Followers

Sunday, April 3, 2011

:: saya BODOH ::

semakin hari...semakin aku mengatur langkah

makin banyak yang aku belajar......hidup bersama permata syurga, seolah tiada lelah.
senyuman sentiasa terguris di raut wajah ini.
andai hari ini ilmu aku curahkan..esok entahkan masih diingat entahkan tidak...
tapi tanpa lelah, tanpa putus asa, aku senang dengan mereka.

tapi....
pabila terselit satu sampul surat di buku tebal ini.....


untuk cik** Amalin

siapakah pemilik surat ini??
untuk aku kah?
nama itu...betullah aku pemiliknya.

ku tarik sampul surat itu..lalu ku buka

tersayat pilu....terharu sangat di kala mengamati tinta pena si dia........KEKASIH GELAPKU


Assalamualaikum              
cikgu, saya minta maaf sebab saya tak iku cakap cikgu.
sebab saya tidak tahu membuat kerje yang cikgu bagi pada saya.

Izzat lebih pandai dari saya yang bodoh ini
cikgu cantiklah saya suka cikgu ajar saya bahasa BM dan PS.
                                                                       DariPada Aiman

(BM dan PS je?? sah-sah la memang aku tak reti nak ajar MATH...eh3...MATH lom ajar lagi..)

sekeping kertas merah jambu itu ku lipat dan ku simpan.....
inilah hasil tulisan Aiman....gembira pun ada bila "assalamualaikum" itu dapat ditulis dengan betul dan dia tahu adab untuk memulakan kata-kata.. tapi

mana silap aku???
apakah aku telah melukakan hati murid aku sendiri?
hurm...apakah tingkah laku aku, tutur kata aku menyebabkan dia berasa dirinya sedemikian??

rasa bersalah menebal dalam diri aku..........
10 minit lagi, subjek Pendidikan Seni kelas Cemerlang. aku akan menyusul dan KEKASIH GELAPKU ada di sana.........

Aiman.........cikgu inginkan dirimu sentiasa cemerlang. kamu adalah permata syurga.

cikgu selalu cakap kat Aiman....


Aiman budak pandai

siapa pun dirimu..cikgu akan berusaha untuk mendidik aiman semampu cikgu....
kala masa makin suntuk antara cikgu dengan aiman....tapi cikgu akan pastikan hari terakhir cikgu di sekolah
Aiman mampu berdiri depan perhimpunan untuk membuat satu persembahan....

sedarlah dirimu permata syurga.

kerana kamu, cikgu akan terus mengorak langkah terus ke depan..
demi dirimu dan insan lain yang sering disisihkan oleh masyarakat.
cikgu akan berusaha untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap insan OKU a.k.a ORANG KELAINAN UPAYA not ORANG KURANG UPAYA seperti dirimu boleh berjaya seperti mereka yang NORMAL.

cikgu sayang kamu yang tidak sempurna itu......
cikgu sayang semua anak murid cikgu sampai bila-bila.



p/s : kepada semua masyarakat di luar sana, usahlah dipandang serong akan insan OKU, kerana mereka punya hak milik seperti kita. bukan dipinta untuk lahir ke dunia dengan kekurangan itu...tapi itulah kurniaan Allah kepada mereka. dan sedarlah mereka adalah permata syurga...dan kita?? layakkah untuk menjadi permata syurga seperti mereka yang sering dicemuh, sering dipandang serong?????

~~ Berjalan...Melihat...dan Mentafsir ~~

adiOs amigOs...........sayOnara

6 comments:

ujanpanas said...

best nyer cikgu nih..
rasa nak jadi budak balik eh ,nak jadi murid cikgu etek.. hehehe

Unknown said...

ngeh3...
nk blja dgn cekgu ker???
cekgu xpnda nk ajr murid dh beso ni (=.=!!)

Mr iz said...

wah cikgu yang tabah ni...he he he... bagus cik zia saya sokong 100 peratus... cik zia seorang cikgu yang baik dan bagus... tahniah cik zia... jd lah yang terbaik antara yang terbaik ye.....

Unknown said...

eheheh..tgh bertatih lg Mr Iz
tp 1 week left sudaaa bsama ank2 ni..sedih2

pape pn insyallah akn cuba tuk terbaik!!

Mr iz said...

kuatkan semangat ye cik zia.... tekad kan azam ye.... jgn di ikutkan hati yang sedih tu... panjatkan syukur pada illahi.. cik zia antara orang yang terpilih untuk mendidik mereka... cik zia boleh....

Unknown said...

tme kasih Mr Iz =)

alhamdulillah..even dlu xpenah terpikir pn sal nk jd cikgu..malah zia sbnrnya dlu xsuka budak2.skg je keterujaan lebih pada knk2 =)=)