Followers

Sunday, March 27, 2011

:: keSian ::


Meruntun pilu hati ini....terkesima sekian kalinya.

tiada kata yang terluah bila hari kian berlalu..dalam keghairahan manusia bergerak mengejar ape..aku sendiri tidak ketahuan. Sama ada mengejar masa atau ditinggalkan masa. Mudah-mudahan aku mengejar masa bukan ditinggalkan masa...

apakah ini dikatakan lumrah hidup? ADAM akan kesepian andai tiada HAWA disisi??

rasa-rasa korang..ape reaksi korang apabila pertama kali menetap di tempat baru dan di ganggu oleh seseorang....sehinggakan membuatkan diri sentiasa berjaga-jaga. rimas kan. itulah yang aku rasakan setelah berada di kampung ini. Tika mengorak langkah untuk menjalankan tanggungjawab dan cuba menimba ilmu sebanyak yang boleh tetiba ditegur "rumah sewa kat mana??"

haiyaaa...cuak giler setelah sekian lama tidak diganggu oleh hamba Allah ini. ingatkan dah lupa la akan raut wajah ini..tup2...ditanya nye soklan cenggini. haiishh........cam lagi ke muka aku nie????

pe lagi...muka terus tunduk..jalan laju-laju. hati ni berdebar tak yah nak cakap. istghtifar je la banyak-banyak.
time rehat...dh tercongok die tepi pokok bunga..tersengih cam kerang busuk.
dup dap dup dap lagi jantung ni.......kapilari darah mula mengembang, hormon adrenalina dah mula memainkan peranan. neuron-nueron mula bertindak balas. pe lagi...cepat tukar jalan.

hurm..patah balik masuk bilik. tak nak tengok muka manusia ni....menakutkan. bukan mahu menghina apatah lagi memandang hina....tapi terpaksa. keselamatan seolah-olah diganggu gugat.

seminggu aku di tempat baru...cuba selidik latar belakangnya melalui kanak-kanak ribena di sekeliling aku nie..yang sentiasa berceloteh tak kira masa....banyak mengajar aku erti kesabaran bila mendampingi mereka. rupa-rupanya hamba Allah ni bapa tunggal...patut la perangai semacam jek...........pagi-pagi buta mula la nak menganggu...risik punya risik lagi..isteri dia baru je meninggal. hurm...dh tak tau nak kata apa, mendengar tanpa perasaan je la...then dengar lagi gosip kanak-kanak nie, dia ada anak 2 orang...alahai.....perasaan kesian dah mula bercambah.....

pape pun, masih kena berhati-hati. rasa kesian tu hanya kesian pada anak-anak dia je la. kecik-kecik lagi dah tak ada ibu..kesian kan.....
suatu petang..rasa takut mula terhakis dek rasa kesian bila aku terserempak dengan dia di tepi jalan. dengan seragamnya, mahu ke tempat keje barangkali (tempat aku kerja la jugak).....dia dengan basikal tua..tapi dia tak naik pun basikal tu...dituntun je.

berdebar tetap ada bila suatu petang ini adalah di depan rumah aku sendiri.....(habislah aku..dia dah tau rumah aku kat sini).....tapi............

dalam debar hati aku meruntun pilu sebenarnya....kesian sangat kat dia. pergi bekerja dengan basikal tua.  camna la anak-anak dia yang masih kecil tu. ditinggalkan dirumah.siapa yang menjaga mereka malam kelak.semoga kerjanya menjaga keselamatan dilaksanakan dengan ikhlas.demi anak-anak yang masih membesar tanpa seorang ibu............

pape pun semoga hidup aku tidak diganggu lagi olehnya, dan hidup dia bersama-sama anak-anaknya sentiasa di bawah lindungan Allah selalu. ingin membantu..tapi apakan daya...............rasa tidak selamat masih ada dalam diri ini. hanya doa yang mampu dikirim buatnya dan anak-anak.

p/s : buat diri aku.....insyallah Allah sentiasa melindungi. sentiasalah berprasangka baik terhadap semua orang

6 comments:

abuikhwan said...

sabar, semoga dlm perlindungan-Nya selalu..I-Allah

Mr iz said...

ye elok sangat tu cik ... kita tak baik dan tak seeloknye berprasangka tehadap orang lain... bagus cik...he he he... jgn risau ye... mungkin bole dijadikan kawan ... mana la tau...he he

Unknown said...

abuikhwan
amin..insyallah.mudah2an.
tme kasih

Unknown said...

Mr Iz
hurm..tu la.dpt jd kawan pn boleh...kawan biar beribu~~~
tp smenjak 2 menjak ni dh xkelihatan dia.

Mr iz said...

dia sibuk kot...tak pun dah naik pangkat...he he he

Unknown said...

alhamdulillah kalo btol cmtu..sama2 kt doakan.bkn nape cian bl tgk ank2 die