Followers

Saturday, September 17, 2011

::telahku temui payungku::

Sudah lama aku merenung pada awan yang kelabu itu...peluh di dahi tiadaku peduli. Aku terus melangkah dan melangkah. Hati tiada henti bermonolog. Apa yang diucap aku sendiri tiada pasti. Tapi aku tahu, aku sedang menanti. Aku masih lagi mendongak. Kaki terus dihayun. Ke mana hala aku masih tidak pasti. Apa yang aku pasti, aku menanti pada awan kelabu itu. Gerakan gemawan tersangatlah perlahan. Berat mengandungkan cecair jernih barangkali namanya. Entah. Aku sendiri tiada pasti. Yang pasti aku menanti. Menanti pada yang tiada pastinya. Susah bukan menanti. Itulah yang seringkali aku lakui sejak mandirinya aku di sini. Dikala fikiran mula waras. Aku mula terasa sendiri. Sendiri dalam menanti. Menanti pada gemawan kelabu.
Lalang-lalang masih begitu.ke kanan dan ke kiri. Sang angin tiada peduli. Terus dirempuh si lalang yang tiada teguh. Tapi aku masih memerhati. Cantiknya bunga lalang. Putih. Halus. Melambai-lambai mengikut rentak lelalang. Kaki terasa letih. Bebatu dipijak perlahan-lahan. Aku menunduk mencari sesuatu. Sesuatu yang bisa dijadikan peneguh sementera. 


Ranting yang ditemui. Tidak mampu mengampu jisim melidi ini. Patah bisa terjadi andai itu yang aku mahu.  Akhirnya aku terduduk. Geram sedih suka bercampur menjadi satu. Teringin sangat untuk menjerit sekuat hati. Bolehkan? Arghhhhhh..........tersekat di kerongkong. Rasa itu terpaksa ku simpan jauh di dasar hati yang entah di mana dasarnya. Ku tanam pada yang tiada bernisan. Entahkan tiada bersempadan. Agar tidak perlu ku mencari lagi. Namun aku sedar aku tetap setia menanti.

Tik..tik..sejuk.pipi ini dicumbui oleh titis-titis hujan. Satu..dua..tiga..tiada lagi terkira. Aku tersenyum. Akhirnya rasa sebak yang meruntun  terbebas jua. Aku sendiri menangis  sepi. Hanya ditemani sang hujan.  Terima kasih hujan sedia menemani aku yang sendiri kini. Biarlah aku sendiri menangis sepi dalam hujan agar tiada siapa yang tahu. Aku sendiri dalam kebasahan.  Jalinan kapas halus lencun disimbah hujan. Kedinginan mula mencucuk tulang. Putih-putih lelalang tiada lagi melambai. Hanya menunduk seolah-olah memahami kedinginan yang aku rasakan kini.


Titis mutiara di hujung rerumput menyinar. Terlihat cerminan wajah sfera yang terbentuk pada mutiara jernih. Tiada jelas tapi cukup untuk aku lihat kekosongan yang tiada terisi. 

Simbahan bilah-bilah jernih dari langit tiada lagi menepis batang tubuh. Sedang mata masih melihat sekeliling dengan terjahan-terjahan bilah-bilah jernih itu menjunam ke kerak bumi yang tua. Apakah gemawan berarak meninggalkan aku? Cuba ku mendongak..tiada lagi gemawan melainkan payung biru melindungi diri yang kedinginan ini. Ku lihat dirimu dan payung biru. 





 Terima kasih tuhan kerna telah menghantar 
dirinya untuk memayungi diriku ini
















TitisanHujan
AkuPayungDanHujan
170911 0025am

17 comments:

shameel Iskandar said...

saya suka hujan krn bila hujan saya selalu dpt idea utk menulis terutamnya cerpen

Unknown said...

TH cintakan hujan ^^,
dan memang hujan byk mberi idea utk menulis

Waqheh said...

gua suka titisan hujan pagi hari yg buat gua sedar tarik selimut tido semula..hujan petang jgn...sebab gua nak main bola...

Afida Anuar said...

Jumpa si dia dan payung biru? bertuahnya...;)

ORLANDO AHMAD said...

mohon payungkan gua burger...

blog-tips-kurus said...

tengah malam tadi hujan lebat kat kampung. sejuk oooo!!!

NasQ said...

hujan... hujan dan hujan... hujan buat aku banyak kerja... hoho...

saya cello191 said...

so sweet..^^

ewanthology said...

elok lah klu dah ada payung

Muttallif said...

Terasa kesejukan hujan apabila membacanya....

Norsha said...

akakpun suka hujan, kerna bila hari hujan alam jadi tenang dan mendamaikan....

dill said...

hujan.
sejuk.
aman.
rindu.

dill.

Unknown said...

Waqheh
men bola dlm hujan best pe.eheheh

Afida Anuar
ehehe..skdar menulis je akak
kalo betol best kn.^^,

ORLANDO AHMAD
boleh tp pastikan blanja 3bijik

Unknown said...

blog-tips-kurus
tu la nikmatnya hujan kn ^^,

Tukang Karut
ok la tu. t kang xde keje plak kalo xhujan

saya cello191
ada rs cm gula-gula x?eheheh

Unknown said...

delarocha
eheheh..amin2

taliff
tu belum ajak men hujan lagi.ngeee~~~

kak norsha
kalo main hujan lagi best,akak!

dill
rindu pada sape tu dill??

zati embong said...

jat sukakan hujan.sgt2!kdg2 berdiri kat tngkap lama2 tgk titisan hujan yg trun lebat.

HaiDa HiDa said...

masih menanti seseorang yg sdi memayungi diri ini.. :)

hida pn sukakan hujan tapi bila terkne titisan hujan, hida akan demam.. :(