Kau adalah kelip-kelip
dan aku adalah senja
dikesuramanku kau datang
hingga aku harus pergi
kau tetap ada mewarnai malam
kerana kau adalah kelip-kelip
tamu pada kegelapan malam
kau adalah kelip-kelip
bercahaya putih yang girang
hilang seri malam tanpa wajahmu
dan aku adalah senja
memberi kau sedikit rasa
agar meriah menyambut cinta
pergilah menyambut malammu
pastikan kau di sana
usah kau pandang aku
kerna kau di sisi senja
belum pasti bercahaya
aku adalah senja itu
dan kau tetap kelip-kelip
aku pergi untuk kau dan malam
dan seandai malam mu pergi
usahlah kau bersedih
kerana aku adalah senja
akan menanti kau kembali
biarpun nanti
dengan cara berbeza
aku adalah senja
dan kau tetap kelip-kelip
.
Angah Arie
Diari biru
Seremban
26072010 23:40 14 nisfu sya’ban --ASAL
03112011 22:00 --digarap semula (akhir)
9 comments:
sesungguhnya kehidupan ini adalah untuk saling melengkapi. kerana dgn cara itu kesempurnaan akan tercipta..
masa kecik2 suka tangkap kelip2 ni. genggam dlm tapak tgn ia akan bercahaya..masa tu gua rasa gua ada kuasa mcm budak2 "heroes"
kelip kelip....kenangan di taman kelip-kelip.seronok cantik bercahaya di dalam gelap.
Kelip-kelip memang susah nak dapat sekarang. Kerana persekitaran yang telah musnah.
Tapi, sebuah puisi tentang kelip-kelip yang melambangkan keindahan mereka tatkala senja mendapat.
Nice sharing
sungguh romantis... memang kehidupan ii dijadikan berpasang pasangan kan... singgah d petang hari
kelip2 dah tak selalu jumpa dah sekarang ni...
menarik3x~
kelip2 bercahaya ^_^
mengingatkan saya pada puisi "kau adalah kunang-kunang" karya moammar emka yang dibacakan oleh fauzi baadila untuk acha septriasa dalam filem "love". :)
jat terjiwai plak..kitaran alam.
Post a Comment