Followers

Tuesday, November 16, 2010

CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut pun, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan.

Suatu hari, datang  awan……
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu saja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut, menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.


Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang menganggu pandangannya. Tetapi, tentu saja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejuk dulu mengetahui hubungan laut dengan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang menganggu.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi berusaha mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa terseksa dengan perasaan cintanya menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisahkan? Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, disitulah mereka sedang berpacaran.

Malah bila senja mendatang, mesti langit kemerah-merahan. Malu apabila diucapkan kata cinta oleh sang laut..
Bila malam..warna laut dengan langit tetap jua sama. Laut dan langit tidak pernah terpisah. Sentiasa setia walau badai mendatang.

Matahari  tersenyum ceria melihat hubungan laut dan langit. Angin yang sentiasa melihat hubungan cinta langit dan laut yang begitu bahagia rasa begitu tenang dengan meniup anginnya sepoi-sepoi. Deru angin terus dibawa ke pinggir pantai. Itulah sebab kenapa kita akan merasa tenang tika berada di pinggir pantai.


pUtRi vS puteriAbah

No comments: