Followers

Wednesday, January 16, 2013

that's miracle...terima kasih Ya Allah

la  ilahaillallah
la haula wala quawatta illa billah



inilah antara zikir yang sering aku amalkan sejak berlaku masalah pada kandungan...tanpa henti.hinggakan aku seringkali tertidur dengan zikir ini. maklum sajalah, untuk membuat sebarang kerja memang tak boleh. apatah lagi untuk mengangkat barang berat. kerja yang biasa aku buat pun basuh kain. tu pun guna mesin basuh. apa yang boleh aku buat hanya duduk dan baring. rasa lama duduk, aku baring. bila rasa penat baring, aku tidur. tapi kadang-kadang tu aku tolong juga tengok-tengokkan kedai runcit. untuk hilangkan rasa bosan tu pun kalau larat.

2 3 hari ni..simptom baru pula terjadi. selalunya air jernih yang akan keluar. tapi 2 3 hari ni pula lain yang jadi. dari air bertukar menjadi darah. hari pertama terjadi memang buat aku panik. muka aku pucat bila tengok ada darah pada panty liner (doktor yang sarankan untuk selalu pakai supaya senang nak kesan sebarang perubahan pada cecair)..masa ni Allah sajalah yang tahu berdebarnya rasa. panik juga. nasib baik ada ma (mak mentua)..dialah yang menenangkan aku. bila dah agak tenang baru aku call suami. dia mahu juga bawa ke klinik tapi aku menolak. aku takut nanti baby kena gugurkan. aku tak sanggup. suami hanya mengikut saja kehendak aku. tapi dari jauh aku tahu dia juga risau.

hari-hari dilalui seperti biasa.tapi semalam pendarahan berlaku lagi. malah lebih teruk dari yang biasa. agak cuak, tapi kena bertenang.aku buat macam biasa. lagipun malam, suami aku sibuk dengan perniagaan kecil-kecilan dia. aku tak nak ganggu. dialah yang sibuk cari rezeki.untuk kami sekeluarga. tanpa kenal erti penat dan lelah. untuk membantu, memang dilarang. dulu aku tolong juga, tapi sekarang tolong tengok je la yang mampu.

pagi ni usai solat, terdetik di hati untuk ke klinik sakit puan (Dr Roshadah-doktor yang mengesan ketiadaan air ketuban pada usia kandungan aku 4 bulan). aku nak berjumpa dengan dia. entah kenapa rasa nak pergi sangat. aku usulkan hasrat ini pada suami yang sedang bersiap untuk ke pejabat. pada awal respon dia buat aku rasa kecil hati juga. maklum la, dia nak pergi kerja, sibuk lak ajak nak pergi klinik. tapi dia pujuk ku kembali...insyallah dia cuba untuk balik tengahari nanti.

tak sampai tengahari pun, suami dah call suruh bersiap nak pergi klinik. aku tahu dia pun risau walau jarang nak tunjuk pada aku. sampai saja di klinik...memang tak ramai pesakit. sekejap je tunggu, giliran aku dah sampai. aku mengajak suami untuk masuk bersama. tapi dia menolak. terkilan juga. tapi rupanya tolakan itu bersebab.

doktor dah cam aku even ini adalah kali kedua berjumpa. mungkin kes terpencil macam aku ni menjadi perhatian doktor. sama juga ketika berada di wad dulu.
sewaktu di scan...aku rasa sebak. sebak sangat bila tengok degupan jantung baby. doktor kata degupan jantung baby kuat. malah dah membesar walau tanpa air ketuban. jika nak dibandingkan masa awal aku buat pemeriksaan dengannya. anak aku aktif. tangan kaki semua bergerak. doktor kata, anak aku dah sempurna sifatnya. ya Allah...alhamdulillah. rasa gembira sangat bila tengok perkembangan baby.

apa yang aku ingat masa doktor cakap
"that's miracle...inilah kali pertama saya jumpa kes macam ni. jika dari sudut perubatan menyatakan risiko untuk anak ini hidup sangat tipis dan mungkin akan cacat, tapi hari ni saya tengok anak awak sihat. denyutan jantung normal. dapat bergerak walau tanpa air ketuban..kuasa Allah, dia yang mengkehendaki segalaNya".

air mata aku laju mengalir...memang tak dapat nak tahan. doktor siap tegur supaya tak perlulah menangis...tapi aku tak tahu nak jelaskan bagaimana perasaan aku tika ini. gembira mungkin. lega pun mungkin.tapi aku tak bleh menarik nafas lega lagi kerana masa masih panjang aku rasakan. apa pun aku tetap bersyukur. terima kasih Allah. terima kasih kerana diberi kemanisan dalam dugaan ini.

aku kena tabah demi baby. jika baby boleh survive tanpa air ketuban, takkan aku tak mampu  demi baby kan??


keluar je dari bilik, aku buat biasa-biasa walau air mata sibuk duk nak kua. suami terkebil-kebil pandang aku. lalu dia terus jelaskan bil semua. dalam kereta baru mula bersuara.
"abang bukan tak nak teman syg kat dalam tapi abg takut...abg takut dapat berita negatif dari doktor.abg rasa tak mampu nak terima berita negatif pasal baby"


oh...patut la beria menolak bila aku ajak dia temankan sekali. ini sebabnya....
suamiku...dalam kental ada juga takut.
akhir sekali aku tunjukkan pada dia gambar baby yang di scan. sukanya dia bila tengok baby makin mebesar.



pulang ke rumah, kami mula banyak bicara pasal baby....bercerita tentang kisah perubatan. semua pasal baby. berbeza dari perjalanan ke klinik pagi tadi. masing-masing menyepi.
tergambar rasa syukur di muka suamiku....


tapi kami tidak pernah berhenti untuk meminta padaMu ya Allah.....lindungilah kami. lindungilah anakku.
terima kasih kepada semua sahabat yang mendoakan kami...teruslah mendoakan kami.


payungsaid:entri aku sekarang lebih kepada kisah peribadi.tambahan pula sejak aku bakal bergelar ibu. semoga kalian tidak bosan akan catatan ini. catatan ini aku nukilkan khas untuk anakku. untuk tatapannya kelak. insyallah

10 comments:

the malay male said...

Sama sama lah kita berdoa agar baby anda sihat sejahtera.

Tukang Karut said...

aku doakan yang baik2 saja...

Jamal Ali said...

Doa saya sentiasa bersama walau jauh, walau dekat, walau kita tak pernah bertemu.

Khai faiz said...

moga baik-baik sahaja dan moga tabah serta diperkuatkan semangat...

Hadira Kifly said...

Semoga hayatnya panjang.... Amin...

khairul hassan said...

harap semua nya ok yer

Aku Pencerita said...

:) dah jadi ibu..
bestnye...

selamat ya , mak, anak, bapak.

Waqheh said...

gua pun doakan utk lu TH...sejak bila lu jadi bini org...tak tahu pun..

Asrul "iLham" Sany said...

InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja... saya doakan kesejahteraan keluarga saudari :)

emieysandra said...

Alhamdulillah, am jagekn bby tu utkmira jgk. Sejak mira tau am prgnant, mira dh jtuh syg kt bby tu tau, nk pulak dlm keadaan mira cmni,bru khilangan :(