Followers

Thursday, January 20, 2011

DUNIAKU

 Semakin hari semakin terasa sibuk...untuk menziarah blog-blog yang lain tidak berkesempatan. Insyallah jika punya ruang dan peluang akan menjelajah ke blog-blog kalian ^^,..dan terima kasih jugak kepada followers yang lain kerana sudi menjenguk blog yang xberapa sangat ni ~~~~


.:: JOM kenali DUNIA saya kini ^^, ::.


:: inilah bangunan yg biasa sy lepak dari pagi sampai la petang ::

hari-hari, di awal pagi lagi dah MelangkahkanKaki ke bangunan terCINTA ini. Dengan niat untuk menimba ilmu sebanyak yang boleh.


 :: haa..cantikkan tempat aku nak timba ilmu ni??.. kalo nak tahu,aku sentiasa kesejukan bila di dalam kelas..alahai...bila dah sejuk, mula la rasa ngantuk. Tapi seyes..airc0nd kat dalam kelas yang xboleh di " adjust" ni boleh membuatkan aku beku. Kadang-kadang terpikir jugak.."hurm.....cmne la nk p smbung stdy kt o0berSea  kalo sejuk cmni pn dah tak tahan..." ngeeee~~~ mebi lemak tak cukup tebal ni. Tu yang sangat tak tahan pada sejuk. ::



 :: sbb ni la punca utama lemak aku tak tebal kot...aha!!!..hari-hari duk panjat tangga ni. Tapi nasib baik la tingkat 2 je. Kalo 3..hurmmm.....pape pun aku anggap ni je la excersice yang boleh aku buat hari-hari. Masa awal-awal dulu aku suka bilang anak tangga..tapi skang ni sambil-sambil panjat anak tangga tu aku berzikir..Menyebut nama Allah..baru rasa semangat ckit nak belajar. Dapat juga la aku membasahkan lidah ini dengan Asma Allah ::



 :: haaa..ni lah Asramaku Syurgaku ::

pe macam? cantik?? cantikkan!!
h0stel aku ni jaraknya takde la jauh sangat dengan kelas aku. 300meter je lebih kurang. ni 0stel baru sebenarnya. aku pun baru je stay awal tahun ni iaitu 4hb Januari 2011. agak-agak aras bpe aku duk???
haa..cube teka? aras 1 kah? 2 kah? atau 3?
sebenarnya aku stay kat aras 3..hohohoho~~~
boleh la dikatakan hari-hari bila balik dari kelas..aku akan berhenti kat aras 2 kejap..membetulkan pernafasan seketika untuk meneruskan misi untuk sampai ke bilik nak REHAT!!
Anak tangga sume nye yang telah dikira ialah 99...haa 1 je lagi nak 100. Dalam sehari ade la 2 3 kali aku turun naik. so cube kira...3 kali aku ( turun naik ) sehari didarabkan dengan 99 (ni dah dikira kategori "xrajin" nak pegi mana-mana)
6 x 99 = 596 (anak tangga)
CUBE ANDA BAYANGKAN
berapa banyak anak tangga dalam sehari yang perlu aku panjat..huh!! 
ni belum tambah dengan usaha panjat memanjat nak pegi menuntut ilmu

pape pun bila seharian kepenatan...aku dapat merehatkan diri kat bilik yang paling indah. Bila dah masuk bilik, nak kua pun dah tak berapa nak RAJIN. Maklum la petang-petang tak nak lepaskan peluang nak tengok matahari terbenam...
Cube tengok pic yang dapat aku snap..cantikkan. Indah sungguh ciptaan Allah swt ni.

gambar ni aku z0om kan..nak tengok matahari dengan jarak dekat

masa ni dah nak maghrib dah..sempat lagi snap sebelum pegi surau..hehehe

cantik sangat..tu yang hari-hari dah tercongok kat depan tingkap bilik..nak tengok matahari terbenam

:: ni la pandagan dari bilik. Betul- betul depan meja stdy...tu yang hari-hari melekat je kat meja stdy. petang-petang luangkan masa sekejap melihat suasana luar kampus  ::

sungai kecik kat depan bilik ni boleh buatkan aku tersenyum sensorang..penah jugak rumate tegur.."ish..jauh menung"

ada seribu satu cerita mengenai sungai ini sejak hampir 3 minggu berada kat bilik ni (kat tingkap ni jugak la sebenarnya menunggu teman ghaib...hohoho. ni " dak Jepun" punye ayat. Dia bagi kat aku)

seribu satu cerita mengenai sungai ini ialah..setiap pagi time breakfast akan nampak la seekor kura-kura menyelusuri sungai ini..pegi mencari rezeki agaknya. Buat masa skg xde peluang tuk snap gmbr kura-kura ni...t insyallah ade peluang kura-kura ini akan aku cari..hohoho

bila petang..time tgk matahari terbenam kura-kura ini akan kelihatan lagi. memang buat aku tersenyum. bukan ape...even sungai ni xde la nk bersih "Cintailah Sungai Kita" tapi dalam sungai ini ade seribu macam rahsia yang kita sendiri tidak tahu. Sedangkan makhluk-makhluk di dalam sungai ini mungkin bahagia dengan tempat tinggal mereka.

3 comments:

Hanis MY said...

cantiknyaa gambar2 tu sume especially matahari terbenam..salam kenal dan folo sini...

Unknown said...

tme kasih ^^,
tiap2 ptg ni la keje sy.tgk sunset
salam knl jua.t sy folo kamu jgk ^^

RastaMat said...

indahnya ciptaan tuhan..

syukur masih mampu melihat..