Followers

Tuesday, July 5, 2011

:: Harapan Sape??::

nak kata terkilan
aku tak tau nak rasa terkilan kat sape
cikgu atau ibu bapa
atau aku?

hmm...
tadi~~

cikgu:kamu mandi tak pagi ni??nape bau busuk nie?
murid: hmmmmm....(die kategori sindrom down..jadi mesti korang leh bayangkan respon die camne)
cikgu: kuku ni nape hitam..mak buat apa?

********
*situasi 2 - murid disuruh mewarnakan gambar.gambar yang diwarnakan semua dengan 1 warna...so tau la kan cmne jadi nye gambar tu kan....hmm,mengamuk la cikgu bila tengok

cikgu: kenapa degil ni?kan dah suh tukar warna lain.dah la pagi ni tak mandi.saya tak bagi awak rehat
murid:saya nak rehat (volume suara yg agak tinggi cam melawan)

*aku sendiri hanya mampu tengok.aku orang baru kat sini.baru 2 hari....melihat*

sekarang ni aku cuba meletakkan diri ni dalam diri murid tu. apa yang aku rasa bila aku kat dalam diri murid tu :-

1 - kenapa aku begini? tersepit tau tak...cikgu tau tak mak mana la nak hiraukan aku kat umah. aku mandi ke. tak ke...memang dia tak kisah. sebab dia kata kat sekolah nanti cikgu mesti mandikan aku.tugas cikgu mesti kena buat semua tu...

2 - cikgu..kenapa marah aku sebab tak mandi...aku tak tau camne nak mandi. mak tak penah kisah pun. kenapa cikgu tak nak paham? kenapa cikgu tak paham kekurangan diri ini yang masih memerlukan bimbingan.

3 - mak...tolong la mandikan aku sebelum aku pergi sekolah. mak tau tak..kat sekolah cikgu selalu marah-marah. dia kata aku tak mandi..aku tau memang aku tak mandi.sebab aku tak tau camne nak mandi bila mak tak tolong mandikan..

4 - mak...aku tersepit..cikgu..aku tersiksa...aku sedih..tolonglah fahami aku.


adik....kenangan 2010

p/s:cuba menyelami perasaan murid itu dari jauh...aku sendiri terkilan.tapi tak tau nak terkilan kat sape.aku risau kelak aku terpilih diuji dengan ujian begini...sekarang nie harapan sape yang kita mesti penuhi? cikgu? ibu bapa? murid?...aish.............rasa cam tak sampai apa yang nak diluahkan.geramnye kat diri nih. (-_-!!)

15 comments:

.drakula. said...

faham...semua itu dugaan kepada kita semoga kuat mental kamu itu.

Unknown said...

sedang berfikir apa yg nk kena buat

Niena Muhammad said...

erm.. kesian dia.. TS cikgu ke?
mak akak dlu pnah masak kt asrama khas ni..bebudak rmai suka dia :D

Unknown said...

kalo tgk snd depan mata..lagi sedih
a ah..cikgu pend khas

ewanthology said...

jadi cikgu ni memang kena banyak bersabar, apatah lagi untuk pendidikan khas.

rasa empaty itu perlu, letakkan diri kita ditempat mereka kerana ada certain part yang mereka tak mampu nak lakukan sendiri. diluar daya mereka. siapa yang tak mahu kelihatan cantik dan kemas? tapi adakalanya itu semua diluar kawalan murid pendidikan khas ini.

intan.maisarah said...

tugas kedua dua dua nya
pendidik ibu bapa

bukan salah sesiapa
bukan salah kanak kanak itu
mereka tak berdosa

entah lah
sara mampu berkata kata macam ni sekrang

nasib sara akan datang tk tau lagi
bila dihadapkan dengan situasi macam tu.


tapi bagi sara,
jangan salahkan kanak kanak ini

James Alexander said...

kalau terkilan macam mana pon jgn dipanjangkan...

kerana nak mengajar insan sebegini sentiasa kena tenang dan dgn minda yg x berserabut... takut nanti bebudak tu yg jadi mangsa kena marah.

sentiasa tenang. ingat, kamu yg memilih jalan ini. kamu yg akan hadapinya hari2. dan sepatutnya kamu lebih tahu apa yg akan kamu tempuhi sepanjang kerjaya ini.

Mr iz said...

mendidik memenag penuh dengan cabaran... jagn dikutkan perasaan.. didiklah dengan sabr serta di penuhi kasih sayang... mereka insan istemewa cik zia pula insan terpilih... jangan biarkan diri menjadi mangsa keadaan... moga berjaya dalam kerjaya...

Afida Anuar said...

cikgu pun kena banyak bersabar mendidik murid2 istimewa macam ni...adehh cikgu tu pun...

ORLANDO AHMAD said...

cikgu tu ngah period kot... kat skolah anak buah gua cikgu die baik2, kalo budak2 tak mandi diorang yg mandikan, bagi makan... diorang layan macam anak2 sendiri... dan gua slalu lepak kelas budak2 pend khas ni pasal suke tengok gelagat diorang, makin dilayan makin menjadi... tapi nak jaga diorang ni memang memerlukan kesabaran especially dalam mendidik diorang...

p/s: hobi gua hari2 suka cium pipi anak buah gua yg autisme tu walaupon dah darjah 4, bawak jalan2 bagi die seronok... best3...

emieysandra said...

sabar & cube fahami mereka, meskipun bidang kite berbeza..msg2 ade cabaran tersendiri kan~

pembaris said...

saya pernah kerja di kantin sekolah pendidikan khas lepas spm.ada budak lebih badan lebih besar dari saya,mungkin lebih tua, masih merangkak nak belajar kenal huruf.cikgu2 ajar budak2 siram pokok bunga pukul 12 tgh hari

fuad ansari said...

apa2pun, bersabar ye.. kalau baik didikannya, baik jadinya.. insyaAllah..

kebetulan, saya juga ada kenangan dengan insan 'syndrome down'..

http://fuadansari.blogspot.com/2011/07/siapa-yang-sakit-sebenarnya.html

liyana said...

hmm..seddih bace entry ni..
x patut...
semoga akak jd ckgu yg memahami mereka

Unknown said...

tme kasih kepada semua sahabat..
tiada lagi rasa terkilan melain kan cuba menjadi yg terbaik kepada mereka yg bgelar insan-insan istimewa