Masa terus berlalu..namun kenangan masih segar di ingatan. Tak tahulah kenapa sehari dua ni asyik teringatkan arwah adik. Teringatkan arwah akak. Terasa seolah-olah kalian masih berada di sisi. Semenjak dua menjak ni aku seolaholah terhidu bau kalian. Entahlah..hanya yang tahu akan mengerti.
Tapi kerinduan mengamit hati bila hujan turun. Makin lebat hujan menyimbah bumi, makin rindu kenangan lalu bersama kalian.
Bila hujan beginilah, akak akan berkurung je kat dalam rumah. Menghabiskan masa-masanya di dapur menolong mak. Aku? Seperti biasa akan turut serta aktiviti abang-abang laa...turun bendang. Tahan pukat. Musim hujan camni, banyak la ikan kat sawah tu. Tapi biasanya abang2 aku tak suka aku ikut sama. Katanya nanti menyusahkan. Maklum la..dia ingat budak perempuan mesti la takut lintah, pacat. Mereka silap. Yang tu sebenarnya yang aku cari. Hehehe...macam2 betul.
Bila semakin meningkat usia..abang2 tidak lagi ke sawah menahan pukat. Tapi hobi aku tetap sama. Aku ikut pula abah yang ke sawah. Tolong abah pegang bekas ikan pun dah jadi asal boleh ikut,
Biasanya aku sentiasa ketinggalan jauh di belakang meredah air paras lutut. Kadang-kadang terjerlus dalam lumpur. Kadang-kadang terjatuh, Licin. Habis basah baju. Tapi aku seronok walau bisa tertelan seteguk dua air kat sawah tu..huhuhu....
Masa terus berlalu..bila hujan begini kenangan yang paling menggamit rindu ialah adik. Arwah adik yang sangat aku sayang. Adik paling comel di dunia dan akhirat. Sampai bila-bila tiada siapa yang dapat ganti tempat adik. Rindu kat adik. Bila musim hujan camni, bermula la misi dia dengan kawan-kawan yang lain. Tapi kebanyakkannya dia banyak bergerak sorang-sorang. Tak pun abang dia akan ikut sama iaitu merangkap adik aku yang kedua.
Bila hujan begini dia akan pergi tangkap ikan. Tapi dia paling suka memancing. Dalam ramai-ramai, dia yang paling minat memancing.
Lepas asar dia akan turun ke sawah untuk melihat hasil tangkapan. Klaka pun ada jugak adikku ni. Bukan apa pun sebenarnya. dia nak main hujan je semata-mata. Jadi menahan pukat tu sekadar alasan. Tapi alasan ada membawa hasil. walau tak de la banyak..sekurang-kurangnya dia mampu buat seperti abah buat. Ikan yang dia dapat, boleh la dijadikan lauk. Walau aku tak makan ikan darat (ikan puyu, haruan, sepat, keli) tapi aku bangga dengan adik.
Bila balik, tengok tubuh dia habis basah kuyup. Menggigil kesejukan. Perkara pertama bila sampai umah yang dia minta ialah secawan teh panas. Itulah mimuman kegemarannya. Lepas minum barulah dia emnyiang ikan-ikan yang dia dapat tu. Dah cuci bersih semua, dia bagi kat mak.
Selesai mandi, dia mula la bergulung di dalam selimutnya dan elok2 je duk depan tv.
Sungguh aku rindu tingkah adik....
Tapi apakan daya, hayatmu singkat di dunia ini.
Terkadang aku sering persoal..kenapa terlalu awal kamu pergi.
Belum puas aku bersamamu...
Subhanallah...
ampunkan aku Ya Allah...
mempersoalkan kejadianMu..
sesungguhnya aku terlalu rindukan adik.....
No comments:
Post a Comment