Followers

Monday, March 19, 2012

aku diminta untuk putuskan pertunangan ini???

siapa sangka bukan...bila dugaan yang hadir itu membuatkan kita goyah.
rebah..perlukan kekuatan dalaman yang begitu utuh untuk bangkit dan menempuhi. bila dugaan yang mendatang ini, kita mula mencari pemilik Hati yang Satu. yang sentiasa menemani.

malah siapa sangka..dengan dugaan itulah yang menjadikan kita lebih kuat. lebih tabah untuk menghadapi hidup-hidup yang mendatang...mungkin akan tersenyum sahaja bila dugaan datang menyapa



dan dalam hidup ini...antara dugaan yang pernah membuatkan hidup rasa gelap seketika ialah tika kehilangan seorang kakak dan memang itu satu-satunya kakak yang aku ada dan juga adik bongsu... atas sejarah punya sakit kanser otak.

inilah dugaan yang betul-betul menduga...dan kehilangan ini membuatkan aku lebih menghargai insan-insan yang ada disamping aku.
dan..










satu lagi dugaan yang membuatkan aku tersungkur..payah juga untuk berdiri
bila







aku disuruh untuk putuskan ikatan pertunangan yang baru je nak genap dua bulan tanpa sebab yang aku sendiri tidak tahu..dalam usia perkenalan yang masih mentah antara aku dengannya benar-benar membuatkan aku rasa tidak mampu hadapi.

walau usia perkenalan aku dengannya tersangat muda..tapi aku yakin itulah jodoh yang Allah dah tetapkan untukku. dengan ikatan pertunangan inilah aku belajar mengenali dan menerima dirinya yang bakal menjadi suamiku untuk berapa bulan je lagi.

namun bila dugaan begini menduga...aku hanya mampu bersabar. dan berserah. dengan hati yang redha....aku sanggup melepaskannya andai itu yang membuatkan mereka semua gembira.


dan benarlah...jika hati betul-yakin dengan ketentuan yang telah ditetapkan, insyallah. jodoh itu tak kemana.
dikala hati benar-benar tidak kuat untuk hadapi dan redha akan perpisahan yang bakal terjadi


Allah itu maha Adil, Maha Mengetahui...
keputusan drastik itu sekali berubah sedrastiknya bila aku dibawa ke kedai pelamin untuk memilih baju untuk akad nikah...dan semua ini wali aku yang pilihkan
subhanllah......inilah dugaan yang benar-benar membuatkan aku (speechless sudahh..)






benarlah...Allah telah berikan aku pelangi dikala aku menanti mentari










p/s: telahku temui payungku.insyallah

18 comments:

ieza ashaari said...

kadang takut nak lalu hari esok.. sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi..

apa-apa pun, semoga sentiasa bahagia dan di bawah lindungan-Nya..

dill said...

sentiasa doakan cikgu :)

biar bahagia selalu ^^

dill.

ewanthology said...

isthikarah

Annisa said...

bersabarlah..

Anonymous said...

be strong..doa banyak2..
insyaallah ada hikmah baik buruk perjalanan kita =)

a.samad jaafar said...

adakah ini benar???

jagailah payung yg telah kamu temui itu..

fuad ansari said...

dugaan datang dan pergi..
mengajar erti kehidupan..

alhamdulillah, payung sudah kembali memayungimu.. (",)

saya cello191 said...

moga Allah sentiasa b'sama kamu..

kuat ya. moga payung tu terus m'lindungi..^^

zati embong said...

kamu kuat dik.

James Alexander said...

stay strong...

that's all that I can say...

hopefully you'll get through it no matter what happens...

Unknown said...

er, ape jadi ni kak ? huhu .. tamao nanges2 eh .. nnt adik ikot nanges gak... tamao2..
huu

Lea Isnawi said...

bersabarlah
sekiranya itu jodoh kamu
pasti akan bersama jugak

sea_lavender said...

Allah Maha Mengetahui dan terbaik buat kte...

sahidzan said...

tuhan tahu apa yang terbaik utk kau.

ctpayong said...

semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

namun zahirnya tampak buruk bukan bererti tidak elok kerana Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik utk hamba yang dikasihi-Nya

Unknown said...

tme kasih kpd smua
semoga dengan dugaan ini mendekatkan lagi diri ini dgnNya

ghost said...

aku biasanya lemah kalau itu di luar pilihan aku. tapi untuk suatu yang lebih berat kita hadapi, rasanya itulah pilihan yang terbaik.

moga terus hadapinya.

Anonymous said...

Blogwalking sini! ♛ Mr.Ix ♂ komen ║
apa apa pun harap mendapat keputusan yang lebih baik utk hari mendatang...