:: HUJAN ::
Titisan hujan
mulanya gerimis, menangis dan akhirnya menjerit
inilah wajah alir indah dalam kehidupan
menapak, berjalan dan berlari
renyai menabur budi
ribut memanggil mati
maka ukurlah mana muhibah mana musibah
usah menghitung di ruang salah
kelak lelah di baris penyudah
andai tak mahu berteduh, mandikan saja
jiwamu biar menadah basah
dari kau mengenang titis tak sudah
sesungguhnya angin mudah berubah
mentari, bulan dan bintang tak tersentuh
hujan datang bawa pengaruh
maka, andai saja kau mahu
pergilah bermain dengan hujan
ia segar dalam kehidupan
Nazri Yaakop (Angah Arie)
Di hujung pena
Seremban Negeri Sembilan DK
14072011 18:30
p/s: suka betul dengan sajak nie...sebab TITISAN HUJAN
13 comments:
asalkan hujan kamu suka yea...
andai saja kau mahu
pergilah bermain dengan hujan
ia segar dalam kehidupan
mmg suka hujan!!!
kuala pilah dah lamo x hujan, paneh nak mampuih...
panas dunia semata-mata
diharapkan bersabar di bulan ramadhan yg mulia ini ye darling
mak pesan..jgn main hujan,nanti demam..
^____^
as they say, rain is always one of the essence of life...
and we shouldn't be bother with it...
sungguh menarik nukilan-nukilan angah nazri tu ye... terkesima sekejap...kat mana titisan hujan membacanya??
hujan adalah rahmat..
tanpa hujan...
gersanglah tanah..
tanduslah dunia..
setiap yg berlaku adalah dengan izinNya.. (",)
hidup ni umpama brmulanya titisan hujan kan....simbolik nice
hujan mmg best...boleh tidor panjang..hehe
@saya cello191
xpe..sbb ade payung.ehehehe
@James Alexander
sentiasa menantikan kehadiran hujan
@fuad ansari
angah nazri tu shbt penulisan.dia byk bg sajak2 kt TH
@harrazdani
hmmm...itulah hujan ^^,
@Bigdaddyz
TH xkn tido bila hujan..sbb akan rs rugi kalo xdpt tgk hujan.
cepat la hujan... panas ni...
suka sajak k..
suka sajak k..
Post a Comment