Followers

Tuesday, December 27, 2011

satu cermin dengan gambar yang beraneka ragam

hati seorang manusia itu ibarat sebuah cermin, ia tidak akan memperlihatkan sesuatu melainkan bila diletakkan sesuatu di depannya. dan segala sesuatu yang diletakkan di depan hati anda, maka ia akan mengambarkan segala gerak geri anda.

bila diletakkan di depan hati anda harta, maka anda mendapatkan bahawa ia telah menguasai tingkah laku anda dan jadilah anda orang yang sangat mencintai harta.

jika diletakkan di hadapan hati anda seorang perempuan yang tidak halal bagi anda, maka boleh jadi anda akan terjatuh dalam kemaksiatan dengannya. dalam kata lain, seorang perempuan tidak boleh mengambil seseorang yang tidak halal baginya sebagai teman hidup.

sebahagian orang memenuhi cermin mereka dengan macam2 gambar. mereka meletakkan beraneka ragam gambar di hadapan hati mereka. oleh itu hati yang diletakkan di hadapannya semua gambar yang beraneka ragam ini dan lain-lainnya, mungkinkah gambar AlQuran dapat masuk ke dalamnya???? gambar 'Cinta Allah'???

hanya ada satu perkara yang dapat memasukkan gambar "Cinta Allah" iaitu dengan melakukan solat di tengah malam, dengan melakukannya cermin menjadi satu dan gambar yang dipantulkan juga satu.







ketika aku berada di muka surat 31 dan 32..lama aku berhenti.berkira-kira bila kali terakhir aku melakukan solat di tengah malam.jelas di pertengahan Ramadhan yang lalu.merenung seketika memuhasabahkan diri.



rujukan:BeribadahBersamaRasulullah saw



p/s:semenjak 2 menjak ni aku tidak punya kesempatan untuk ziarah blog korang sume.bila punya kesempatan aku berjalanlah erk. ^^, perlu berjalan mencari diri sementara waktu

5 comments:

intan.maisarah said...

hati jiwa cerminan iman

Afida Anuar said...

thanks ingatkan TH...

haritu, dengar ustaz tu kata, solat 2 rakaat seblum waktu subuh, melebihi segala harta yang ada di bumi dan langit...Allah..

Allahualam..

NasQ said...

lama dah tinggal... muhasarawak sendiri jugak ni...

a.samad jaafar said...

tapi orang kata, selalu2 la cermin muka kita.. tak nampak apa2 pun kecuali susuk lelaki yg serba hina..

Waqheh said...

dibalik cermin,cermin mimpi...stiap kali tgk cermin ada doanya