Followers

Thursday, July 11, 2013

berjauhan pula

cepat masa berlalu..sedar-sedar dah dua minggu berjauhan dengan suami kerana perlu menjalankan tanggungjawab mencari rezeki juga.

masuk tahun ni tahun kedualah berpuasa berjauhan...kalau tahun lepas atas nama pelajar tapi tahun ini atas nama pendidik pula.kerana tanggungjawab pada anak bangsa..xpe lah berjauhan.moga-moga hasrat en suami mahu bertukar tempat kerja akan dipermudahkan dan dipercepatkan. insyallah..

menyambut Ramadhan kali ni terasa berbeza kerana bersama housemate yang baru kenal, tapi alhamdulillah kami semua serasi dan masing-masing ada rasa bertolak ansur. hilang rasa sedih nak berbuka bila semua yang jenis meriah-meriah. time makan la nak berkongsi cerita dan pengalaman..maklum waktu lain kami tak sempat untuk berkumpul kerana sibuk dengan tugas masing-masing....

dan seronok juga nanti akan merasa tempat baru untuk berterawih. 2 3 hari ni hanya berterawih di rumah dulu lepas ni kami akan pergi ke semua masjid yang ada untuk merasa suasana terawih yang berbeza.insyallah



payungsaid: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. sama-sama kita tingkatkan amal ibadah sementara hayat masih ada.

7 comments:

the malay male said...

salam ramadhan, moga ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnya.

harumankasehvee said...

bukan siapa yg ada kat sebelah kita , tapi bagaimana kita menikmati suasana itu . saya belum pernah bertarawikh di masjid setakat ini ... selamat berpuasa ...

Jamal Ali said...

Dekat membuat sayang.
Dan jauh membuat rindu.

Perpisahan itu tak pernah menjauhkan.

Selamat berpuasa! Saya doakan kak, suami dan sekalian keluarga dilimpahi rahmat dan redha oleh Allah sentiasa, serta dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.

Hadira Kifly said...

Maka, bercambahlah benih-benih setia
pada sang pencinta. Ecewah!

p/s: Akak ada tukar no phone ke? Aritu dira try call banyak kali, tak dapat je.. huhu

Waqheh said...

salam ramadan...ujian utk TH bulan posa ni..

liyana said...

sabar ye akak..smile gitu..happy gitu...semoga akak dpt ketemu cik abgnya secepat mgkin..hihi..smile ya..:)

shameel Iskandar said...

Ramadhan kareem buat TH..Moga ramadhan kali ini lebih mendekatkan kita kepada-Nya.