dah sebulan bersama insan istimewa. ini lah post yang pertama tentang mereka. ouh...ada banyak gelagat mereka yang dirakam yang membuatkan diri tersenyum sendiri. comel kan anak-anak istimewa ni..dua insan di atas ini walau dah berumur tujuh dan lapan tahun tapi pertuturan mereka tidak seperti kanak-kanak normal yang lain. pada awal dulu aku tidak paham apa yang mereka cakapkan, tetapi kini bila hari-hari bersama aku telah mula mengenal tingkah mereka.
kehadiran mereka membuatkan hari-hari aku bersemangat untuk mengajar. mereka sangat comel. melayan karenah mereka membuatkan aku hilang dalam dunia istimewa ini.
kasih sayang mereka pada kita tidak sama seperti kanak-kanak normal yang lain. ikatan sesama mereka juga mengalahkan hubungan adik beradik sendiri. dan tadi.....daniel (dalam gambar ni) mencium pipi sorang lagi kawannya bila kawannya perlu balik awal dari sekolah
aduhh..tersentuh hati tengok situasi tu.comel sangat.
dan aku sendiri bermonolog
andai aku dikurniakan seorang anak istimewa(mungkin sorang atau lebih)..itulah satu kurniaan yang sangat berharga walau tidak ada pun 'ibu bapa' yang mahukan anak mereka punya kekurangan yang istimewa ini
dan aku akan lebih menghargai kurniaan Allah ini. aku akan lebih gembira mungkin akan kehadiran permata hati begini. namun, kuatkah aku andai terpilih???
ohhh..sangat respek pada ibu bapa anak-anak istimewa ini. kerana merekalah insan yang paling kuat. paling berbahagia punya anak yang TERSANGAT istimewa.
tulisan yang sangat cantik bukan |
pernah bersama dia menyiapkan soalan matematik. aku baru je nak baca soalan
dia dh "cikgu,cikgu the answer is ...bla bla bla..."
(-_-!!)
dengan penuh hipokrit dan lakonannya aku "haaa..bagus akmal.pandai akmal ni.jawab soalan seterusnya plak ye"
huhuhu..ni la, nak jadi cikgu ni kena pandai berlakon
p/s:alhamdulillah,masa kena observe tadi semua berjalan dengan lancar.dan aku makin ada peningkatan.boleh cemerlang kalau usaha lebih lagi nie..hurmmm,tu kata pembimbing aku la
11 comments:
tersenyum bila bersama dengan kanak2 Istimewa ni kan... semoga cikgu brjaya dalam bidang ini..
tu la..insyallah.
lepas baca entry ni... saya jugak bertanya kepada diri sendiri, "adakah saya kuat untuk hadapi dugaan ini jika terpilih mnjadi ibu kepada insan istimewa ini??"...
mudah2an kita semua bersedia hadapi apa jua dugaan kerna mereka adalah anugerah yang paling bernilai...
moga TH sukses dan berjaya... :)
Semoga menjadi cikgu yang baik...
mmg lawa tulisan tu..
boleh dijadikan fon baru untuk tulisan komputer.. (",)
alhamdulillah awak terpilih untuk bersama mereka... bersama membimbing mereka.. moga awak tabah.. kuat semangat dalam memdidik kanak2 ini...
cantik tulisan tu
Seronoknya... :)
menjadi pendidik kpd kanak2 istimewa nie mmg bnyk cbrnnya :))
go0dluck in everything u do.
biarlah diberi peluang untuk punya anak istimewa. tapi lebih baik jangan meminta peluang itu.
ini lah kelebihan mereka..:)
bestnya dpt peluang luangkan masa dgn diorg..^^
Post a Comment