Followers

Tuesday, April 3, 2012

kasihan seorang perempuan.



diam-- dia lemah.
lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.

kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.

berhijab-- tak cukup labuh.
tanpa tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu sana sini.
curang-- dicanang keji.

terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.

orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.

aduhai--
betapa kasihan;
betapa kasihan.

*pause*

kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma keadilan dalam pertimbangan.

baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah. beri nasihat itu ini pada wanita tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.

contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.

apa cerita?

apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--
seorang perempuan perlu bertanya.

"abang hendak saya jadi apa?"

hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mertilah laparnya pada emping.

soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"

kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.

kita yang pilih kita siapa.

*pause*

wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.
berhenti.

berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.

*pause*

kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.

kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga.


                                                                                                                                                                                         -fynn jamal-

14 comments:

Muttallif said...

Entri ni panjang, tapi cantik dengan penulisan yang sangat berkaitan.

Sebut pasal status chauvinist di pesbuk, yang nasihat perempuan sedangkan lelaki tersebut perangai macam !$#@%$#%.

SAya setuju. Setuju kerana memang ramai atas tanah nyata ini bertalam dua muka. Sendiri buat salahkan orang lain. (marah)

Tidak lahir insan atas dunia kalau bukan kerana seorang perempuan tapi, lelaki lepas tangan? tidak..Allah swt Maha Adil.

hisyam said...

kata2 itu adalah hak saudari..cuma satu saja,kalau boleh gambar yg bukak aurat tak perlu kot disertakan sekali..takut2 saudari turut mendapat sahamnya tiap kali org baca post ini..asif jiddan

blog-tips-kurus said...

perempuan je yang faham..

Unknown said...

aku lupe nak wat "p/s" kat bawah entry ni seperti entry2 yang lain.


ni entry aku ambik dari sorang kawan.sekadar berkongsi apa yang dibaca

Jiwa Perempuan Gila said...

kamu pun turut suka pusi tepi jalan ? kak fynn best kan

Unknown said...

mutaliff - biasala kan manusia ni tidak pernah sempurna.cam pepatah "gajah depan mata xnmpak,kuman tgh laut nampak pula"

hisyam - terima kasih atas teguran saudara. saya suka meletakkan sesuatu gambar yang berkait dengan entry.tp dengan teguran ini saya akan lebih ambik perhatian lah pada masa-masa yang akan datang.cuma untuk entry ini saya akan tetaplah gunakan gambar ini.

blog-tips-kurus - hmm...harapnya lelaki dan perempuan boleh faham ^^,

ewanthology said...

bukan mudah memuaskan hati semua org.

Unknown said...

nak puaskan hati snd pun payah
apatah lagi hati orang lain

fuad ansari said...

indah kata2..

jangan sampai titisan hujan yang marah sudahlah.. mau jugak titisan hujan bertukar menjadi banjir besar.. bahaya oo.. (",)

Waqheh said...

salam beb..selepas hujan dan hujan lagi gua baru dpt jengah lu walaupun dlm hujan lebat kilat sambung menyambung..hahaa...

ghost said...

hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mertilah laparnya pada emping.

aku suka dengan kata-kata nih..siyes!

saya cello191 said...

bersyukur la dicipta sebagai perempuan..
lembut bukan beerti lemah..
dalam lembut ada kekuatan, dlm lembut ada kecantikkan, dlm lembut ada ketegasan..

alhamdulillah..kita dijadikn sebaik kejadian..^^

a.samad jaafar said...

Tiada yg lebih hebat berdasarkan jantina..tiada.. Penentu kehebatan adalah iman dan takwa..peribadi yg unggul..saya kurang setuju pada'perang' jantina..

shameel Iskandar said...

salam.

http://www.bicaradariaku.com/2010/04/untukmu-wanita.html