Followers

Saturday, March 31, 2012

earth hour dan lampu ayam

earth hour....


semalam baru je aku berkongsi kisah hidup angah kat hosmate aku. masa tu kitorang otw dari melaka ke seremban. tengah-tengah drive tu, kami-kami berkongsi kisah-kisah yang menjadikan kami sekarang. alhamdulillah...kami-kami makin menghampiri kesempurnaan setelah berhempas pulas belajar sejak kecil.

earth hour....
angah pernah cerita tentangnya masa kecil dulu. masa tu along tinggal dengan atok.jadinya angah la cam anak sulung. masa die darjah bpe ntah (aku dah lupa)...

~~~~
pepagi tu dia dah terpacak kat tangga tunggu orang TNB datang umah..ntah pasai pa. tapi pagi tu dia gembira sangat-sangat. jam terus berdetik. tapi dia tetap setia menanti di tangga. mula-mula anak tangga paling atas. lepas sejam turun kat anak tangga tengah...tunggu dan terus tunggu orang TNB datang umah..hampir petang baru orang yang dia nanti sampai. dia tersengih menyambut kedatangan orang TNB.

siap!!!!
dia bersorak bila orang TNB cakap camtu. dia melambai-lambai kat orang TNB yang dah nak balik.
dia terus naik kat atas umah dan mendongak....terpacak sekali lagi kat situ dengan mendongak. bila malam...semangat yang mengunung,terus buka buku.buat latihan.betul-betul dibawah lampu ayam tu....dah lewat malam.

tapi dia sengaja buat latihan sekolah lambat-lambat sebab tak nak abah tutup lampu ayam tu....
lepas duduk, meniarap
lepas meniarap, terlentang...
dia terkebil-kebil tengok lampu ayam tu sambil tersenyum...
akhirnya entah bila terlelap........


itulah nikmat yang takkan dia lupa


Hampir menitis air mata aku mendengar cerita angah....begitulah terujanya dia bila sekian lama dia belajar dalam pelita ayam kini dapat belajar dalam keadaan lebih terang...dalam lampu ayam (mentol bulat tu laaaa)


dengan kesusahan yang dia rasa tu la telah menjadikan dia seorang jurutera kapal sekarang...aku bangga dengan angah.











jom sokong kempen earth hour




p/s:aku rindukan angah...dia merajuk dengan aku.dan aku pun merajuk juga dengan dia.kini menanti siapa yang akan pujuk dulu.

8 comments:

Cikgu Ma said...

x support plak....bukan x nak, tak ingat...hehe

Blog Orang Gila said...

waaa .. bestnya dia . dapat merasa belajar dalam pelita ayam .

khairul said...

abg padam semua lampu sbb nk keluar rumah hehe

Muttallif said...

memang tutup lampu semalam, sebab tido awal :P

Hanis MY said...

tatau pun pasal earth hour huhu...

saya cello191 said...

rasa susah yg buat kita kuat..

bdk sekarang, semua mende senang..
^^

Tukang Karut said...

hari2 tutup lampu...

Bidadari Syurga said...

tak sempat nak suport. jgn merajuk lelama......