Followers

Friday, February 18, 2011

::Melukis untuk Meluahkan::

salah satu hobi aku..melukis dikala kebosanan..kadang-kadang untuk meluahkan perasaan andai tidak terluah oleh kata-kata


sejak kecik lagi telah diasah bakat dalam lukisan ni..memang taksangka yang aku ada bakat dalam bidang ni..mungkin darah yang mengalir dalam tubuh ni daripada darah tukang ukir, tu yang menjadikan aku orang yang terpilih ^^,

haaaa..ni salah satu ic0n yg suke aku lukis..tp yg ni bukan aku la yg lukis.ni koleksi peribadi je

arwah atuk sebelah mak dengan abah, semuanya terer dalam bab tukang kayu dan tukang ukir ni. Umah peninggalan atuk sebelah mak skg ni pn masih ada lagi tinggalan hasil tangan dia..banyak ukiran-ukiran yang telah dia buat pada rumah tu. tapi rumah tu sekarang menunggu masa untuk menyembah bumi je...
cube carik gak gambar umah arwah atuk dalam folder..tapi xde =(
abang-abang sume terer melukis ni, cuma ramai-ramai dalam kalangan kami adik beradik..arwah kakak aku je yang tak sangat dalam melukis. tapi dalam "xbpe pandai" dia ni, dia cermat cikit bila guna Water kaler..so jadi cantik jugak la lukisan dia tu..heheeh. dia terer bila bab2 masak je..tu abah sayang kat dia.


cuma sekarang aku bangga dengan adik aku..darah warisan ini dapat diasah sebaik-baiknya bila dia kini sedang menyambung pengajian dalam bidang Seni Lukis dan Seni Bina. Tak sia-sia aku isikan borang permohonan dia dulu...berbaloi-baloi segala penat lelah aku menguruskan permohonan dia sampai la dia pegi intebiu...alhamdulillah, dia ada rezeki. dulu aku ada gak mohon tapi tak dapat sebab aku dari aliran Sains tulen.huhuhu......
pape pun..sekurang-kurangnya masih ada yang dapat menyambung warisan ini.

ni la adik kesayangan..duk dalam studio lukisan..rasa jelez pun ade bila tengok2 gambar dia dalam studio..huhuhu

aku suka melukis...sebab bila aku tak tau camne nak luahkan perasaan ni..
aku mesti akan luahkan kat atas kertas putih ni. apa yang terlakar, itulah maksud tentang perasaan aku tika itu.

haaaa..ni la salah satu luahan perasaan aku..ehehe..ramai yg tertanya-tanya bila aku upload kan pic ni kt dalam FB.duk tanya pe maksud nye..sebenarnya, masa aku lukis ni..aku duk dalam kelas tp sgt bosan "wuargghhh..bosan tol kelas hrni""

kadang-kadang aku sering jugak melukis balik apa yang aku mimpi..sekadar mencari jawapan pada mimpi itu sahaja....
tapi sekarang ni dah jarang sangat melukis sebab kekangan masa..sehinggakan perasaan sendiri tidak sempat nak dihiraukan. bila seharian penat, masuk bilik...letak je kepala kat bantal terus tertido. bangun je es0k pagi terus pikirkan apa yang nak dilakukan hari itu. hari-hari itulah rutin aku...
bergelar siswa..memang inilah dunianya. bertungkus lumus dengan kerja-kerja yang makin hari makin bertimbun. di tahun-tahun akhir begini lagi la pening nak manage masa. Agar aku tidak tersepit antara ruang waktu..aku perlu urus masa aku sebaiknya.

haaa...time table yg menyesakkan
dari Ibnu Umar menyatakan " jika engkau masuk waktu subuh, maka janganlah engkau menanti senja...jika engkau masuk waktu senja, maka janganlah menanti subuh. Ambillah dari kesihatanmu untuk sakitmu dan ambillah dari hidupmu untuk matimu"
Hadis Riwayat al-Bukhari,-5937






















2 comments:

Anonymous said...

wah pandainye melukis, betul2 meluahkan.. aku kalau melukis mesti orang yg tgk lukisan aku jd stress, silap haribulan boleh jadi gila. ahaks

Unknown said...

hahaha...setiap lukisan itu ade makna.
jadi gila itu pun seni tau
^^,