Followers

Tuesday, August 23, 2011

::akak sayang adik dunia akhirat::

 
“bawa adik ke tasik jap lagi boleh?”Tanya adik pada aku suatu petang.
“boleh, tapi adik larat ke tak ni?” risaunya aku pada keadaan adik. Tapi tengok dia beria sangat nak pergi ke tasik. Mungkin dah lama tak hirup udara segar.
Dari jauh, aku biarkan adik sendiri.
“akak,jom balik. Kepala ni sakit...akak,tolong pimpin adik,adik tak nampak”
Keadaan adik dah tak stabil, cepat-cepat aku bawa adik balik. Pertengahan jalan, tiba-tiba dia cakap nak pergi umah maksu.hmm...aku terpaksa penuhi permintaan dia. Tapi dengan syarat kejap je.
Adik Nampak sihat bila berada kat umah maksu. Kebetulan dapat makan laksa yang maksu buat. Aku agak terkejut bila tengok adik dapat makan tapi tak muntah.
“syukur Alhamdulillah” aku terasa sebak bila tengok adik mampu makan.
Eh, dah tertidur plak depan tv. Tapi tak lama, bila dia mengerang kesakitan. Terus aku bawa adik balik ke rumah.

* * * *

Adik..keadaan adik makin kritikal tau. Doktor cakap tumor dalam kepada adik dah makin membesar. Akak tak sanggup meninggalkan adik walau sekejap. Adik nak tau, doktor juga terpaksa menyampaikan satu lagi berita buruk kepada kami. Paru-paru adik dah dijangkiti kuman.

Adik dah tak sedarkan diri lagi...
Aku masih setia menemani adik tika ini.  Tangannya ku genggam erat. Tulang temulang terasa. Adik kini sangat kurus. Hidup terasa sunyi. Tiada lagi keletah yang meriahkan suasana rumah. 

Adik terbaring lesu..
Saudara-mara tidak putus-putus hadir ziarah adik. Tika ini dirimu sedang lena di buai mimpi. Barangkali..
Kini tiba giliran akak dan abah bertemu dengan adik di bilik itu.ICU.

Entah kenapa lancar je mulut ini mengungkapkan kata maaf. Sederas itu juga air mata ini mengalir. Andailah angah ada tika ini pasti aku dimarahinya. Angah tak suka kami adik beradik menangis depan adik. Dia kata kita kena kuat. Demi adik. Kalau kita tak kuat bagaimana adik nak lawan sakit itu. 

Aku memang tak tahan. Ku genggam tangan adik. Suam-suam sejuk. adik kini bernafas dengan bantuan pernafasan. Terlihat air jernih mengalir di tubir matanya. 

”adik pun nak minta maaf. Adik rasa adik dah sihat. Esok adik nak jalani pembedahan tu” kata-kata adik tika ini tenggelam timbul.

Aku dan abah agak kaget. Sekian lama, inilah kali pertama dia bersetuju untuk menjalani pembedahan itu. Jika sebelum ini, berminggu dia enggan bercakap dengan aku gara-gara merajuk bila aku memaksa dia untuk setuju. 

Dan...pada saat ini adik bersetuju. Lagi deras air mata ni mengalir. Betapa gembiranya aku tika ni Tuhan saja lah yang tahu. Abah turut menangis. Kegembiraan mungkin.

* * * *

Semalaman aku berjaga. Ditemani angah dan naskah alQuran. Kelihatan angah tertidur di kerusi memeluk erat batang tubuhnya. Kesejukkan dan juga kepenatan. Aku tetap meneruskan bacaan alQuran. 

Tiba-tiba..beberapa orang staff menolak katil keluar dari ICU. Siapakah insan yang telah menyahut seruan Illahi itu. Alfatihah untuk insan itu. Hati makin berdebar apabila selang beberapa minit seorang lagi menjadi insan terpilih. Juga dari bilik yang sama. Aku berharap adik tidak terpilih. Tak mengapa andai tidak terpilih pun.

Akhirnya aku terlelap bila subuh menghampiri. Entah berapa lama terlena tapi dikejutkan angah untuk solat subuh. Angah ingin bertemu adik. Itu katanya sebelum berlalu. 

Lama aku berteleku. Mengharap sepenuh pengharapan. Moga pembedahan adik hari ini berjalan dengan lancar. 

Usai..aku terus bertemu adik. Masih lagi lena. Tangannya, suam saja. Seperti suam air yang mengalir di tubir mata aku. Sudah bertahan, tapi tetap jua mengalir. Angah hanya merenung dari jauh. Kelihatan angah sedang bercakap dengan jururawat yang menjaga adik. 

”jadikan adik buat pembedahan hari ni?” tanyaku pada jururawat itu.

Lama jururawat itu diam. Pelik. Angah sekadar mengangguk pada sis tersebut. ...
Dan aku...terkedu. mungkin aku salah dengar. Ya..aku salah dengar. Cepat-cepat aku ke katil adik. Pegang tangan adik. 

”adik mesti kuat tau. Lepas ni kita jalan-jalan lagi ya. Pergi tasik sama-sama. Main hoki sama-sama. Akak nak tengok adik turun padang dengan kayu hoki lagi” dalam hati aku terus  merintih. Adik tolonglah sedar. Adikkan kuat. Akak tahu adik boleh.

* * * *

Treeet..treeet...henset abang berbunyi. Hajat dihati ingin bersarapan terhenti seketika. Aku memandang sepi pada sarapan yang achik bawa. Angah terus bangun. Achik mengekori belakang angah. Aku?

Aku menunggu diluar. Angah, achik terus ke bilik ICU. 

Jarum jam terus berinjak. Saat terus ke saat...hati berdebar. Terasa sangat lama. Cuba menjengah. Tak nampak juga. Menunggu sendiri di balik pintu. 

Tiba-tiba..achik keluar. Kata-kata tersekat di kerongkong. Mata achik merah. Kenapa achik menangis?
Achik hanya mengelengkan kepala. Aku terus masuk. Terhenti.

Dari jauh kedengaran bunyi itu..
Teeeettt...........yang sangat panjang.
Aku terus berlari dan berlari...adik!!!jangan pergi. Adik makin menjauh.

Adik!!! Tunggu akak. Kaki terasa berat. Aku berlari dan terus berlari.
Ahhh....aku masih jua disini. Tidak berinjak selangkah pun. Beratnya kaki ini untuk melangkah. Melangkah menghampiri adik. Sis memegang tanganku. Seolah dirantai aku berjalan ke katil adik. 

Sejuknya tangan adik. Dik..bangun dik. Adikkk...
Adikkk....adik janji tak nak tinggalkan akak. Adik tipu. Adik tak tunggu pun akak. Adik mesti sejukkan. 

 Kejap tau. Akak ambilkan selimut.
Aku terus berlari keluar, mencari selimut dalam beg. Tapi tak ada. Kain batik mak ada. Haa..yang ni pun bolehkan adik. Boleh temankan adik. Lagipun mak ada kat rumah sekarang, tunggu adik balik. Mesti adik nak mak temankan sekarang. 

Orang semua tengok akak. Pelik ke akak ni...

Akak masuk selimutkan adik. Adik dah tersenyum. Putih berseri je muka adik. 
 
Tiba-tiba angah peluk. Baru akak tersedar. Subhanallah..

Adik...akak merelakan adik pergi. Insyallah kelak kita jumpa lagi. Bermain di sana.
Akak kucup dahi adik. Lama...sejuknya adik. Mata terus terpejam. Ini adalah kucupan akak yang terakhir untuk adik akak dunia akhirat. Adik baik-baik saja di sana ya. Tunggu akak. Akak janji, akak jaga tingkah laku. Jaga amal ibadat. Jaga mak abah baik-baik. Akak nak jadi anak solehah. Sebab nanti akak nak jumpa adik di syurga kelak. Adik tunggu akak tau. Akak akan ke sana. AKAK SAYANG ADIK DUNIA AKHIRAT.



baju melayu hijau permintaan terakhir adik yang tidak sempat akak jahitkan..

p/s: sampai sekarang aku trauma bila dengar bunyi mesin pernafasan. hari ini genap 4 tahun adik pergi meninggalkan akak. never shall i forget the time i spent with you dear...al-fatihah untuk adik

35 comments:

saya cello191 said...

entry ni buat aku nangis...T____T

al-fatihah jugak~~

fuad ansari said...

sedih pulak saya membaca kisah ni...

takpelah jangan sedih2 ye TH.. adikmu menunggu di syurga... memegang jawatan sebagai pelayan-pelayan syurga yang kacak mempersona.. (",)

Cik Bell said...

adoi..sedihnya baca entri nie..hampir mengalir air mata.Al-fatihah buat dia yer :)

sekamar rindu said...

salam..

sangat menyentuh rasa..tersentuh jiwa...

Ya Allah Ya Tuhanku..Berikanlah rahmat dan cucurilah roh Adik di dalam entri ni..

Anum said...

sedihnya

intan.maisarah said...

adik,
semoga adik tenang di sana
buat kakak,
semoga kakak terus mengejar cita cita untuk menjadi solehah


al-fatihah buat adik

~SaL IjOu~ said...

Sebak~

Al-fatihah buat adik..semoga arwah tenang di sana~

Waqheh said...

al fatihah..gua baca dgn penuh kusyuk. sedey beb..apapun lu harus tabah. gua juga ada cerita yg sama sedey ngn lu..cerita kita sama

dill said...

Ya Rabbi, menangis dalam hati.

semoga dia tenang di sana. kita doakan utknya ya

tabah.

dill.

Afida Anuar said...

Baru tak sat masuk blog kak tirana, baca kisah mana mak...berabak air mata kuar.. masuk blog TH, rabak lagi air mata...

ya Allah... tabah yer TH, insyaAllah..dia memang kat syurga dah tu. Tunggu TH sekeluarga..

alif haris said...

tersentuh hati ini baca cerpen ni .:'(

Tukang Karut said...

tetiba aku teringat seseorang... sama situasinya... tak mampu nak gmbrkan,,,

menusuk hati said...

Sedihnya...Tabahkan hati selalu ya..Moga Allah sentiasa cucuri rahmat kepada rohnya..Amin...

Pocket said...

alfatihah juga pada adik mu,

satu point yang baru first time baca,
'jumpa kamu disana, aku akan jaga tingkah laku, aku akan jadi manusia yang layak kesana, sebab aku nak jumpa kamu disana'

terimakasih :_)

Ct Aja said...

Moga adik bahagia di sana, al-fatihah utk adik..

ILA HonEyBuNNy said...

sedihhhnya....sebak lak...

al-fatihah untuk adik...

James Alexander said...

rest assure, he'll be waiting for you...

be strong, fill yourself with courage, just for the sake of adik...

al fatihah...

taliff said...

Innalillahi Wainnalillhi Rajiun...Semoga Roh adik dirahmati dan diberkati Allah swt. Semoga tabah HUjan.

ZORA said...

so sad...:'(

Bigdaddyz said...

insyaallah dia bersama dgn mereka yg beriman dan istimewa...

Norsha said...

Allah lebih menyanyanginya.....dia sedang berbahagia di sana.....

Norsha said...

Allah lebih menyanyanginya.....dia sedang berbahagia di sana.....

ORLANDO AHMAD said...

al fatihah

CikNyz said...

Assalamualaikum..
Al-Fatihah..
..dikesempatan ni CikNyz nak ucapkan

Selamat berpuasa & Selamat hari Raya
http://syazny7.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-raya.html

ikuti jugak entry pasal Gunung kinabalu dari Part1-Part 4
http://syazny7.blogspot.com/2011/08/ciknyz-gunung-kinabalu.html

Hans said...

banyak2 bersabar dan berdoa untuk Allahyarham

Mr iz said...

banyakkan sedekah padanya ye cik zia.... sedih la pulak ni... cik zia kakak terbaik gitu...

Niena Pengembara Ilahi said...

sedih baca citer ni....

sedekahkan Al-Fatihah pda dia bla rindu menggamit... dia damai di sana :) InsyaALlah

HEROICzero said...

takziah untuk kehilangan kamu .

Have a good Ramadhan , and Syawal , perhaps .

Nabilah Huda said...

takziah. sebak. hebat juga dalam penulisan.

shameel Iskandar said...

Ya Allah sebak dada saya bila membaca entry ini. Banyak2 bersabar dan moga Allah mencucuri rohnya.

zati embong said...

Al Fatihah utk arwah.dia tenang di sana.

dindingkosong said...

nak menitis air mata baca...

Titisan Hujan said...

1 syawal menziarah adik


rindu sgt.rasa kehadiran adik di sisi tika bacaan yasin dialunkan
terasa sebak di dada

Pembunuh Tanpa Bayang said...

kau juga kehilangan adik?




sama =(

*huffaz Solehah* said...

Allahu Akbar...sabar ya...kehilangan e2 memang kepahitan..tapi pasti di gantikan dengan ganjaran..insyaAllah...senyum syurga..:))