Followers

Sunday, May 5, 2013

sebak

sejak kehilangan akmal, hari ini mengalir juga air mata aku buat julung kalinya. memang dah berhari aku teringin menangis tapi tak dapat. hanya sesak bertamu di dada ni. sungguh letih. letih terpaksa memendam rasa.

pagi ini, dengan terbuka hatinya air mata ni nak keluar lagaknya..mengalir dan terus mengalir. biarlah. sehingga aku rasa benar-benar puas.

pagi ini...sungguh aku rindukan mak.
rindu mahu bermanja dengan mak.
tapi itu tinggal angan-angan saja. kasih kami sudah lama terpisah. terpisah kerana orang ketiga. orang ketiga itu juga bukan orang lain dalam hidup aku. DIA. sampai hati dia buat aku begini. layan aku begini. kami terpaksa. terpaksa menjauh. walau hati masing-masing meronta untuk berjumpa. 

terkadang rasa redha itulah yang mengiring langkah aku walau hati sungguh merana. bila rasa jahil datang mempersoal juga kenapa aku diuji begini. subhanallah...setelah kehilangan akmal, pada masa yang sama jugalah aku turut kehilangan mak dan ahli keluarga yang lain. kini aku sendiri. dan beruntung punya suami di sisi.yang masih setia menemani.

aku terus diuji dan diuji...2 3 hari ni lah aku sudah terasa letih. letih teramat. rasa sakit hanya Tuhan saja yang tahu. jujur aku katakan senyum yang terukir hanya untuk menutupi rasa sakit di dalam. dulu mungkin aku kuat sebab anak aku. tapi kini...aku bertahan entah untuk siapa. rasa bertahan kini pun makin menipis dah. aku letih.sungguh letih..




payungsaid:biarlah hari ini aku luahkan di sini tentang kisah kasih aku terpisah (walau tidak terperinci).setelah sekian lama memendam rasa.malu juga sebenarnya tapi...............disini aku tahu ada pendengar (pembaca) yang setia yang boleh memberikan aku sedikit semangat.barangkali.ya...aku percaya.

cuma sekarang en suami kelihatan teramat sibuk..sehinggakan banyak masa-masa aku makin sendiri. tidak mengapalah..dia mencari rezeki.

2 comments:

iKhRam said...

yer.. bila kehilangan, perit rasanya..
slagi air mata tidak keluar, keperitan tu seseolah tak hilang..

menangislah..
itulah ubatnya yang mampu meredakan kesedihan..

adakala
semaunya yg terjadi ada hikmahnya
semakin kuat kita diuji
semakin dekat kita dgn tuhan
semakin tabah jiwa lemah kita..

NasQ said...

macam mana aku nak hiburkan kamu?