Followers

Wednesday, October 9, 2013

mana tak kena tu?

hm..patotlah semalam yang lepas aku tak sedap hati..
asik terbayang kisah arwah adik. terbayang kereta di langgar.mata tak boleh tutup
pantang tutup mula terbayang-bayang

rupanya semalam masa dalam perjalanan nak pergi keje aku dah melanggar orang...aduyaiii
dugaan betul..nasib baik orang tu tak de pape..hanya luka di lutut sedikit. awal-awal tu memang dia nak marah, tapi tak sempat marah aku dah pimpin dia ke tepi jalan dan meminta maaf. aku mengaku yang aku silap. terlanggar dia. dia pun mahu pergi kerja. dah la orang yang aku langgar ni apex. dan kami dapat settle suma baik-baik.alhamdulillah

tapi ang sedih sekarang kereta aku dah tak ensem cam dulu.sedih2.sob sob sob....
frust sangat tengok keadaan kete aku..depan memang remuk jugak la

sekarang aku tengah tunggu resit claim repair motor dari apex tu. huhu...bulan ni memang duit mengalir macam air la. mana nak bayar apex tu..mana nak repair kete ni lagi, nak balik kampung lagi, terfikir plak kat mana yang tak berkat duit tu...subhanallah.

muhasabah sekejap...
masa keje aku banyak melilau ke?
masa keje aku ponteng ke?
masa keje aku tak ikhlas ke?
duit kat mak abah dah bagi belum?

dan macam-macam la aku fikir...

dan hari ini masih lagi terasa trauma nak naik kete even oang lain drive....
apa pun aku tak bagi tau pun hal ni kat mak. tak nak dia risau...
alhamdulillah..aku baik2 saja.
dan aku yakin rezeki Allah itu ada dimana sahaja..
duit yang mengalir laju ni ada la sebab tu kat mana-mana..kena banyak bermuhasabah diri ni

4 comments:

Anum said...

bermuhasabah diri betul tue tindakan yang bagus
anum pun sama tgh muhasabah diri

EFFAFARHANA said...

musibah yang datang tue hadir dengan hikmah... hadapi dengan tenang dan sabar ye.. :)

Hazmin Hamudin said...

Ada hikmah semua tu. Lepas ni kena lebih hati2 lagi.

NasQ said...

aku pun kena muhasarawak gak ni...