Followers

Wednesday, April 11, 2012

Tuesdays with Morrie

dia memasuki bilik kuliah, duduk, dan tidak bercakap sepatah pun. dia memandang ke arah kami, kami memandang dia. pada mulanya terdengar kaetawa-ketawa kecil, tetapi Morrie hanya mengangkat bahu, dan akhirnya suasana bilik senyap sunyi dan kami mula mendengar bunyi-bunyi halus getaran alat pemanas suhu di penjuru bilik dan nafas salah seorang pelajar gemuk.

ada di antara kami sudah mula berasa bosan. bila dia akan mula bercakap? kami gelisah, mula melihat jam. beberapa orang pelajar menjenguk ke luar tingkap, cuba menghilangkan keresahan. keheningan ini berlanjutan selama lima belas minit sebelum Morrie akhirnya memecahkan kesunyian dengan bisikan.

"apa yang sedang berlaku di sini?"dia bertanya.

lalu perlahan- lahan perbincangan bermula - seperti yang dikehendaki Morrie selama ini - mengenai kesan senyap dalam hubungan kemanusiaan. mengapa kita merasa tidak selesa dengan senyap? apa pula keselesaan yang kita jumpa dalam bising?

aku tidak terganggu oleh senyap. daripada kebisingan yang aku lakukan dengan rakan-rakan, aku masih tidak bercakap mengenai perasaanku di hadapan orang lain - terutamanya bukan rakan sekuliah. aku boleh duduk berjam-jam lamanya dalam suasana senyap jika itu yang diperlukan oleh kelas.

dalam perjalananku keluar, Morrie menahan aku.
"kamu diam sahaja hari ini,"dia berkata.

"saya rasa kamu ada banyak perkara mahu ditambah. malahan, Mitch, kamu mengingatkan saya kepada seseorang yang saya kenali yang suka menyimpan perkara- perkara dan rahsia kepada dirinya sahaja, semasa dia muda dahulu."

siapa?
 "saya."









p/s : for one more day...aku kena cari.mahu memamah isi yang ada.biar menjadi darah daging.

8 comments:

Muttallif said...

Ada persamaan antara kamu dan si Morrie?

ZORA said...

siapakh itu...huhuuh

liyana said...

kenapakah morrie??hehe
siyesly..kadang2 senyap itu lbih baik n menenangkn jiwa

zaty luvlianncez said...

senyap menyimpan seribu satu rahsia.

a.samad jaafar said...

saya benci bising..jugak sesaknya manusia..baik ikut aku bermain hujan..jom!

Ann Ishak said...

senyap itu indah lagi menenangkan

-eim- said...

senyap lebih tenang. kadang2 bising jg perlu...^^

p/s : cello here. nie blog baru. mai la singgah. blog lama dh deactivate dh..

Unknown said...

mutaliff - mungkin...tp itu dulu

zora - siapa?siapa?ehehe...ntah laa..sesaje melalut

liyana - mmg..senyap itu byk baiknya

zaty luvlianncezzz - betul..hanya hati yang tahu

a.samad jaafar - jommmm....dah lama aku cari teman tuk men hujan

Ann Ishak - bagi yg tahu menikmati senyap itu mmg akan rasa indah

happy eim - btol...ok.dh p folo pn blog baru cello