Followers

Monday, August 19, 2013

sedarlah diri akan kenyataan

tetibe je...

buka facebook..lepas tu hati tergerak nak search nikname Affizan Joey..
hmmm...apakah sudah lupa
aku sendiri yang telah deactive kan akaun itu.
rindu menerjah..
hingga pernah 2 hari sebelum raya aku tidak sedarkan diri...
kerana terlalu merindukan adik...dalam tidak sedar itu aku asyik memanggil namanya.
terasa seolah-olah kelihatan dia tersenyum sambil menggendong si kecilku.
owh..mereka bahagia di sana barangkali..
teruk rasanya rindu aku pada waktu itu...kesian mak. terpaksa berdepan dengan sikap aku pada waktu tu.

dan aidilfitri kali ini terasa sangat lainnya...
terasa kosong..sunyi..sepi...
sungguh..
saudara mara dan jiran tetangga begitu bersimpati dengan keadaan kami sekeluarga
rumah mak terasa kosong.....sekosong-kosongnya..
tiada rasa meriah..
dan aku?pada waktu ini aku menjauh...aku menyendiri
sedihnya raya tahun ni...




masih payah menerima kenyataan...ampunkan aku Allah.
masih lagi merindu
masih lagi menangis dalam sepi
masih lagi terkenang saat akhir
dan terus menerus aku masih....
derita
tapi aku kena sedar kehilangan ini adalah yang terbaik telah Allah aturkan untuk adik.. untuk aku..dan untuk semua...

4 comments:

Muttallif said...

Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt

Tinta Lana said...

Salam.

TH..Banyakkan bersabar..banyakkan berdoa untuk arwah..dekatkan diri denganNYA..

ewanthology said...

time will heal

aizamia3 said...

Kuatkan semangat.. banyakkan bersabar..