dulu rasa seronok bila dapat kumpul banyak duit masa raya
dan tahun ini pun rasa seronok bila berhabis duit untuk anak-anak yang beraya...terasa tua sudah bila berdiri sebagai pemberi duit raya tetapi bukan sebagai penerima duit raya.
dan terasa lagi tua apabila akak-akak yang sudah ada anak (keluarga belah suami) panggil aku kakak.hadoiiiyaaaa...kekok juga bila yang muda berpangkat sebagai kakak. biasa aku senang membahasakan orang lain kakak untuk dipanggil..
dan kini
aku pula yang dipanggil kakak. pening juga aku nak membahasakan diri mereka semua apa...last-last dengan dorang semua aku panggil kakak juga.yela..ikut logik pun memang aku pangkat adik lagi tapi sebab kawin dengan suami yang dah berpangkat abang dalam keluarga sana, nak tak nak memang aku jadi kakak lah.hohoho..suami aku sengih je bila aku dah blur-blur nak panggil sanak saudara dia apa...
apa pun raya tahun ini tidaklah meriah mana,terlalu banyak kekangan hingga tidak dapat bersama keluarga..
p/s:tahun ni aku dapat lagi duit raya.tapi RM2 sahaja.hihihi
10 comments:
er, encik suami ada bagi duit raya tak kak? hehhehehe
ishh...msti ada.tp tu dia kta duit raya a.k.a duit nafkah
hihihi
tiba giliran bagi duit raya pulak.. huhu
sweet..hihi...
raye thun ni dh btukar title msti trase jggalkan..hehe
nak datang raya rumah TH boleh?
sy masih menten muda selamanya hahhahaa
"KAKAK nak duit raye" hehe
slm syawal.
cik ana
waah dapat jgk duit raya wlupun rm2 je. hehe.
slmt hari raya kak! :)
selamat hari raya,jemput follow kmbali :))
Looved reading this thank you
Post a Comment