Followers

Wednesday, July 31, 2013

mesej terakhir - tanda dirinya mahu pergi



Genap seminggu pemergian adik..cepat sungguh masa berlalu…dan aku masih lagi begini. Merindu dan terus merindu. Alhamdulillah, aku makin boleh menerima kenyataan bahawa adik aku telah pergi dalam sekelip mata. Tidak cepat sesaat apatah lagi untuk lewat sesaat.

Untuk rasa terkilan….
Memang ada. Tapi aku sendiri tidak pasti terkilan atas dasar apa. Mungkin tidak menelefon dia beberapa hari sebelum dia pergi. Hanya terniat di hati saja untuk menelefon. Atau mungkin aku terkilan kerana tahun ini tidak sempat untuk berbuka puasa bersamanya. Macam-macam menu telah dirancang bersama Cuma tidak kesampaian. Tidak mengapalah…takdir Allah itu adalah yang terbaik. 

Dan mungkin di sana dia lebih tenang, gembira. Dan aku rasakan di sana dia dapat berkumpul dengan insan-insan yang dikasihi iaitu adik dan kakaknya yang telah sedia menunggu kehadirannya di sana. Mungkin juga anak aku turut bersamanya kini. Itu yang aku bayangkan dan berharap. Allah temukan mereka di taman indah. 

Aku juga bermohon moga mereka mendapat tempat tinggal yang lebih baik dari dulu..mereka mendapat ahli keluarga yang lebih baik dari kami…insyallah.

Terima kasih Allah kerana meminjamkan aku seorang adik yang sangat baik…

Saat adik dikafankan..peluh dingin kelihatan. Alhamdulillah..insyallah. dia menuju jalan yang baik.
Hari ini aku mampu bercerita kisah adik tanpa mengalirkan air mata. Tapi aku masih lagi tidak dapat menahan air mata mengalir pabila menbaca mesej terakhir adik sebelum kemalangan berlaku

“YA ALLAH, engkau berikanlah rahmatmu dalam memelihara insan ini, kerana hanya Engkau sahaja yang mampu menjaganya jauh lebih baik daripada aku. Mungkin hari ini atau esok aku akan pergi tanpa sempat bertemu dengannya lagi. YA ALLAH, selamatkanlah insan ini di dunia dan di akhirat..ampunkanlah dosanya, bahagiankanlah dia, kurniakan kejayaan dan nur Mu kepadanya serta bimbinglah dia kejalan yang Engkau redhai. YA ALLAH, sygilah insan ini kerana aku tidak mampu menandingi kasih sayangmu..aminn”

Adik mungkin telah merasakan ajalnya sudah dekat…hari-hari terakhirnya  dia pergi ke rumah saudara mara untuk meminta maaf. Katanya raya nanti insyallah boleh pergi lagi. Dan kata mak long dia tak banyak cakap..tapi banyak tersenyum. Semua tempahan lukisan telah dia siapkan dan hantar. Namun duit hasil tangannya tidak sempat dia merasa.

Hari-hari akhirnya juga…dia sempat memberikan duit hasil kerja dia pada mak. Dia kata tahun ni tak nak beli baju raya. Dan hari-hari terakhir juga, dia dah basuh kereta dan motor bersih-bersih. Malah banyak juga pakaiannya dia bagi pada adik-adik sepupunya.

Petang sebelum kemalangan juga, dia ada cakap kat sepupu “nape letak nama panjang-panjang sangat, nanti susah imam nak baca talkin”….itulah,tersiratnya nama dia juga panjang sebenarnya. Selalu juga dia cakap nama dia panjang sangat. Mohd Azizul Affizan. Kalau dalam list kat kampus nama dia antara yang paling panjang…oh adik.

Tiga hari terakhir juga, abah cakap dirimu bersungguh-sungguh menyiapkan tiga sarang burung yang sangat unik designnya…rupanya kamu dah buat siap-siap untuk abah, abg long dan pakcik.

Tapi hingga hari ini aku tidak tahu apakah benda yang ingin kamu berikan pada aku…kamu pernah cakap mahu berikan sesuatu. Dan sesuatu itu telah ada ditanganmu. Apa benda itu adik???

Adik…banyak sangat lukisan mu di dalam bilik akak. Insyallah, bila akak ada duit, akak akan framekan semua lukisan mu. Akak akan sediakan tempat khas untuk semua replika-replika yang kamu tinggal. Mesin jahitmu? Tinggal kenangan..banyak juga hasil jahitan yang telah kamu tinggalkan. Hasil kerja lebih halus dari kerja akak. Oh..malu sungguh.

Dan kini…aku akui, aku kehilangan seorang adik yang berbakat besar dalam bidang seni.

Adik…untuk kesekian kalinya, akak ucapkan terima kasih. Terima kasih kerana menjaga mak di dalam wad beberapa minggu lalu…even kamu kata dalam wad tu kamu sorang je lelaki. Terima kasih dik. Terima kasih juga menjadi sahabat yang terbaik buat akak. Suka duka akak kamu yang tahu. Kamu yang jalani. Kamu yang fahami di kala tiada siapa yang faham. Kamu orang pertama yang menghulur tangan saat akak jatuh. Senantiasa kamu yang pertama sebelum yang lain. Kamu penguat dikala aku lemah. Sungguh..banyak jasamu pada aku. Tidak sempat untuk aku balas dik. Tidak sempat aku tunaikan hasratmu untuk memiliki handset baru. Ingatkan sempat dengan gaji pertama aku. Tapi tidak.

Kini..hari-hari aku sedekahkan alfatihah dan yassin buatmu. Itu yang aku mampu.
Terlalu banyak kisah yang ingin aku ceritakan tentang adik…mungkin di lain hari.

Akan terus aku coretkan di sini sebagai kenangan aku dan dia. Mana tahu satu hari nanti aku terlupa akibat dimamah masa dan usia. Maka di sini akan dapat aku cari kisah aku dan adik untuk mengingat kembali kenangan silam. Kenangan kami.

9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
sedihnya

pena rozie said...

Al fatihah untuk arwah,,...

Tukang Karut said...

aku menangis...

Waqheh said...

andainya engkau pergi dulu sebelum ku mestikah aku hidup melara...andai aku pergi dulu sebelum mu jgn lah kau bersedih hati...

the malay male said...

coretkan shj disini...agar tidak lupa

Lelaki said...

al fatihah buat arwah.

Tinta Lana said...

Salam.

Al-Fatihah buat arwah..

aizamia3 said...

hanya dengan sedikit coretan sekurang-kurangnya terubat rindu pada dia.. moga dia tenang di sana.

Dak Iela said...

Sedih sgt bace,..arwah mmg sgt baik, lmbut tgkah lakunye,senyuman y diukir setiap kali ke kelas tkkn kami lupkan,takziah utk kluarga arwah,arwah buat paintng d sblh sy d studio mase d perak dahulu. Pemergiaannye sggh memeranjatkan,,