Followers

Thursday, October 28, 2010

Forgive n Forget ME.....

dats word for today...
ntah la...kenapa begitu terasa sangat. sangat-sangat terasa. Tapi aku sendiri sebenarnya tak mengerti apa yang buat aku terasa sangat. I'm alone???
Erm...ntah la. dah berhari terasa sedih. Sedih yang tidak berpunca. Alahai...susah gak sebenarnya bila tak tau punca ni.
Forgive n forget...mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai antara aku dan mereka...mereka?? siapa???


Aku mahu mencari siapa aku..
Aku ingin pergi..
Berilah aku ruang dan peluang...
Berilah aku masa...
Mencari siapa diri ini..
Apa yang aku mahu..
Maafkan aku..
Dan lupakanlah aku..
Itu yang lebih baik.

Maafkan aku...aku tidak bermaksud untuk menjauhkan diri. Tapi inilah jalan yang terbaik buat aku. Aku ingin pergi buat sementara waktu. Dan aku sedar pemergian ini akan menjadi tanda soal buat mereka. Pergi ini adalah untuk mencari. Mencari siapa aku.....maaf kawan..maaf juga buat si dia...

 
Aku mahu sendiri..
Sendiri dalam mencari siapa diri ini. 
Berikan aku ruang dan peluang ye...

Untuk kesekian waktu..aku mahu sendiri kembali. Aku rindukan saat itu. Tiada lagi istilah 'dia' dalam hidup aku. Aku mahu sendiri. Dan aku akan menunggu seseorang...
Seseorang yang mungkin juga mengharapkan penantian ini akan berakhir...
Berakhir dengan penyatuan...
Setelah perjuangan kami selesai...
Insyallah..sesungguhnya aku rindukan 'seseorang'...
Semoga rindu ini bertaut keranaMu...
Labuhkanlah cinta ini pada CintaMU....



Buat si dia..maaf kerana aku terus menyepi. Ini la cara yang terbaik. Kerana aku tidak tahu bagaimana untuk ungkapkan kata di hati ini. Aku takut kamu tidak memahami hasrat ini. Kehendak hati ini. Dan aku masih mencari. Mencari aku. Mencari seseorang...Seseorang yang jauh nun di sana...Aku mahu melangkah ke sana bersama nya. Itu mahuku...kini aku akan menunggu 'seseorang'
sehingga 'seseorang' itu menamatkan perjuangannya di sana...
dan aku disini...meneruskan perjuangan jua..menggapai cita-cita
  Forgive n forget me~~

aku hanya menunggu 'seseorang'....dan hati ini bukan untuk kamu..
maafkan aku...izinkan ku pergi....

No comments: