Followers

Sunday, November 14, 2010

Hujan Itu...

hari ni aku hanya berada di bilik. tidak keluar ke mana-mana..hajat nk study. Tapi ala kadar je...erm, bila la nak dapat fokus betol-betol ni.
sekarang aku perasan, masa fokus aku pada ssuatu sangat singkat. kenapa ye?? hyperactive ke? autisme ke? hurm...
aku sendiri kurang pasti. hari ni sangat tenang sekali...tengah hari tadi tertido jap..dalam 10minit camtu. tapi rasa cam lama sangat aku tido...
tiba-tiba, ada bunyi pelik. jenguk kat tingkap..hari cerah je. beberapa saat lepas tu, hujan turun. lebat sangat
Owh..Allah turunkan hujan rupanya. walau hari sangat cerah, tapi kuasa Allah.Dia yang menentukan segalanya. seperti hujan batu tadi..cuma seketika sahaja. 
sejak kecil lagi, aku suka hujan. 
aku suka tengok hujan
aku pun suka main hujan. 
aku ingat lagi saat terakhir  aku main hujan..masa tu aku dengan sorang kawan aku. salah seorang kawan sekelas. petang tu pergi taman rekreasi. melepaskan tekanan dalam mengharungi dunia seorang siswi. 
tambahan pula waktu banyak tanggungjwab yang perlu aku pikul. tanggungjwab yang paling berat sebagai seorang ketua kemudian telah ditikam dari belakang oleh kawan baik sendiri. betapa sedihnya...hanya Tuhan saja yang tahu. tika perjalanan balik ke kampus, hujan turun dengan lebatnya...seperti sedihnya hati aku tika itu..
pada masa itu jugak la aku menangis....menangis mengenangkan nasib yang menimpa aku. harapkan pagar, pagar makan padi. betapa luluhnya hati aku tika itu. aku menangis dengan linangan air hujan yang turut jatuh menyembah bumi. 
biasa hanya hati aku yang menangis sendiri, tapi hari tu mata ini turut menangis apa yang berlaku. inilah kali kedua aku dikhianati oleh rakan baik. sehinggakan kini aku tidak berani lagi untuk mempunyai seorang kawan baik. kerna betapa sakitnya bila dikhianati oleh kawan baik sendiri. kini aku lebih senang brkawan dengan semua orang. bukan tak ada kawan yang selalu menganggap aku kawan baiknya, tapi aku sudah tidak sudi lagi mempunyai kawan baik. cukuplah dengan berkawan. aku akan mencari kawan seramai yang boleh. tapi seorang kawan baik..tidak mungkin.

2 comments:

Ummu El fateh said...

salam...smg tabah dalam mgharungi khidupan sebagai sorg pelajar ya..

la tahzan innallahmaassobirin...
jangan bersedih sesungguhnya ALLAH bersama2 dgn org y bsabar...sabarlah..
mmg susah nk dpt sahabat baik..tp tulah y dh jadi skrg..jadilah kwn baik dulu..bru kita dpt kwn y baik...
sedang engkau suka ...tapi ia tidak baik utk mu..sdgkan engkau xsuka..tapi ia baik tuk mu..
sdg kan ALLAH thu...sdg kita x...
byk hikmah y tersembunyi...sabarlah....

Unknown said...

wksmslm..
tme kasih ^^,
pape pn tme dgn rehda..Allah sedang menguji walau perit