Followers

Friday, October 26, 2012

ini raya...

rasa sungguh kosong...
kali pertama terasa seolah-olah tiada indahnya raya...sunyi.
jiwa aku kosong.sungguh.
terasa sendiri dalam ramai...





sungguh aku rindu pada ahli keluarga aku....terasa rindu pada meriahnya pagi raya.rasa rindu pada kekalutan aku setiap pagi raya pabila perlu menyediakan semua keperluan keluarga..terutamanya keperluan  mak dan abah. semua baju raya mereka aku yang siapkan.tapi tidak pada raya ini....bagaimana la agaknya mak membuat persiapan raya hari ini kan...kesian mak.kesian abah.sape la yang gosokkan baju mak abah ni...


raya kali ni tak dapat bersama mak dan keluarga...sedih. dan hari ini dalam sejarah selepas pulang dari solat hari raya aidiladha, aku ketiduran..penat.terasa penat yang amat.


mahu pulang menjenguk kalian.....
sunyi sungguh raya kali ni.


kalau suami aku terbaca entri ni mau terasa hati dia ni.huhu.......
maklum..... raya ni aku beraya rumah mak mentuakan.sini sunyi,tiada suara kanak-kanak....tiada siapa-siapa.tidak terasa rayanya tau.....ni gamaknya buat aku rindu nak umah mak ni.




tahun depan, kena meriahkan rumah ni dengan suara kanak-kanak dah.tak kira camne pun.kasi meriah sikit.ngeeeee




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA semua ^_^

7 comments:

the malay male said...

beraya ikut giliran yeee..hehe

LelakiSemalam said...

aku ok jer...

fuad ansari said...

nak meriahkan dengan suara kanak2? kata orang, usaha tangga kejayaan.. (",)

adat berumahtangga, begitulah.. lama2 nanti, ok lah tu.. (",)

Hans said...

raya aidiladha okay lagi
kalau aidilfitri lagi sedih ohhhh :-)

HAdira Kifly said...

Saya tunggu raya tahun depan.. nak panggil orang tu ibu pulak.. ngeeee :P

khairul said...

naseb baik rumah mertua sy dekat jer

Tukang Karut said...

aku lagi tak rasa raya tahun ni... huhu...