banyak hari dah tak jenguk-jenguk BeruduDiari ni ~~~
almaklum laaa...sibuk dengan macam-macam program. kalo bukan dengan program pun, aku nak kena uruskan hal-hal blok kediaman baru ni.
Bila dah dipertanggungjawabkan sebagai PKB ni iaitu stand for Penolong Ketua Blok Cempaka Sari..so kena lah pikul tanggungjawab ni sebaiknya. nasib baik tak jadi ketua je..atas alasan aku seni0r dan tahun ni da praktikum, jadi jun0ir la kena ambik alih tempat akak ek!! heheheh...
hampeh tol, akak seni0r buli adik juni0r.
hurm...bukan nak buli sangat pun, juz nak bagi kat adik-adik rasa camne nk urus k0muniti 0stel yang macam-macam ragam ni...hehh!!!
(
tapi dikira penghuni bl0k ni bernasib baik la sebab bukan aku yg jadi..kalo x, habis la k0rang. asal weekend jaaa...aku akan buat an0ucemenT tu kuat2 suh bangun pagi SAMA-SAMA KITA BERSIHKAN ASRAMA..hohohohoho ~~~
erm...nampaknya jalan sens0rang la p surau. xpe dalam kesuraman bercahayakan lampu jalan..hujan turun rintik-rintik....
cam biasa la bila hujan, mesti aku akan rasa semacam jek...bukan takut ade hantu ke ape..tp mula la aku rindu detik-detik aku bersama arwah adik....al-fatihah buat adik tersayang..
s0lat isyak kali ni berimamkan oleh pelajar baru/ ustaz yang baru je mendaftar. ala..Guru J-Qaf.
usai je solat jemaah..pulang sendirian juga. hujan masih lagi turun menyimbah bumi. aku tiada payung, jadi redah je la dalam hujan tu sendirian.
yang lain berlari anak...tak nak basah la kan. bukan tak da kawan yang menawarkan diri untuk berpayung..tapi aku sendiri yang memilih untuk berHUJAN...
aku suka HUJAN
aku suka main HUJAN
aku suka tengok HUJAN
aku suka kena HUJAN
aku suka bila basah dek HUJAN
bila HUJAN..hati aku akan sayu
hati akan merindu
merindu pada yang tiada
bila HUJAN aku sepi
bila HUJAN aku sedih
hati aku menangis
merintih ibarat HUJAN yang aku redah kini
telekung aku sudah kebasahan...
tapi aku suka..
basah dek HUJAN
sakit jugak rasa rindu ini
rasa rindu buat insan yang telah tiada
namun dalam diam..hati ini merindu
rindu pada yang jauh.......
No comments:
Post a Comment