Followers

Tuesday, December 31, 2013

impian aku utk anak-anak khas

mengharapkan berita gembira di hari terakhir 2013
rupa-rupanya belum lagi rezeki kami.patotlah dari pagi lagi terasa seperti belum sampai lagi rezeki kami.
memang masuk magrib tadi dah jadi negatif..
tak pelah..tak boleh nak putus asa.
bukan rezeki

2013
banyak kisah duka
semua tentang kehilangan

moga-moga tahun 2014 terus bersinar
2012 azam dah tercapai
2013 terlupa tentang azam kerana terlalu banyak tentang hujan dalam kamus hidup ni
2014 - aku dah target beberapa orang murid aku.nak buat perubahan pada mereka.moga-moga tercapai.aku mahu kerja lebih keras tahun ni.mahu ubah mereka.

Hong Kok Wai - dari pagi sampai la nak balik sek..keje duk tepi dinding dengan kad-kad gambar or nombor je.tu je yang dia tau buat.duk main-main dengan kad.cam main daun terup gitu haaa...
lepas ni aku nak dia boleh duk atas kerusi pegang pensel plak.

Amirul Fahmy - dah dilantik menjadi pengawas. boleh tahan jugak masalah disiplin die ni.bila jd pengawas ni harap ok la. aku ingat nak latih die dalam olahraga.nampak cam ada bakat kat situ.kelebihan aku pada dia ialah, dia suka aku jadi cikgu dia.dalam apa2 hal semua nak dengan aku.

Ali Imran - pun dah dilantik menjadi pengawas. dia boleh diajar kalau kena dengan gaya.juga mahu tonjolkan dia dalam bidang sukan jugak.tambah-tambah lagi tahun ni aku la bos pendidikan jasmani.so aku punya suka nak buat cmne kat budak2 ni.tapi akak2 yg dh lama keje kena tunjuk ajar jgk.aku org baru lagi.eheheh

dalam bab kemahiran hidup plak...aku duk pikir nak wt konsep tanam tanaman herba o bunga bungaan. biar la hal2 bercucuk tanam ni boleh jadi sumber pendapatan budak2 ni.

haaa...last subjek feberet yg aku dpt tahun ni.xsangka-sangka tahun ni dapat semua subjek feberet. iaitu pendidikan seni. bersiap sedia la murid-murid aku nanti.. macam2 terapi la aku nak buat. tu pasal tahun ni aku kena kerja keras sikit. al maklum la budak2 yang aku ajar ni budak2 pendidikan khas.memang kena keje lebih...

moga-moga impian aku tahun ni dapat aku jalankan.bersungguh2 gitu.
jawatan2 yang disandang pun boleh tahan jugak.pape pun setakat ni aku boleh pikul la tanggungjawab yang diberi. tadi pun bos terkejut dengan keje aku.baru bagi semalam dah siap hari ni.sepatutnya seminggu o 2 minggu jugak baru siap.

tapi aku sengaja siapkan awal sebab takut keje akan datang mengunung.baru haru...tambah pulak aku memang tidak suka keje bertangguh.


ni gambar masa akhir tahun persekolahan baru ni.ni anak-anak didik aku yang aku latih untuk buat persembahan.penat..tuhan saja yang tahu.anak2 pendidikan khas.ajar hari ni.esok dah lupa.berminggu aku latih.alhamdulillah hari persembahan mendapat tepukan gemuruh dari semua warga sekolah.lega beb..

kena banyak sabar dengan budak2 ni haa...baru dapat hasil.nampak je cam normal semua tu.tapi sekali masuk kelas.fuhhh....bersabar2

5 comments:

ewanthology said...

mengharapkan 2014 lebih baik.

shameel Iskandar said...

pelajar2 pendidikan khas memerlukan perhatian yg lebih. Pernah saya paparkan pemerhatian saya terhadap pendidikan khas di dlm cerpen saya dalam hati seorang guru.

http://www.bicaradariaku.com/2010/01/dalam-hati-seorang-guru.html

NasQ said...

selamat tahun baru dan semoga berjaya 2014

Unknown said...

the malay male
insyallah.mudah2an.sama2 lah kita

en.shameel
berat amanat yg dipikul.bl bc cerpen tu trasa seolah-olah memahami kehendak diri ini

TK
moga2.aminn

anamizu said...

wahhh org2 yg tinggi sbrnye je dpt keje dlm bidang cmni :)

semoga berjaya capai target tahun 2014 ni :)