ni. minggu lepas aku ada bagi gambar abstrak tuk mereka gunting. dan hari ni, yang mereka dah gunting2 tu kena tampal plak. objektif aku ialah untuk mereka buat hiasan kreatif. dan hasilnya bukan saja kreatif tapi buat aku rasa sangat berbangga dengan mereka. mereka sangat istimewa. imaginasi yang sangat luar biasa. siap ada yang mencipta dunia fantasi mereka. dunia peperangan.dunia laut. dunia peperangan di angkasa lepas.

huh...memang hasil mereka membuatkan aku hilang dalam dunia mereka. (hasil kreatif mereka tak sempat nak snap tadi sebab terlibat dengan mesyuarat PIBG lak)

masa mesyuarat PIBG tadi siyes menyebabkan aku takut untuk jadi guru. kerana ibu bapa sekarang sudah pandai. sudah pandai ..............(susah nak xplain) =.=''

bila tak de keje,cikgu disalahkan tak bagi anak2 homework
bila bagi homework, ibu bapa salahkan guru juga.
bebankan anak2 katanya

waktu pulang sekolah 1.30 petang
siap mengusulkan kelas perlu ditamatkan awal supaya murid keluar kelas tepat kul 1.30


adehhh...hangin satu badan.dorg nak suh cikgu makan gaji buta agaknya

bila anak-anak tak pandai
ibu bapa salahkan guru
tak pandai ajar anak-anak mereka

bila anak berjaya.5A dalam UPSR
memang anak-anak dorg dari genetik cerdik pandai
dah lupa penat lelah guru yang mengajar
apatah lagi untuk berterima kasih


ouh......hati tersiat.

 alhamdulillah, selama aku menjadi student, mak abah tak pernah salahkan cikgu.salahkan aku ada la bila dapat result teruk..ehehehe


bila dalam kepala serabut duk pikirkan pasal asement bimbingan dan kaunseling, mula rasa risau.sempat mungkin siap hinggakan tak perasan kereta guru penolong kanan kat belakang...pe lagi

BAMMMMMMM!!!!!!

hadoiiii..pe la nasib badan.
kemek gak la sikit kete puan julia...

"akak......maaf.akak kira lah berapa.nanti saya bayar."
tu je yang mampu aku cakap.aku memang tak sengaja.

tapi kan...tak penah2 die park kat blkg kete aku ni...mana la aku nak perasan. kan dah kena hari niiii......takdir.

"xpe la kamu balik la dulu"
puan julia bengang ke???
kita tengok lah esok camne tentang ini.

minta2 ok!!
memang aku tak sengaja dan tak perasan pun kete die wujud kat belakang. dah la masa ni YAB ada...yuhuuuu.

balik hampir maghrib.siapkan diri solat bagai...buka netbok wat asement. alhamdulillah, siap juga. tapi kepala otak ni duk pikir sal kete puan julia lagi...(-_-!!)

esok pula..nak mengajar anak-anak murid. tapi bahan mengajar belum buat pun lagi. kepala dah ting tong

tapi demi mereka kena kuatkan juga diri ni..sekejap aje.
sabarlah duhai diri
pilihlah untuk berbahagia wahai diri..

6 comments:

NasQ said...

macam2 karenah ada kan...

ghost said...

letih sampai tak tau nak cakap macam mana..

good luck jumpa puan julia nanti. :)

Ce'gu JAERA said...

memang perit cabarannya kan... itu lah kita, seorang guru yang perlu berhadapan dengan pelbagai akrenah dan keadaan..

zati embong said...

sabar k..lepas ni,kena lebih hati2..

fuad ansari said...

yelah kadang2 memang tak perasan masa reverse.. lagi2 naik kancil yg takde bunyi sensor masa reverse.. lagi kena hati2..

ibubapa sekarang sudah pandai ape? sudah pandai menjadi pengetua kot.. habis cikgu menjadi mangga kalau ada yg tak kena.. (",)

Lea Isnawi said...

rasanya tak patut cikgu disalahkan kalo kita gagal