Followers

Saturday, October 6, 2012

isi yang kosong...

terasa mahu berhenti sudah dalam dunia blog ni. tapi ini juga salah satu dunia aku. yang banyak mengajar pada pengalaman lalu. yang banyak bercerita. yang banyak berkongsi. apatah lagi pada rakan blogger yang lain. sememangnya sangat positif dan apa yang pasti berkongsi minat yang sama iaitu menulis dan membaca. pada masa yang sama juga adalah penasihat yang terbaik.

jika dilihat, hanya segelintir rakan blog yang memang aku kenal. hanya segelintir. tapi yang tidak kenal lagi ramai. tapi merekalah pemberi nasihat yang terbaik dalam alam maya ini.

sungguh kali ni aku terasa hampir tersungkur. sungguh penat berdepan dengan manusia-manusia. alangkah indah andai ada satu dunia yang dalamnya hanya binatang-binatang yang comel dan jinak sahaja dan aku dapat berada di dunia itu. tidak mengapa walau untuk sementara waktu pun. aku butuhkannya. argh...memang sengal. tidak mungkin sama sekali.

memang aku sentiasa tersenyum...hanya luaran.  ikut hati tidak ingin diluah di sini. tapi di sini jugalah aku mahu menulis dan meluah. tak pe je kan? anggap saja ini hanya isi yang kosong yang tidak akan mampu mengisi ruang yang kosong. walau akan ada yang akan cakap luah saja pada Yang Hak, memang aku selalu berbuat demikian. kerana Dia sajalah penolong aku.

sungguh sedih mengenang nasib kini...
terus memujuk diri - orang lain lagi teruji.teruslah bertabah.

tapi jika diberi pilihan..aku sanggup jika fizikal ini disakiti berbanding hati yang disakiti. sakit pada fizikal aku akan dapat bertahan menanggung sakitnya. namun, hati. hati sangat terseksa. hati yag sakit menjadikan fizikal turut sakit.
alangkah baik jika tidak punya perasaan buat sementara waktu.
seolah-olah tidak bersyukur saja bukan? tidak. bukan tidak bersyukur. sekadar meluah apa yang terpendam.

hati ini terus terseksa..tapi pada masa yang sama ada hati-hati lain yang turut terkena tempiasnya. maafkan aku.sungguh aku sayang kalian semua. tapi baik jika aku terus memencilkan diri sementara waktu untuk memikul amanah baru kini. amanah yang diberi ini adalah harta yang terbaik untuk aku kelak. satu masa nanti aku akan berkongsi amanah ini dengan kalian semua.insyallah.

terima kasih kepada insan-insan yang masih memahami dan menyayangi diri ini.








hujan terus turun~~ anggap saja ini luahan kosong

11 comments:

the malay male said...

kehidupan ini ada pasang surutnya.... moga sabar dan tabah melaluinya.

Muttallif said...

Isi Kosong Itu Pasti suatu hari akan ter isi. Sedar atau Tidak, insya-allah kerana tiada siapa tahu akan kesannya kelak.

Namun banyak bersabar dan pikul amanah dengan sebaiknya, kelak bila sudah sedia, sedia dan terus berjuang.

Tukang Karut said...

isi kosong yang penuh bermakna...

shameel Iskandar said...

Dalam hidup ada musim-musimnya.Musim gembira dan musim berduka.Yg pasti kita terpaksa melalui musim-musim ini.

Ada cara berbeza utk meraikan musim2 ini. Yg pasti kita kena bijak agar tidak tersungkur..

HAdira Kifly said...

Karungmu tidak kosong kak.. Love You! <3 Jaga diri dan amanah elok-elok ya :)

penjajah minda said...

jangan pernah berputus asa.sebab tuhan tak pernah putus asa kepada hambaNya.

hadapi dengan senyuman.=)

khairul said...

abg dtg menyokong blog ini

Asrul "iLham" Sany said...

hati yang sakit itu cabaran hidup... percayalah ia akan jadi satu kenangan lucu suatu hari nanti :D

Everything's Everythings said...

Alhamdulillah, masih ramai org yg mengambil berat diri kita dlm blog ni kan? ^^
Semoga tidak berputus-asa..

syafiqakarim said...

teruskan kehidupan dengan tabahnya

MizzTina said...

btl, lbh sanggup jika fizikal yg disakiti berbanding hati yg sakit.. makanya, bykkn bersabar.. jgn cepat mengalah..