Followers

Sunday, April 17, 2011

::LELAKI::

Dulu, BiLa disebut lelaki,Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami AsaduLlah,SaifuLlah,Tokoh ramai tak terkira,
Kini, Bila disebut lelaki, wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,Ramainya boneka Yahudi.
Dulu, Bila disebut lelaki,Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,Kini bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,Lelaki pengkhianat, perogol bersiri.
Dulu, Bila seorang wanita teraniaya,Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,Kini, Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu, Bila wanita dibawah jagaanya,Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani mengoda,Kini, Bila wanita di bawah jagaanya,
Lelaki tidak kisah auratnya terbuka,Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu, Lelaki mengadai harta dan nyawa,Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini, Lelaki menggadai ketinggian agama,Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu, Lelaki bermatian mencipta sejarah,Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini, Lelaki hanya menyanjungi sejarah Diri bermalasan,tenaga tidak dikerah.
Dulu, Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini, Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,Hingga sanggup membunuh.
Dulu, Lelaki bersatu menghadapi musuh,Angkatannya kuat dan teguh,
Kini, Lelakinya berpuak dan berpecah, Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah Lelakiku, Pada keLelakianmu,
Kami rindukan Lelaki dulu,

Acuan Madrasah RasuL.



~~jejaka idaman hanya mampu ku lakarkan pada helaian kertas sahaja~~



p/s: tetibe lak rasa terkesan bila baca note Fatimah Syarha ni...itu aku sebagai perempuan. bagaimana pula dengan dia yang bergelar LELAKI???

6 comments:

azi nur said...

mendalamnye maksud~

Mr iz said...

betu la cik zia...zaman dah berubah lelaki juga turu berubah.... hu hu hu .... masih bertanya pada diri in...lelaki bagaimanakah aku sebenarnye....

Unknown said...

azi nur
sangat2..bisakah ditemui lagi keLELAKIan itu??

Unknown said...

Mr Iz
""Dulu, Bila seorang wanita teraniaya,Sepasukan kuda putih membela, ""

orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup mudah memperbaiki tujuan hidupnya sendiri...

xpe Mr Iz sama2 kt muhasabah ^^,

Unknown said...

kalau ada pun amatlah sukar di cari..mungkinkah akan bertemu...

Unknown said...

warna warni kehidupan
andai bisa ditemu...alangkah bertuahnya.^^,