Followers

Wednesday, June 29, 2011

::presiden "Termiskin" di Dunia


PRESIDEN IRAN MAHMOUD AHMADINEJAD,walaupun beliau berfahaman Syiah tapi ku amat kagum melihat keperibadian beliau menjadi pemimpin negara...Beliau mengingatkan ku akan sifat kesederhanaan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan Khulafa Ar Rasiyidin ketika mereka hidup sebagai Pemimpin Negara....

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh stesen Televisyen Fox (AS) tentang kehidupan peribadinya: "Ketika anda melihat cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?"

Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya: "Ingat, kau tidak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggungjawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran."

Berikut adalah gambaran Ahmadinejad, yang membuat orang terkagum dan terkesima :

1. Saat pertama kali menduduki pejabat Presiden beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Tehran dan menggantikannya dengan karpet biasa.

2. Beliau mendapati bahawa terdapat ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menyambut tetamu VIP, lalu beliau mengeluarkan arahan untuk menutup ruang tersebut dan menyuruh pegawai  untuk menggantikannya dengan ruang yang biasa dengan 2 kerusi kayu. Walaupun nampak sederhana tetapi terlihat menakjubkan.



3. Di banyak kesempatan, beliau dikenali sebagai seorang yang suka berjenaka dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presidennya.

4. Di bawah kepimpinannya, ketika beliau meminta menteri-menterinya untuk datang kepadanya dan menteri-menteri tersebut akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani yang mempunyai arahan-arahan darinya, arahan tersebut terutama sekali menekankan para menteri-menterinya untuk hidup secara sederhana dan disebutkan bahawa segala rekod peribadi mahupun ahli keluarga terdekat mereka akan diawasi, sehingga pada saat menteri-menteri tersebut keluar dari pejabatnya, mereka keluar dengan kepala menegak.

5. Langkah pertama beliau ketika itu ialah mengumumkan kekayaan dan harta benda beliau yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah di Teheran. Rekod banknya mempunyai baki paling minimum, dan satu-satunya wang yang masuk adalah gaji bulanannya.

6. Gajinya sebagai pensyarah kejuruteraan di sebuah universiti hanya senilai US$ 250 (RM 750).

7. Ahmadinejad masih tinggal di rumah warisan ayahnya. Hanya itulah yang dimiliki oleh seorang presiden dari negara yang penting, Bahkan beliau juga dikatakan tidak mengambil apa-apa elaun tambahan alasan beliau adalah semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.

8. Satu perkara yang membuatkan para staf di pejabat presiden kagum adalah beg yang selalu dibawa oleh beliau setiap hari selalu berisikan sarapan; roti atau roti keju yang disiapkan oleh isterinya dan beliau juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.


9. Hal lain yang beliau ubah ialah Penggunaan Jet Terbang Presiden, beliau mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat menjimatkan duit cukai yang dibayar rakyat dan untuk dirinya, beliau hanya meminta untuk terbang dengan pesawat terbang biasa dengan kelas ekonomi.


10. Beliau kerap mengadakan pertemuan dengan menteri-menterinya untuk mendapatkan info tentang kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan, dan beliau memansuhkan protokol  sehingga menteri-menterinya dapat masuk terus ke pejabatnya tanpa sebarang halangan. Beliau juga menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, atau penerbitan peribadi, atau hal-hal seperti itu ketika berkunjung di berbagai tempat di negaranya.


11. Sekiranya perlu menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.


Apakah perilaku tersebut merendahkan kedudukan presiden? Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yang selalu mengikut kemanapun beliau pergi. Menurut akhbar Wifaq, gambar-gambar yang diambil oleh adiknya tersebut, kemudian dipaparkan oleh media masa di seluruh dunia, termasuk Amerika.

12. Sepanjang solat berjemaah, anda dapat melihat bahawa beliau tidak duduk di saf paling depan

13. Ketika suara azan berkumandang, beliau akan terus mengerjakan solat di manapun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.



Ku amat kagum dan respect betul dengan Ahmadinejad ini, alangkah bagusnya jika pemimpin-pemimpin Malaysia juga mempunyai personaliti seperti beliau....


p/s: maklumat ni aku ambik daripada seorang abang yang selalu aku panggil akhi.. ^^,

25 comments:

ewanthology said...

zuhud

ZORA said...

sngt kagum...:)

.drakula. said...

rasanya bukan ini yang islam ingin kita contohi...zaman nabi dahulu siapakah nabi di pandangan mata orang-orang kafeer?

kalau org islam terlihat semiskin ini maka benar sekali tafsiran orang kafeer yang orang islam bertaraf miskin dan kata-kata dari org islam juga tidak perlu di dengar....begitu juga dari ayat2 al quran ...sepatutnya kita orang islam harus kaya kerana nabi dahulu adalah saudagar...kenapa perlu nabi jadi saudagar? tiada salahnya kita kaya tiada dosa kalau kita jadi org kaya tapi akan di hormati oleh siapa?...orang kafeer atau orang islam?

NasQ said...

alangkah bagusnya kalau blog ini dibaca oleh kak ROS kita tu...

Afida Anuar said...

Allahuakbar..benar-benar kagum dengan keperibadian beliau...kat mana lagi kita nak jumpa pemimpin sezuhud beliau kan?

ORLANDO AHMAD said...

Peugeot 504 tahun 1977, retro, klasika... ya, gua setuju dengan REPUBLIC AKU... kita sebagai muslim wajib tunjuk yg kita ni hebat di mata kafir... hebat dengan cara yang betul, lurus dan diberkati... dalam satu perang pernah seorang sahabat berjalan dengan gaya lagak sombong, tapi nabi membiarkan sahabat itu pasal utk tunjuk dekat kafir laknatullah yang Muslim tak gentar dan goyah walau pon kafir itu kelihatan hebat... yg tak bolehnya bila kaya utk menunjuk2 dan riak, itu syirik kecil dan boleh membawa kpd terjejasnya akidah...

PenjuruKosong said...

setuju dgn republicAku n jari..
dulu pernah dgr cerita TG nik abdul aziz..
susah nak compare mereka berdua..
dya2 ada kelebihan..

PenjuruKosong said...

*dua

liyana said...

hmm..tibe2 teruja..
itula pmimpin sbnrnya kn kakn..
ssush jd pmimpin nnti byk yg akn ditanyaNya di pdg mahsyar nnti

shameel Iskandar said...

apapun saya kagum dgn sikap sederhana yg ditunjukkan oleh Ahamdineejad. Cuma, dlm persoalan ini, kita berhak kagum dgn kesederhanaan dan kezuhudannya, tapi kita jgn sesekali kagum dgn syiahnya.

ttg komentar drp RepublicAku dan JARI YANG TERBARAI ada benarnya jugak. Tapi dlm perihal nk dekati bkn islam, soal miskin atau kaya bknlah soal utama sbb realiti menunjukkan siksp tegas org kita yg tak bertempat mnybbkn islam ditakuti. antaranya memaksa gol muallaf menukar nama arab dan lagi kejma memaksa muallaf berbin/bt abdullah

blog-tips-kurus said...

Yang baik jadikan teladan.. :)

emieysandra said...

pnah bce kisah ni..sungguh bersederhana pmimpin ni~

fuad ansari said...

Ahmadinejad ni bukan miskin pada dasarnya.. tetapi memilih utk jadi miskin.. orang bukan islam tetap akan memandang tinggi dan mendengar kata2 dia kerana dia seorang pemimpin negara..

hebat seorang pemimpin bukan pada harta.. tapi hebat dari kata2 dan perbuatan.. hakikatnya, hari ini kita dpt lihat bahawa sifatnya yg tegas jelas telah memberikan kegerunan kepada org bukan islam...

James Alexander said...

sikap pemimpin seperti ini wajar dicontohi oleh umat Islam itu sendiri...

jika semua bersikap sederhana, tiada yg akan tertindas, miskin dan sebagainya...

Mr iz said...

wah betul punya pemimpin ni... terbaik dari ladang tu.... ni kalau boleh publish dalm berita ni...mesti ada yang terkedu.... dan tersipu... he he he he baru mau ingat kot... terima kasih cik titisan hujan info terbaik ni...

harrazdani said...

hebat orang ini..walaupun dia syiah siapa kita untuk menghakiminya...

Unknown said...

@delarocha

a ah

@zora

tu la..bl dpt perkongsian ni rs kagum sgt

@RepublicAku

stuju jgk dgn pendapat kamu..tp ada sorg tokoh islam (lupa namanya) tidak meninggalkan apa pn melainkan 16dinar(kalo xsilap) di akhir hayatnya utk pengebumiannya.

*sila tegur kalo ade yg tersilap.dh lupa sejarah ini..aduhh

Unknown said...

@Nasriq

kak ros?sape kah?

@Afida Anuar
btol tu kak

@JARI YANG TERBARAI

stju dgn johny ^^,
riak tu jgn


@CassiaSiamea

hmm..sorg tokoh yg boleh dikagumi jgk keperibadiannya kn
@

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

@liyana

tau xpe..jd pemimpin ni bkn sng sbnrnya

@shameel Iskandar

stuju dgn incik shameel.yg baik kt contohi, yg xplu kt jdkan sempadan

@blog-tips-kurus

haa..btol2

Unknown said...

@emieysandra

kna contohilah kn sikap bsederhana belaiu ni.ehehe

@fuad ansari

a ah..sgt kagum dgn sikap belaiu yg memilih utk 'miskin'

@James Alexander

tepuk dada tnya hati..jalan mn yg nk kita pilih ^^,

Unknown said...

@Mr iz

sama2 ^^,
mmg terkedu la kalo d publishkan

@harrazdani

a ah..sgt setuju.insyallah moga hari ini lebih baik dri smlm ^^,

dill said...

kagum dengan keperibadian beliau

dill.

intan.maisarah said...

setuju dengan komen republik aku.

:)

indahnya dunia jika semua orang sedar akan kedudukan sebenar diri

sebenarnya manusia semua sama
kita yang meletakkan diri kita berbeza . berperingkat
dari yang lain.

TilMiz Ila Jannah said...

Republic aku:

Kita umat Islam tidak pernah melakukan sesuatu demi mendapat pengiktirafan orang kafir. Semuanya hanya demi mendapat redha Allah.

Sila lihat kembali sirah Rasulullah. Apa yang ditinggalkan saat kematian? Bgaimana cara hidup Rasulullah saat hidup? Bagaimana rumah Rasulullah saat menjadi pemimpin negara? Sedangkan baginda boleh mendapatkan rumah yang lebih besar dari mahligai maharaja Rom jika baginda mahu.

Tapi dakwah tetap sampai.

Sekali lagi, kita tak pernah nak mendapat pengiktirafan orang kafir. Semua hanya demi redha Allah.

Hati itu Allah yang pegang.

Sila baca sirah balik.