Followers

Tuesday, November 2, 2010

Saya Sayang Kamu yang Merokok



Alahai…sal jodoh, abah cakap dia nak menantu dia tak merokok..termenung jap aku..hurmmm….
Mak cakap tak kisah asal ada budi dengan orang tua. Tau hormat orang tua. Ada agama..itu sudah cukup untuk jaga anak die ni..

                                                    

Tapi…biasanya soalan pertama yang akan abah tanya bila aku cakap ada kenal dengan sumone ni ialah…….”dia merokok tak?”
Adehhh…ingatkan pe soalannye..rupa-rupanya yang tu. Duk ingatkan abah akan tanya la keje ape, duk kat mana..tapi sebaliknya yang ditanya.
Alahai…susah la camni…kat mana la aku nak cari yang tak merokok ni??
Abang pun siap ‘warning’ lagi, kalau perokok tak nak dia jadi adik ipar. Ish…satu lagi yang menunjukkan ciri-ciri me’rejected’ pilihan aku.
Susah-susah…kalau la dia tahu apa yang aku hadapi sekarang ni macam mana la..agak-agak nak ke dia berhenti merokok??
Erm….aku pula macam mana??
Kalau ikutkan aku tak suka jugak orang yang hisap rokok ni..tapi kalau dah berkenan apa boleh buat kan? Orang kata cinta itu buta. Kalau dah suka semua jadi..semua elok je di pandang. Macam-macam lagilah…
Kalau ikutkan..aku suka jugak tengok orang merokok. Macho je..hehe (tu aku punye penglihatan la)
Tapi sayang..sayang sangat-sangat..sangat-sangat sayang..aku pada dia.
Kalau la dia tau…
Aku ni sayang dia yang merokok
Aku pun sayang jugak pada duit yang dia bakar tu..mana tak sayang pada duit dia tu (bukan mata duitan ye) , kalau la dia simpan duit yang dibakar tu untuk wang hantaran aku kan bagus, tak ada la nak tunda-tunda tarikh nak kawin tu. Alasannya duit hantaran tak cukup lagi.
Sayang..mana nak cukup kalau hari-hari duk bakar duit tu.
Kalau tak nak simpan untuk kawin tak pe sayang..tak kisah. Tapi simpan la untuk beli rumah besar ke, kereta besar ke, motor besar ke, bini besar ke (eh..kena kawin jugak ni)
Haa..tengok!
Nak tak nak tetap juga kena simpan untuk???...kawin.
Awak tau tak, kalau la awak tak bakar duit tu, boleh juga diguna untuk beli hadiah kata saya. Yela kan kalau sehari awak dah boleh spent RM10 untuk rokok sekotak (kalau bukan perokok tegar laa..yang tegar tak tau la berapa banyak) ditukar kepada simpanan RM10 sehari..
Dikira-kira RM10 x 5 = RM50
Haa..banyak jugak tu. Boleh la setakat nak bagi sejambak bunga tu.
Tapi bunga cepat layu kena pulak kalau hari-hari kena asap rokok tu. Tak nak la bunga sebab cepat layu. Takut jugak saya pun akan jadi macam bunga tu nanti. Kalau awak belikan buku sebijik seminggu untuk saya pun bagus jugak. Bangga sikit dapat awek yang berilmu pengetahuan dan sentiasa mengamalkan budaya membaca ni…
Tapi kalau awak tak nak bagi kat saya pun tak pe…tak kisah. Awak boleh bagi hadiah kat mak awak. Yang tu terserlah keanak mithali awak tu..kalau awak tetap juga tak nak bagi hadiah kat mak awak tak pe…pun tak kisah. Sebab saya tahu mesti awak nak bagi kat anak-anak yatim kan..sejuk perut mak awak mengandungkan awak 9 bulan tu..bagus jugak bila awak buat camni kan. Sebagai bekalan kat akhirat nanti. Mana la tau kot-kot mati awal, maklum la jadi PEROKOKkan. Macam-macam penyakit boleh jadi kat awak. Bila mati nanti, hanya amalan je yang akan ikut awak. Saya ikut jugak. Tapi sampai di kuburan sahaja. Selepas talkin dibacakan, saya akan tinggalkan awak. Harta awak pun tak kan ikut awak. Mesti akan ikut saya yang masih hidup ni.
Sebenarnya saya sayang kamu yang merokok..
Mana tak sayang kan..bila kamu merokok tu, sedih sangat. Rasa sedih sampai nak nangis. Tapi mana boleh nangis, takut tak boleh berhenti pulak nanti. Susah awak nak pujuk. Dah la saya tahu awak tak pandai memujuk. Dari makan hati awak tak pujuk baik awal-awal lagi saya tak ambik risiko nak mengecilkan hati saya ni. Saya sayang kat hati saya ni…
Awak tahu tak kenap saya sedih bila tengok awak merokok??
Saya sedih bila terbayangkan seluruh organ dalam tubuh awak menderita. Kalau la organ-organ tu dapat bercakap..mesti awak pun tak sampai hati nak sakitkan mereka kan. Mesti awak pun tak merokok. Awak tahu tak bila awak merokok apa yang jadi??
Asap rokok yang awak sedut dan orang sekeliling pun mesti akan sedut jugak asap tu akan masuk ke rongga mulut dan hidung melalui kerongkong dan terus ke paru-paru. Asap tu boleh bagi sebab tisu akan rosak di sepanjang ruang ni. Bila awak hisap rokok, macam penyakit boleh jadi. Awak tahu tak penyakit apa?
Antaranya, penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Ish…banyak tu penyakitnya. Mana nak cari duit nak rawat nanti??? Awak tahu tak??
Bukan tu je..asap yang masuk kat paru-paru telah merosakkan saluran bronkus awak yang cantik tu tau. Lepas tu mesti menyebabkan bronchitis pulak. Nak tak nak alveolus(pundi udara) mesti kena juga. Maka penyakit emfisima pun nak ikut ada jugak tu..
Takutnya saya….kalau nak cakap banyak sangat kesan bila awak merokok ni…
Asap rokok tu pun mesti masuk kat saluran penghadaman dan pencernaan awak..haa..konfom la boleh penyakit kat esophagus, perut dan pancreas awak. Alahai….sakit lagi. Tahan ke awak tanggung semua ni.
Awak pun mesti tahu kan dalam rokok tu ada nikotin. Nikotin tu la yang buat awak jadi ketagih . lepas tu mesti saluran darah arteri awak jadi sempit. Nak tak nak, mesti la dinding atreri tu rosak. Kalau awak tak percaya, awak pernah tak rasa kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, dan serangan penyakit jantung???  Fikir-fikir la awak. Sakit jantung tu..tak takut ke. Camne la kalau tetiba kena serangan jantung time awak drive..nauzubillah. minta jauh semua tu.
Banyak sangat risiko bila awak merokok ni tau..risaunya saya kat awak kalau semua ni jadi kat awak. Awak tau tak rokok tu racun??
Racun rokok yang awak duk sedut tu akan disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing.  Lepas tu mesti buah pinggang awak rosak jugak ni. Racun dalam air kencing tu la yang menyebabkan pundi kencing awak rosak. Alahai…banyaknya kesan. Tak tertanggung rasanya. Bila jari kena pisau sikit pun dah susah nak makan nasi..ini kan pula penyakit yang bermacam jenis ni. Larat ke nak tanggung nanti???
Awak tahu tak..bila dah jadi camni awak dah dikira menzalimi diri sendiri?? Awak dah kejam kat diri sendiri..sedihnya saya.
Awak tahu tak??
Awak pun dah menzalimi orang lain yang terpaksa sedut asap rokok yang awak hisap tu.
Takkan awak nak jadi kejam. Malah awak tahu tak orang yang terpaksa sedut asap rokok awak tu lagi berisiko mendapat penyakit yang bukan-bukan ni??
Sanggup ke awak bertindak sekejam ini pada orang yang tak bersalah???
Awak…kalau nak ikutkan banyak lagi tau kesan bila merokok ni. Takut awak dah tak larat nak baca SURAT CINTA ni. Tak pe lah bila ada masa saya tulis lagi untuk awak ye.
Sungguh-sungguh saya menulis SURAT CINTA ni khas untuk awak. Dah mengantuk pun saya tahan je..sebab saya rasa penting sangat surat ni. Lagi cepat dapat bagi kat awak lagi senang hati saya. Supaya awak tahu betapa “ SAYA SAYANG KAMU YANG MEROKOK”

3 comments:

aliff said...

banyak cabaran n dugaan nak berhenti merokok ni.tpi bila dah dapat berhenti dari ketagihan merokok rasa sangat2 bersyukur...(pengalaman orang)hehehe

zia amalin said...

makaihhh...bunyi cam pgalaman sendiri jek ^^,
tp benda dh suka mmg pyh nk tgglkan...

republik n9 said...

susah nak hilangkan tabiat merokok ni, gua dulu ade la tahan 2 bulan paling lama, godaan banyak sangat ooo... tapi skang ni gua dah nazar mau tak mau gua kena berenti jugak... hehehe... tapi lelaki ni kalo awek/bini/tunang tegur rasanyer berkesan gak kot kalo disuruh berenti merokok hahaha