Followers

Friday, February 24, 2012

No Number Aku SKIZO

No number

tertera kat enset nokia 3310 aku..
entah panggilan daripada lubang kubur mana,jadi aku biarkan terus berdering yang agak memekak dipagi hari.

esok
lusa
tulat

No Number juga yang masih tertera...

treeeett..treeettt....pagi ni memang aku menunggu panggilan ni. niat nak kejut subuh aku agaknya.

aku berdehem membetulkan saluran pernafasan yang agak tersangut di pagi hari yang dingin membeku. Hujan renyai-renyai di luar..bunyi detak pada zink yang dah berkarat dan punya beberapa lubang yang menyebabkan air hujan menitis mereputkan papan lantai umah, aku biarkan begitu. tidak bertadah.besen sudah pecah. baldi entah ke mana aku campak.

'hello'
'awak, bangunlah..sudah pagi.solat subuh'

belum sempat aku menjawab..tut tut tut..
dia dah letak.

dalam dingin,aku menuruni anak tangga yang dah tinggal 2 palang kayu saja. yang lain sudah reput dimamah anai-anai.pun aku biarkan ia menjadi santapan si kecil busut ni makan.

hari terus berlalu...No Number sentiasa menjadi jam loceng pagi aku.
tiba suatu tengahari, dia menghubungi aku. kali ni agak lama aku dapat mendengar suaranya.
akhir sekali aku
'siapa kamu?'
'aku?'
'ya'
'aku yang pernah melihat kamu dari jauh'
'bila'
'tika kamu menangis kehilangan'
'kehilangan'
'ya,tika itu aku disebalik pohon salak yang belum berbuah..perhatikan kamu'
'untuk apa?'
'aku simpati'
'atas dasar apa?'
'akan kehilangan si dia'
'tapi kamu siapa'
'aku yang sentiasa menemani kamu tapi...'
'tapi? apa?'
'dirimu tidak pernah sedar akan hadir aku'
'bila kamu hadir?'
'setelah sekian lama.dan aku bersimpati akan kamu'




hingga kini
aku masih mencari..aku masih menanti
siapa kamu yang simpati akan diriku ini...
lalu sebelum aku bangkit dari kerusi yang sudah usang peninggalan atuk, kitab 'AKU SKIZO' ditutup dan disimpan sepi dalam kotak besi yang sudah tebal dengan lapisan kerak kuning dan bersawang.







esok aku menanti kamu lagi!!

7 comments:

blog-tips-kurus said...

gambar yg 'indah' lagi ada??
mujur tak melatah... esok subuh kejot yek.. :-)

PK said...

macam cerita hantu..hihihihi. ni gelak hantu juga ni.

HiDa said...

menakutkan jugak ngan no number ni... huhuu.. gmbar tu lagi menakutkan...

a.samad jaafar said...

suruh dia call aku jgk besok pagi !

HAdira Kifly said...

kak, kat sini ni berhantu ni kak... dah la baca ni pun tengah malam... errrr..... tanak pi rome.... huuuu... :P

Cikgu Ma said...

haish, terkejut den, scroll sampai bawah ada hantu...

lyza said...

Gambar tu seram le..kalau tengok sorang2 d waktu malam..confirm dah tutup..hehe..

Salam perkenalan..singgah n follow sini ya :)