Followers

Sunday, May 22, 2011

::Kini aku sendiri menangis sepi…::

Rindu mengamit…terlalu singkat saat bersama. Akhirnya kau pergi meninggalkan aku..
Kenapa tika dirimu hadir di sisi tidak pernah untuk aku hargai? Aku seringkali melukakanmu…akulah yang paling degil. Aku bangga bila kau mengalirkan air mata bila dimarahi. Kejamkan aku

Aku suka tengok kau bersusah-susah seorang diri di dapur. Aku lebih suka melepak. Keluar bersama kawan. Enjoy..pulang ke rumah bila malam. Kemudian, aku tidak pernah hiraukan kamu. Segalanya kamu lakukan sendirian. Aku sering menyusahkan kamu kan..

Tapi..aku sentap. Bila ada yang berani mengacau. Panas satu badan kalau tau ada yang cuba mengacau. Kini budak tu parut yang tinggal..
kacau la lagi kalo nak hilang kaki sebelah…jahatnya aku.

Itulah aku..akan cuba melindungi, bila rasa tercabar. Tapi aku tidak pernah menghargai kasih sayang yang kamu beri.
Hari terakhir…aku telah menyakiti dirimu.

Aku tidak sengaja.
Betul…memang aku tak sengaja. Aku Cuma geram bila kamu begitu. Mengapa terlalu sukar untuk makan. Aku geram bila kamu tepis tangan aku. Habis nasi berterabur…
Akhirnya, aku hilang sabar.

Eiiii…teruknya aku. Sekali lagi aku menyakiti kamu.
Kamu hanya diam..

Kamu tau tak masa aku menyakiti kamu tu..aku sedih.
Aku sedih sebab Aku rindu..

Aku rindu untuk mendengar suara mu. Dah terlalu lama tidak mendengar suaramu..
Usai…aku biarkan kamu tidur.
Dan aku??
Haaa..aku pun turut lena disisi kamu.
Dah lama rasanya tidak tidur disamping kamu kan….tetiba plak hari ni aku terlena
Entah mengapa..mata terasa berat.
……………..


Bangun nak..p ambik air sembahyang lepas tu kita baca Yasin
Aku terpisat-pisat.
Aku tengok kamu……..kaget.
Tolong la semua jangan buat camni…dia ok lagi tau. Jangan duk pikir bukan-bukan boleh tak!!
Aish….boleh plak aku bengang-bengang time ni. 

Kunun..nk control la.
Dia tak de pape ok. Die memang selalu gini. Aku hari-hari jaga die. Aku tau la camne.

Tetiba..kamu genggam erat tangan aku..
Aku Nampak, ada sebutir mutiara mengalir dihujung mata kamu…
Sepertinya mahu menyatakan sesuatu,tapi aku tahu tidak mungkin aku akan dengar suaramu

Aku renung dalam-dalam matamu..
Tolonglah..jangan tinggalkan aku.

Tapi kamu degil…lagi degil dari aku rupanya, bila kamu pergi juga tinggalkan aku. Sampai hati tinggalkan aku sengsorang..

Sampai ke akhir hayat kamu..aku tidak lagi mendengar suaramu….perit tau tak.
Hingga kini, aku bersusah payah memutarkan memori kita dulu. Cuba mengimbau kembali semata-mata rindukan suara mu. Aku rasa dah cam lagu tanpa muzik pulak bila kenangan terimbau tanpa suara.
Kini aku kehilangan…satu dalam berjuta-juta. Takkan ada penganti. Aku keseorangan setelah kehilanganmu.



 Kini aku sendiri menangis sepi…

 **adaptasi dari sebuah kisah benar

p/s:huh...time2 exam camni la, sibok penyakit nak menulis datang.aishhh (-_-!!)

26 comments:

emieysandra said...

haha..same ah, exam tp blog xleh tinggal^^

shameel Iskandar said...

menarik cerita ini meninggalkan rasa sendu di hati bila dihayati.

liyana said...

sedih..mcm ade yg tersurat n tersirat..

Norsha said...

sapa yg perni ni dik? Ish...time exam kena fokus, jgn ingat sgt kisah2 sedih...

Nasriq said...

hampir nak faham tapi masih tak faham...

Mr iz said...

he he he ...ni sapa la pulak ni...hissshhh... kisah sedih ni... he he he... paktis kot...otak mula berkerja tu... ikut kan aje..tengah aktif tu... he he he

Titisan Hujan said...

emieysandra

hurm..pyakit yg dikire ok kot sbb mmbaca dan menulis jugak terlibat nie.ehehe

Titisan Hujan said...

shameel Iskandar

dipendekkan cerita ja ni..
kalo x basah lencun t keyboard ni.xpasal.ehehe

Titisan Hujan said...

liyana

tsirat byk tu..dri kisah benar tu
sesajer ditukar mjd 1 hasil penulisan

Titisan Hujan said...

Norsha

hurm..sorg hamba Allah..tetiba plak tkenang sej tu.jd nye dtg la mood nk menulis dikala ponat mmbaca.ehehe

Titisan Hujan said...

Nasriq

hahahahahaha..*gelak guling2
sajer la tu eh

Titisan Hujan said...

Mr Iz

hurm..tu la pasal.idea mencurah2 ke ladang gandum nih ^^,

qamarguyz said...

salam ziarah..
hingga ke penghujung entry, tertanya-tanya..siapakah kamu?
nyway nice entry..
ada rasa, ada gaya =)
m0ga tabah melalui segala

iekaa said...

sy mengalirkan air mata bce entry ini...
sgt mndalam mksudnya

Hanis MY said...

wow sgt inspiring...syahdunyaaa... ganbatte exam!

RastaMat said...

fokus study dulu weyh..

fokus2..

jadi pendidik yang cemerlang..

Titisan Hujan said...

qamarguyz

wslm
kamu dh pergi jauh...semoga dlm rahmatnya

tme kasih...
Aku tkdg masih merindu dan terseksa bl merindu.kesian sgt bl tgk

Titisan Hujan said...

iekaa

nah ambik tisu ni..jgn nanges tau.
t TH pn join sama jgk.

Titisan Hujan said...

Hanis MY

tme kasih pd Dia..mberi idea tuk menulis ^^,

ganbarimasu akak

Titisan Hujan said...

RastaMat

ehehehe...dh letih nk fokus tu yg ke sini

insyallah.tme kasih.doakan moga dpt jd pendidik yg cemerlang.nk booking jd cikgu tuk anak x?

DuniakuAbstrak said...

pilu hati mendayu-dayu..

republik n9 said...

waktu exam ni idea melimpah ruah hehehhe

fuad ansari said...

time exam otak aktif.. tu yang banyak idea nak tulis tu.. (",)

BTW, nice story.. (",)

Titisan Hujan said...

DuniakuAbstrak

pilu hati mendayu-dayu dikala rindu

Titisan Hujan said...

republik n9

melimpah ruah hingga ke ladang gandum
ehehehehe

Titisan Hujan said...

fuad ansari

mungkin la kot...tinggal 1 paper je lagi ni.^^,