di rasakan saat ini
namun hati terus bertabah
bibir terus tersenyum
agak perit, namun sudah tidak mampu lagi untuk menangis pada suatu yang diri sendiri tidak mengerti.tidak memahami. sangat sakit namun goresan luka terus dibalut dengan keindahan telatah anak-anak kucing yang comel itu. hari yang dilalui makin menduga. kaki terasa goyah. namun dengan ego aku tetap bajet cun. hipokrit itu perlu. dan itulah yang telah aku belajar untuk terus teguh.
esok
lusa
tulat
dan hari-hari berikutnya............aku perlu bertabah
aku senyum
dan akan senyum
moga yang pahit ini akan dirasakan manis pada suatu waktu kelak.
aku sabar.kena sabar.
aku redha.kena redha
inilah ujian untuk aku
inilah dugaan untuk aku
setiap yang berlaku ada hikmahnya.kini..hanya diri sendiri yang boleh dipercayai.tentang kehilangan itu, tidak mengapa kerana semua itu milikNya. cuma pinjaman saja untuk aku yang bukan siapa-siapa.cuma aku mahu bilang aku sayang kamu dunia akhirat.
reply: ok.selepas ini akan berdiri dengan diri snd. pape yang berlaku,aku sendiri akan hadapi.sebab aku sedar aku sudah tidak punya kamu dari dulu lagi.
-sent-
insan reply: aku sedih.apatah lagi kamu yang merasa.aku sentap.sentap bila baca pesanan ringkas itu sebab aku pun turut terkena.
-sent-
reply: tak mengapa.aku redhalah.aku ok.tido lah.sudah lewat.takut si kecil nanti sedar kamu tidak sempat rehat.
-sent-
insan reply: terus bersabar..Allah ada disamping kamu.ingat tu.aku tido dulu
-sent-
reply: aku ok. =)...kamu kan tahu aku sayang mereka semua.tentang hidup aku,aku tak kisah.yang penting orang aku sayang,semua gembira.orang yang aku sayang bahagia.termasuk kamu.aku sayang kamu dan mereka.tidolah..sampaikan ciuman rindu pada si kecil.aku rindu si kecil sangat-sangat.
-sent-
tuala hijau diambil.dikesat air mata yang mengalir..pecah juga pembentung ni akhirnya.sebak di dada tidak mampu ditahan lagi..bibir terus mengukir senyum agar hati yang sedih kembali ceria.
''aku jangan menangis..kan dah janji tak nak nangis lagi"
beg itu aku capai dan mengisi apa yang perlu.esok pepagi aku akan bergerak meninggalkan bumi ini yang meninggalkan seribu memori.aku sayang kamu semua.aku pasrah dengan apa yang berlaku walau sendiri tiada pasti di mana puncanya.
aku pergi dulu..meneruskan cita-cita yang sekian lama terkubur.terima kasih buat kamu-kamu semua.jika tidak kerana ini,tidak mungkin aku akan menjejakkan lagi kaki di tanah gersang ini kembali.
100 tahun kemudian
aku rindu pada mereka.aku mahu pulang ke bumi.
p/s: hmm...hati dalam dua.nak balik o tak sampaikan dapat idea menulis nie.caiittttt............tunggulah hosmate sihat sikit lepas pekena panadol soluble.baru gerak pulang.
12 comments:
semoga cepat baik
Tersentuh pulak...
hihi,betul2 x sbr nk balik 2.sbr eh,nk blik pun,make sure driver sihat.
make sure smua ok baru balik ye :)
luv,
cik ana
balik jgn tak balik.....
Salam kenal...
Semoga selmat ssmpai..
eh2..sesar pi planet mana pulak tu..HAHA ;D
Bait-bait yang cukup bererti.
Saya tersentuh di sini~
semoga segalanya d pemrudahkan ye...
semoga segalanya d permudahkan
alien itu comel
walau pun sedikit pening utk faham tapi aku suka n3 yang ni..
err.. saya pun demam ni.. bak panadol tu sepapan..
Post a Comment