Followers

Monday, July 29, 2013

kehilangan lagi...kuatkan semangat ini Allah

14 Ramadhan...detik amat pahit buat aku dan juga keluarga

ini sedikit cebisan berita yang tidak 100% betul



perginya adik tersayang betul-betul buatkan aku jatuh....Allahurabbi. tak kuat rasanya menerima dugaan ini. adik pergi meninggalkan kami.
tanpa di duga perubahan yang ditunjukkan adalah tanda-tanda dia akan pergi.

jika beberapa bulan dulu, anak aku yang pergi...
dan beberapa hari yang lalu, adik aku pula yang pergi...
sungguh berat ujian ini bagi aku...
selama ini, dialah tempat aku mengadu selepas suami jika punya masalah
dialah adik yang paling sempurna dalam hidup aku
dialah sahabat
dialah teman
saat aku jatuh...saat aku bangun...saat aku suka...apatah lagi saat aku duka
dialah orang yang pertama menghulurkan bantuan dikala aku tiada lagi tempat untuk bergantung.
dialah penyelesai masalah dikala aku sudah buntu...

hilang dia...terasa separuh hidup aku pergi..pergi bersama dia. perit Tuhanku....sungguh aku rindu dia. sungguh-sungguh...

berilah aku kekuatan Ya Allah..berilah aku kekuatan untuk menerima kenyataan ini walaupun perit. pujuklah diri ini bahawa adik pergi di bulan yang mulia. tiada lagi perlu merasa pahitnya hidup di dunia ini. aku juga mahu ke sana...aku tidak kuat lagi

7 comments:

NasQ said...

ALLAH....



bertabahla ye...

Anum said...

bertabahlah

Waqheh said...

gua harap lu tabah..tabah sebanyak mana titisan hujan yg telah membasahi bumi...

ewanthology said...

besar dugaan mu.... bykkan bersabar ya. hanya itu yg mampu diucapkan. sedarlah bahawa Allah tidak akan menduga seseorang itu melainkan kamu mampu menghadapinya.

pena rozie said...

Kuatkan semangat,....

penjajah minda said...

bersabarlah.ada hikmah disebalik kejadian

Jamal Ali said...

Maafkan saya. Saya lambat mengetahui.

Saya tersentak dengan berita ini, dan saya jelas walau sekuat mana seseorang dia pasti terkesan serta terduduk apabila berhadapi 'rahmat' Allah sebegini.

Saya tak mampu (berupaya) hendak menggembirakan kak Titisan Hujan dengan kata-kata. Tapi jelasnya Allah sahaja sebaik-baik pengubat dan teman.

'Menyelongkar' kutubkhanah kak ini mendatangkan hiba pada saya. Ketemu dengan dia (adik kak) melalui coretan kasih - membikin saya terasa cukup tentang makna kehilangan - meskipun apa yang saya rasa tidak sehebat apa yang kak rasa.

Adik kak seorang yang baik - saya cukup percaya. Dan saya juga yakin Allah menurunkan 'rahmat' ini supaya kak gembira apabila tiba masa kelak.

InsyaAllah, saya akan terus berdoa untuk kekuatan kak dari sini - begitu juga kepada dia.


*Pada masa yang sama, saya merasa cemburu, kak sudah ada 'tiket' ke syurga, manakala saya tak ketahui penarik saya.